Lelaki ini menderita tumor di kaki seberat 80kg | Boros Di Aralom

Ahad, 19 Jun 2011

Lelaki ini menderita tumor di kaki seberat 80kg

Melihat sahaja gambar lelaki ini, kita pasti juga merasakan keperitan yang dilalui oleh si empunya badan, Nguyen Duy Hai, seorang warga Vietnam. Bukan setahun, bukan dua tahun, bukan sepuluh tahun, tapi Nguyen sudah menderita penyakit ini selama tiga puluh tahun. Bayangkanlah sudah berapa lama dia hidup dalam kesengsaraan. 
Nguyen Duy Hai, 31, yang mengalami tumor kaki seberat 80kg. (sumber: www.metro.co.uk)
Menurut laman web Metro.uk, Duy Hai telah melalui pembedahan pada tahun 1997, namun pemotongan sebelah kakinya itu gagal menghentikan pertumbuhan tumor tersebut daripada merebak ke sebelah lagi kakinya. Sehingga kini, Duy Hai hanya mampu duduk dan sangat sukar melakukan tugasan harian yang lain.
Beberapa pegawai sedang mengukur saiz tumor tersebut. (sumber: www.metro.co.uk)
Duy Hai kini memerlukan bantuan orang ramai dalam bentuk kewangan untuk membiayai pembedahan lanjutan. Duy Hai berharap sekiranya dia dapat menjalani pembedahan itu, dia akan mampu untuk bergerak dengan lebih selesa berbanding sebelumnya.

6 ulasan:

FadhDeela berkata...

besarnyer!!! menakuttkann :(

Unknown berkata...

OMG, pity him :(

Suhaimi@Pakmi berkata...

subhanallah...amat bersimpati..mudah2an ada dermawan membantunya

Unknown berkata...

ya Allah..
sedih nya akak tengok..
rasa sebak..

Hairun Azmi berkata...

Kesiannyer tengok dia....

Kereta masa hadapan

Unknown berkata...

bersyukurlah kita yang sihat sempurna, takde alasan utk bermalas-malasan mencari rezeki di mukabumi Tuhan ini T_T