Penarik kereta dibelasah 5 lelaki | Boros Di Aralom

Jumaat, 24 Jun 2011

Penarik kereta dibelasah 5 lelaki

Berita ini dipetik dari laman web myMetro hari ini, KUALA LUMPUR: “Kami bukan saja kerugian hampir RM6,000, malah turut dibelasah sekumpulan lelaki tidak dikenali dipercayai rakan pemandu kereta yang hendak ditarik berikutan kegagalan pemiliknya membayar ansuran bulanan kereta selama empat bulan,” kata ejen penarik kereta, K Sathyaseelan, 22.

Menurutnya, kejadian berlaku kelmarin di Jalan 11, Selayang Baru, di sini, apabila dia bersama rakannya yang juga ejen penarik kereta, K Prabu diserang sekumpulan lelaki selepas menarik kereta terbabit.

“Kami tiba di situ kira-kira jam 4 petang dan memperkenalkan diri penarik kereta serta menunjukkan kad kuasa termasuk surat arahan penarikan yang dikeluarkan bank kepada lelaki terbabit.

“Namun, selepas menyemak kad pengenalannya, pemandu itu bukan pemilik seperti yang tertera dalam dokumen kenderaan itu dan kami meminta lelaki terbabit menyerahkan kunci sebelum menunda kereta itu,” katanya.

Bagaimanapun, tidak sampai tiga kilometer, trak penunda yang mangsa naiki ditahan lelaki terbabit yang turut membawa empat rakannya dengan sebuah kereta.

“Seorang daripada lelaki terbabit memecahkan cermin depan trak dengan besi panjang manakala empat lelaki lain membelasah kami bertubi-tubi selain merampas kunci trak.

“Dalam keadaan kelam-kabut itu, saya kehilangan cincin emas bernilai lebih RM1,000 dipercayai ditarik seorang daripada lelaki terbabit ketika pergelutan itu sebelum melarikan trak bersama kenderaan yang ditarik itu,” katanya.
(Sekadar gambar hiasan dari Google)
p/s: Dah la tak bayar hutang, pukul orang lagi..ini lah cabaran yang dihadapi oleh penarik kereta.

1 ulasan:

jeragang berkata...

Padan muka biasa yang tarik kereta lagak samsing dan tiada hati perut... tindakan mereka ganas.... suka ugut selalu gak menipu..... banyak aduan dibuat,,,,, baru temu buku dengan ruas