Kandungan buku yang didakwa memesong akidah umat Islam |
Buku karya dua pelakon filem Bunohan, Pekin Ibrahim dengan buku berjudul Memoir Bukan Memoir dan naskah Zahiril Adzim bertajuk Bogel Menuju Tuhan telah dirampas oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS). Kedua-dua buku tersebut diterbitkan oleh syarikat penerbitan Merpati Jingga.
Dalam serbuan tersebut, seramai lebih 30 pegawai yang terdiri daripada wakil JAIS, Polis Di Raja Malaysia (PDRM) dan Kementerian Dalam Negeri (KDN) menjalankan serbuan di premis tersebut.
Menurut penerbitnya, Faisal Mustaffa, buku-buku tersebut telah dirampas oleh pihak terbabit pada Selasa minggu lalu atas dakwaan naskah-naskah itu kononnya menyebarkan fahaman yang boleh memesongkan akidah umat Islam.
"Pihak JAIS datang bersama waran geledah dan kerana itu kami tidak boleh berbuat apa-apa dan membenarkan mereka menjalankan operasi geledah. Kedua-dua buku itu, masing-masing dirampas sebanyak tiga naskah.
"Saya tidak tahu apa sebab mereka tiba-tiba buat rampasan. Tetapi katanya, di antara buku tersebut dirasakan memesongkan akidah", ujarnya ketika ditemui di Annexe Gallery, pada Sabtu lalu.
Bagaimanapun, menurut Faisal, pihaknya tidak menerima sebarang notis susulan daripada Jais. Sebaliknya, satu invois telah di hantar kepda jabatan berkenaan meminta mereka jelaskan pembayaran.
"Kami tak terima apa-apa surat daripada JAIS. Tapi saya dah hantar invois meminta mereka membayar harga buku-buku berkenaan. Saya katakan pada mereka, kalau hutang buku tersebut tidak djelaskan, mereka dulu yang masuk neraka sebelum saya", kata Faisal yang juga merupakan orang kuat Rumah Anak Teater (RAT Production) itu dengan nada sinis.
Sementara itu Pekin yang ditemui sewaktu majlis pelancaran bukunya di Annexe Gallery (hari yang sama), memberitahu insiden itu berlaku kerana salah faham. JAIS membuat serbuan di syarikat penerbitan itu kerana buku lain dan bukan bukunya. Oleh kerana buku Pekin berada di situ, pihak terbabit turut merampas tiga naskhah untuk tujuan siasatan.
"Saya berasa terkilan kerana tidak pasal-pasal buku saya pula terbabit sama tetapi semuanya sudah diselesaikan dengan baik sewaktu memberi keterangan kepada pihak JAIS. Saya tahu kandungan buku tersebut tidak salah dan telah mendapat kelulusan Kementerian Dalam Negeri (KDN), jadi saya telah memberikan kerjasama yang baik sewaktu memberikan keterangan.” tambah Pekin lagi. - MalaysianDigest

Tiada ulasan:
Catat Ulasan