Lama tidak ada kontroversi, alih-alih nama Gambit Saifullah, 27, kembali panas berikutan gambarnya bermain poker sewaktu di sebuah lokasi hiburan sewaktu berkunjung ke Australia baru-baru ini, tersebar. Gambit sendiri yang memuat naik gambar tersebut di dalam laman sosial Twitter miliknya lalu dikongsikan bersama peminat.
Namun yang demikian, memetik kenyataan di mStar, kata Gambit, pembabitannya dalam permainan tersebut secara kebetulan bagi memenuhi masa terluang sewaktu bercuti dan bukannya semata-mata atas tujuan berjudi. Sebaliknya ia adalah bertujuan untuk mengasah minda psikologi melalui permainan tersebut. (Takder permainan lain eh?)
"Saya menyertai permainan itu sebenarnya secara kebetulan sahaja dan menganggap ia satu permainan psikologi.
"Biarlah orang nak buat macam-macam tuduhan terhadap saya kerana saya bermain daun terup bukan kerana mahu mendapatkan duit, tetapi sekadar ingin menguji pengetahuan.
"Cakap pun tak guna, kerana orang akan tetap mengkritik. Asalkan saya dan Tuhan tahu niat sebenar, itu sudah cukup," katanya.
Pada 5 Jun lalu, telah menulis mesej melalui Twitter miliknya yang mengharapkan tuah dalam permainan daun terup yang disertainya.
Gara-gara mesej tersebut, pengikut laman sosial milik Gambit turut menghantar kritikan selain menganggap pelakon itu tidak peka tentang halal dan haram menyertai permainan tersebut.
Bagaimanapun, pelakon Karipap-Karipap Cinta itu terkilan apabila kebanyakan masyarakat tempatan terlalu cepat membuat spekulasi dan menyebarkan maklumat dengan membuat tuduhan yang tidak benar selepas membaca entri berkenaan.
"Saya seorang yang sangat sayangkan Malaysia, bangsa dan agama, tetapi kenapa kebanyakan masyarakat kita mempunyai mentaliti iaitu terlalu cepat menilai keburukan seseorang individu itu?
"Diakui, salah saya juga meletakkan entri yang boleh menimbulkan persoalan kepada semua tetapi dengan menyebarkan maklumat dan membuat spekulasi sendiri, tidakkah ia berbau fitnah? Dan bukankah fitnah itu haram?
"Sebelum mengata tentang orang, cerminlah diri sendiri," tegasnya.- mD

Tiada ulasan:
Catat Ulasan