Raja Azmi ditemani anaknya bersama peguam dan Jalani Sidek. |
Selepas beberapa tahun membiarkan rumah tangganya dihimpit pelbagai kontroversi dan dek kerana tidak tahan mendengar tomahan masyarakat yang menuduh dan menghina suaminya sebagai dayus, produser filem sensasi Raja Azmi Raja Sulaiman hari ini diceraikan dengan talak satu oleh bekas jaguh badminton negara, Jalani Sidek. Perceraian secara baik itu dilakukan di Mahkamah Syariah Gombak Timur.
Jalani atau nama sebenar Mohammad Jalani Mohammad Sidek, 48, melafazkan talak kepada Raja Azmi, 53, pada pukul 3.30 petang tadi di hadapan Hakim Saiful Azli Jamaludin.
Semasa hendak melafazkan talak, suasana menjadi hiba dan Jalani kelihatan tenang begitu juga dengan Raja Azmi. Sebelum itu pihak mahkamah meminta mereka bersalaman buat kali terakhir sebagai muhrim.
Raja Azmi dan Jalani bernikah di Taiping, Perak, pada 23 Disember 1984. Hasil perkongsian hidup, mereka di kurniakan tiga anak. Puteri Suraya, 27, Puteri Suaida, 23, dan Megat Deli, 18 serta seorang cucu Mohd Akid Mohd Shadan, 1. - MalaysianDigest
2 ulasan:
ai nah, sudah tua2 pla mau becerai. tp durang ni sudah lama bah kan ada krisis.
Itu la ba kan..mungkin ini jalan terbaik untuk mereka..dari duuuulu lagi ada krisis..huhu
Catat Ulasan