Hasmi Hashim atau Budi Hikayat |
Sementelah dunia hiburan tanah air juga sedia mencatat sejarah tersendiri apabila Tan Sri Jins Shamsuddin merupakan seniman pertama dilantik sebagai Ahli Dewan Negara. Cumanya sejak kebelakangan ini di negara kita, fenomena artis menyertai parti politik macam... 'tsunami politik'.
Ekoran itu, malam tadi telah berlangsungnya satu forum anjuran Pak Sako Akademi, bagi membincangkan mengenai Artis Berpolitik: Sekadar Glamor @ Kerana Prinsip, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL-Selangor.
"Saya dah lama sertai politik. Sekarang ni jer orang baru sambut saya luarbiasa. Kalau selama ini, selain khabar mengenai kerjaya seni serta ada juga cerita-cerita mengenai anak seni kita buat yang 'bukan-bukan'. Justeru majlis malam ni membuktikan yang para seniman kita bukan hanya buat yang 'bukan-bukan' tapi juga memikirkan hak dan perjuangan bangsa", ucap penulis lirik, Budi Hikayat atau nama sebenarnya Hasmi Hashim yang juga merupakan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parit Sulong, memulakan hujah.
Forum anjuran Pak Sako Akademi ni turut menampilkan dua lagi panel iaitu, pelakon Hairie Othman, mewakili PAS. Serta wakil daripada parti UMNO iaitu Presiden Persatuan Seniman, pelakon Zed Zaidi.
"Sepanjang telibat dalam politik bermula tahun 1998, saya melihat ada politik yang menghina dan mengaibkan orang. Percakaran dalam politik itu, biasa lah",
"Saya menyertai Keadilan adalah disebabkan ketika itu hampir setiap minggu ada demonstrasi. Parti ini juga yang mendengar suara-suara anak muda",
"Sekarang ni Keadilan kalau nak diikutkan, parti yang paling sikit disertai oleh artis kita. Tapi kalau boleh saya kata, Keadilan adalah parti yang melahirkan artis dan bukannya tempat artis masuk parti", tambah komposer yang pernah memenangi Anugerah Juara Lagu menerusi lagu ciptaannya, Awan Nano ni, secara berkias.
Dalam pada itu Budi turut menyangkal dakwaan artis masuk politik kerana glamor.
Sebaliknya menyatakan pandangan bahwa artis sebenarnya yang dipergunakan untuk sesebuah parti itu menumpang populariti.
"Artis ni sebenarnya mereka sekadar crowd-puller. Contohnya sekarang ni, kalau nak satu-satu ceramah tu ramai orang datang, mereka jemput artis. Jadi tak betul lah dakwaan artis masuk politik hanya sekadar nak glamor sebab sebelum masuk politik pun, mereka dah dikenali. Tapi saya harap ada seniman tak kira dari mana-mana fahaman ada yang akan jadi menteri
"Cuma saya bimbang, bila mereka sertai politik, artis itu tidak dapat bertahan lama dalam politik. Bagi kami para artis, memilih untuk menyertai parti politik itu bukan mudah. Sebab bukan hanya nak bawa suara seniman dalam dewan negara, tapi perlu berjuang hingga ke bilik PM",
"Politik ni bukannya manis, saya dah pernah kalah pun. Tapi dalam muzik-muzik saya menang, katanya berjenaka lagi.
Bagaimanapun beliau menyarankan, para artis yang menyertai parti politik tidak kira dalam mana-mana aliran pun, selain percaya dengan perjuangan sesebuah parti itu, artis terbabit harus mempunyai ilmu politik untuk bertahan.
"Artis yang masuk politik, tak kiralah mana-mana parti harus ada pemikiran politik yang lebih tajam supaya diorang boleh survive.Jangan nanti masuk tak sampai enambulan, hilang macam tu jer",
Beri Laluan Zed Zaidi Bertanding?
Budi juga berkata, tidak mustahil satu hari nanti negara kita bukan hanya boleh dipimpin oleh orang politik tipikal seperti sekarang. Siapa tahu, bintang filem yang akan jadi perdana menteri. Atau penyanyi jadi perdana menteri. Ataupun penulis lirik jadi perdana menteri.
"Kalau Hairie ada nyata hasratnya nak jadi Menteri Penerangan. Saya juga akan sokong kalau Zed Zaidi nak bertanding sebagai Ketua Pemuda. Tapi kalau mereka berdua nak jadi perdana menteri tu susah sikit lah yer sebab saya pun macam nak gak jawatan tu", selorohnya. - Malaysian Digest
Tiada ulasan:
Catat Ulasan