Boros Di Aralom: Online Shopping
Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Online Shopping. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

Beli Barang Smartphone Di Lazada..blogger femes kena tipu??

Salam 1Malaysia..pernah dengar laman web Lazada tak? Saya pasti ramai yang dah tahu malah sering membeli barang di laman web shopping terbesar di Malaysia ini.

Siapa pernah kena tipu ketika beli barang online? Kes penipuan memang banyak. Ada tuu, blogger yang sering berkepit dengan laptop pun kena tipu juga. Begitulah liciknya teknik penipu ni. Bukan calang-calang blogger tu tau. Boleh baca kisah bloger femes ini kena tipu dengan online shop dalam entrinya. Online shop tu Lazada ker? Oh bukan..online shop tu di Facebook..memang bikin panass caranya menipu..adakah patut dia bagi alamat rumah bangla?

Saya saja nak berkongsi pengalaman sendiri membeli barang di Lazada. Saya beli smartphone bajet. Dulu pernah menang voucher dari Lazada, jadi membazir kalau tak digunakan sebaiknya. 
Huawei Ascend Y300
Saya beli smartphone bajet Huawei Ascend Y300. Harganya RM338. Lepas tolak voucher Rm150, maka harganya tinggal  RM188. Not bad at all..Lepas baca banyak review positif dari pengguna dan melihat kepada spesifikasinya yang memenuhi syarat maka ia menjadi pilihanku. Khamis beli, Selasa sampai. Rabu dapat. Khamis pakai. Ermm..ada masalah sikit pasal delivery. Saya beri alamat PO Box ingatkan mereka boleh hantar guna PosLaju tapi rupanya mereka hanya stick pada GDex saja. Then GDex telefon mintak alamat yang bukan PO Box. So, terpaksalah saya beri alamat saudara mara yang bekerja kat Kota Kinabalu untuk tujuan delivery. 

Saya bayar dengan menggunakan kad prepaid Visa Tune2Big. Kad ni memang sangat selamat jika dibandingkan dengan kad kredit dan kad debit bank. Sebab kad prepaid Visa Tune2Big ini perlu direload macam simkad dulu baru boleh guna. Dah habis isinya, maka perlu diisi balik. Dah lebih 2 tahun saya guna. Jadi tak der masalah hutang menghutang dengan bank. Memang terbaik. Boleh apply 100% secara online kat laman web Tune2Big. Kad prepaid Visa Tune2Big ni pun boleh digunakan untuk mengaktifkan akaun Paypal. 

Dari segi performance, Huawei Ascend Y300 ini boleh fight dengan Samsung Galaxy S. Kelemahannya hanya dari segi performance game beresolusi tinggi. Kalau sekadar game biasa macam Temple Run, Candy Crush dan Angry Bird tu, memang no hal punya. Tapi kalau nak main Battlefield, Snipers dan yang RPG beresolusi tinggi, memang banyak lagging. So, smartphone Huawei Ascend Y300 ini bukan untuk mereka yang suka gaming. Namanya pun smartphone bajet. 

Tapi percayalah, Huawei Ascend Y300 ini jauh lebih baik dari smartphone klon yang banyak diimport dari China tu. Walaupun Huawei ini jenama dari China tapi ianya branded.

Secara keseluruhan, saya memang puas hati dengan smartphone Huawei Ascend Y300 ini. Boleh dikatakan cukup sifat dan sangat sesuai untuk mereka yang baru nak upgrade kepada smartphone. Sebelum ni pun saya pakai smartphone juga. Tapi rasa nak cuba brand lain pulak..lagipun ini peluang terbaik untuk tukar handphone. Dan satu lagi yang menarik perhatian saya mengenai Huawei Ascend Y300 ini ialah dari segi security. Korang boleh set face unlock untuk lock phone korang. Kalau nak buka balik, phone ini akan scan muka korang dulu. Kalau orang lain, dia tak kan buka. Anyway, feature ini pun ada kat kebanyakkan smartphone.

Dari segi customer servis Lazada, kira okay lah. Walaupun tidak pernah contact mereka selama berurusan beli Huawei Ascend Y300 ini, tapi saya selalu contact mereka untuk tanya benda lain. Mereka reply as soon as possible. Dalam masa kurang 24jam gitu. So, overall, membeli belah secara online di Lazada memang selamat.

Huawei Ascend Y300 dengan harga RM188, mana nak cari ooii..


Lagi Info Menarik:

Rabu, 18 Disember 2013

4 Benda comel yang saya nak beli online sebelum akhir tahun ini

Saya memang suka membeli belah online terutama gadget dan aksesori. Bukan saja murah malah menjimatkan masa. Selain eBay, salah satu pusat membeli belah paling popular di Malaysia ialah Lazada. Harga barang kat sana memang jauh lebih murah berbanding kat tempat lain. Tambahan pula, mereka ada bagi perkhidmatan FREE Delivery dan Cash On Delivery gitu.

Ini dia antara 4 benda comel yang saya nak beli online kat Lazada sebelum akhir tahun ini. Duit 8Shares baru jer masuk, so...apa lagi, Jom lah cuci mata. Mana tau ada yang sangkut.








Canon EOS 1100D - RM1,099

Rasa macam nak beli semua jer...tapi kena tahan nafsu tu dulu..hehe!! Kalau korang nak cuci mata kat sana, kunjungi saja Lazada Malaysia sekarang. 



Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Isnin, 11 November 2013

5 Benda pelik tapi menarik yang dijual di laman web Rakuten

These are real and you can really purchase them on Rakuten Malaysia..

Berikut antara 5 barang pelik tapi menarik yang memang benar-benar ada dijual di laman web Rakuten. 

1. My Bra Bag – Travel bra bag
Direka khas sebagai beg untuk baju dalam anda ketika anda melancong ke mana-mana. Beg ini membantu mengelakkan bra anda daripada kemek.
Harga : RM 36




2. Kampung Gourmet Keropok Ikan dengan Pencicah Colek
Nah, kalau anda nak makan keropok ikan yang special, dapatkan lah keropok ikan kampung ini. Dengan pencicah sekali anda dapat.
Harga : RM12.51


3. Siput Misteri  (Golden Mystery Snail)
Ini dia siput babi mister keemasan yang memang jarang dijumpai di mana-mana. Kalau korang nak, jangan risau sebab harganya tak lah semahal emas.
Harga : RM3.80 seekor

4. Udang Hijau
Lagi satu makhluk akuatik yang jarang dijumpai. Udang hijau ini dikatakan hanya terdapat di India. 
Harga : RM3.50 seekor

5. Money Clip
Rasa rimas bila wallet anda terlalu tebal? Gunalah money clip ini.
Harga : RM20

Kalau anda nak tengok lebih banyak barang-barang yang biasa tapi pelik, boleh kunjungi laman web Rakuten Malaysia sekarang. Laman web ini diasaskan di Jepun sekitar tahun 2000 dan pemiliknya adalah antara orang terkaya di dunia. Oh ya, bukan sekadar barang seperti kat atas ni, Rakuten juga menyajikan pelbagai barangan lain seperti barangan elektronik, pakaian, henfon, kamera, dan sebagainya. Macam Lelong dan Lazada juga.

Thanks for reading! Sokong lah kami di Facebook juga...

Jumaat, 30 November 2012

Cyber Monday Aliexpress - Beli Samsung Galaxy SIII online serendah $99.00

Wow! murahnya..biar betul. Beli Samsung Galaxy SIII online serendah $99.00 atau sekitar RM300 gitu, di mana?

Secara amnya, harga Samsung Galaxy SIII di pasaran kini adalah pada $600 - $700 atau sekitar RM1500-RM2000. Tetapi seperti yang diwar-warkan beberapa hari yang lalu, pengguna boleh memilikinya pada harga serendah $99.00 semasa promosi "Cyber-Monday" berjalan. Aliexpress.com merupakan salah satu laman web jual-beli popular di China yang menawarkan barangan branded tersebut. Namun demikian, untuk mendapatkannya adalah sangat payah kerana anda perlu bersaing dengan ratusan ribu pembeli dari seluruh dunia dan jumlah yang ditawarkan pula hanyalah 5 unit. Kalau line korang tu slow, tak payah lah susah-susah.

Tapi kalau terlepas Samsung Galaxy SIII tu pun, masih banyak lagi handphone lain yang ditawarkan pada harga yang sama seperti Samsung Galaxy Note2, Sony Ericsson, LG, dan HTC yang sama hebat. iPhone tak da ya...aksesori je ada.

Sepatutnya, saya dah tulis entri ini sebelum Cyber Monday bermula, tapi biasalah kalau sibuk dengan benda lain kan. Lagipun, Cyber Monday di Aliexpress belum lagi habis. Hari ini hari last kot. So masih ada peluang untuk berjimat sakan ketika shopping online. Potongan hingga 70% woo. Macam-macam ada, dari pakaian, komputer, telefon, aksesori, hinggalah kepada mainan kanak-kanak. Tapi semua barangan adalah "Made in China" la. Tapi ada juga yang original seperti Samsung, Nokia, Nikon, dan sebagainya. Jangan risaulah, kalau korang dapat barang tiruan, duit korang akan dikembalikan 3 kali ganda dari harga asal.

Lagi satu sebab kenapa saya memang suka shopping kat Aliexpress ialah tahap safety yang tinggi. Mereka menggunakan sistem pembayaran ESCROW. Korang dapat barang dulu barulah pihak Aliexpress lepaskan bayaran korang tu kepada si penjual. Kalau korang tak dapat barang dalam masa yang ditetapkan, biasanya 2 bulan, duit korang tu akan dikembalikan.

So, bagi yang suka shopping online macam saya, agak berbaloi juga kalau membeli belah di Aliexpress sempena promosi Cyber Monday ini. Apa pun, saya dah terlepas Samseng Samsung Galaxy SIII tu..huhu.. :(

p/s: Shoping..shoping juga..tapi bajet tu kena kawal.

Sabtu, 17 November 2012

Bagaimana shopping secara online dengan selamat?

Adakah anda pernah memberli secara online? rasanya zaman sekarang dah tak menghairankan kalau ramai yang menjadikan online sebagai medium mebeli-belah. Bukan sahaja penjual malah ia juga sebenarnya banyak memberi manfaat kepada si pembeli. Bukan sahaja mempunyai banyak pilihan malah harga yang ditawarkan juga sangat berpatutan berbanding barangan yang dibeli secara offline. Namun demikian, risiko penipuan juga adalah tinggi. Biasanya tipu menipu ini banyak berlaku dalam pernigaan pelaburan online (emas, perak, forex) dan multi level marketing. Nak harap mulut manis saja tapi habuk pun tak dak. 
So, back to the topic, bagaimana nak shopping online secara selamat?
1. Membeli dari peniaga online yang dikenali, dipercayai atau diiktiraf. Untuk mengetahui sama ada peniaga itu sahih atau tidak, periksa lah laman webnya, Baca bahagian 'About Us' atau 'Term & Condition' yang menerangkan tentang si peniaga (asal, lesen, alamat, perhubungan), jaminan barangan, waranti dan maklumat pemulangan semula barangan. Kalau laman web tersebut tidak mempunyai T&C atau maklumat perniagaan maka eloklah dielakkan. Kalau boleh, contact la dulu si penjual itu mengenai barangan yang nak dibeli.

2. Lihat tanda-tanda keselamatan dalam laman web. Tanda-tanda seperti unbroken lock or keys, URL yang bermula dari https:// dan SSL (Secure Socket Layer) bermaksud bahawa hanya si pembeli dan penjual sahaja yang akan mendapat akses untuk melihat maklumat pembayaran tanpa penglibatan pihak ketiga. Kalau di Malaysia, biasanya banyak yang menggunakan pihak ketiga seperti bank CIMB, MAYBANK, dan sebagainya sebagai cara pembayaran. Ini perlu lebih hati-hati, kang nanti lesap pula duit tu entah ke mana.

3. Lihat statemant privacy. Ambil la masa untuk belek-belek bahagian 'privacy' dalam sesebuah laman web jualan itu. Bacalah bagaimana pihak penjual akan menggunakan maklumat sulit anda pada masa kelak. Biasanya mereka akan mengambil maklumat peribadi pembeli seperti nama dan asal untuk digunakan sebagai testimoni pengguna pada masa akan datang. Biasanya kalau anda membeli di laman web mereka, secara automatik anda perlu bersetuju menjadi testimoni barangan mereka. Free-free je jadi model iklan mereka. Jadi femes la korang nanti. Ketara guna produk tu..huhu.

4. Bayar guna COD dan kredit kad. Cod ini dah biasa bagi mereka yang suka shoping kat zolora.com. Cash on delivery gitu, dapat barang baru bayar. Kalau tak puas hati, boleh terus pulang kan balik. Memang tak disangkal lagi bahawa COD adalah kaedah pembayaran yang paling selamat bagi si pembeli tetapi merupakan kaedah yang paling payah bagi si penjual. Kalau guna Pos Malaysia, terpaksa lah si penjual ni ulang alik pergi kat pejabat pos. Kalau si pembeli tak da di rumah masa delivery? pening jadinya. Kredit kad pun selamat juga. Kalau saya, biasa guna prepaid kad dari Tune2big. Bleh guna kat Paypal. Kalau tak dapat barang atau expected kena tipu, boleh terus buat dispute. Pembeli dapat balik duit, penjual pula gulung tikar. huhu...tapi jangan lah terus buat dispute sebelum bincang dengan penjual. Mana tau barang korang tu kena tahan kat kastam.

5. Last but not least, simpanlah maklumat transaksi belian. Kalau payah nak print, buat screenshot saja pun dah memadai terutama jika ia melibatkan pembayaran menerusi perbankan internet. Nanti kalau si penjual claim belum dapat bayaran, korang kasi tunjuk la buktinya. Jangan saja buat photoshop sudahlah, tak baik, berdosa gitu. Yang penting, resit transaksi tu kena ada.

So, tak kira anda adalah pembeli atau penjual, kedua-dua pihak kena ada rasa tanggungjawab dan boleh dipercayai. Kalau nak berniaga, berniagalah betul-betul, take risks, avoid mistakes, and serve your customers well. Untuk si pembeli, kena hati-hati, communicate with the seller and give full cooperation if ada yang korang tak puas hati.

P/s: Ni ada sedikit tips lagi. Kalau nak cari penjual yang sahih dan terjamin keselamatannya kat Malaysia, pergi lah kat Lelong.my atau kat eBay.com.my. Kat Mudah.my, ermmmm, sy tak sarankan sangat tapi boleh lah juga pergi kalau stakat nak cuci mata.