CIMB nak bagi dua biji iPhone 5 percuma setiap hari. Siapa nak? | Boros Di Aralom

Isnin, 10 Disember 2012

CIMB nak bagi dua biji iPhone 5 percuma setiap hari. Siapa nak?


Selamat sejahtera dan salam 1Malaysia kepada semua pembaca. Seperti yang diwar-warkan dalam tajuk di atas, CIMB nak bagi dua biji iPhone 5 percuma setiap hari kepada pelanggan mereka yang bertuah. Ini bukan omong kosong atau dibuat-buat. Tak percaya? layari laman promo CIMB sekarang. 
iPhone 5 dari CIMB

Mereka sedang menganjurkan promosi Swipe and win the new iphone yang bermula dari 15 Oktober 2012 hingga 31 Januari 2013. Laa..lama lagi nak habis. Masih berpeluang nak menang. Itu pun kalau bertuah la kan.

Macam mana nak join? Senang saja, hanya belanjakan minimum RM50 dalam satu resit dengan menggunakan kad debit/kredit CIMB dan anda secara automatik dah boleh masuk. Berbelanja kat mana-mana pun boleh, dalam atau luar negara. Tak payah register SMS pun. Apa yang lebih menarik lagi, kalau spend RM500 dan ke atas dalam satu resit akan mendapat cashback RM50. Kalau nak tau bagaimana nak menambahkan peluang untuk menang, layari laman promo swipe and win iphone di CIMB sekarang. 

So, sekarang ini kalau dah hujung-hujung tahun memang banyak keluar duit. Apa lagi bagi yang menyambut sambutan Natal Krismas dan Tahun Baru 2013 ini, memang kena beli banyak benda.  Lepas tu, nak beli keperluan back to school pulak bagi yang ada anak-anak bersekolah. Duih...pening pikir. Kalau tak kumpul duit dari awal tahun, memang pokai hujung tahun ni. 

Apa pun, bila dah ada peluang untuk berjimat dengan CIMB ni, tak kan nak lepaskan pula kan. Lagi pun, dah lama jadi pelanggan mereka. Memang patut pun kena treat dengan promo sedemikian. Tapi, kan lebih baik kalau dorang tambahkan kepada 5 ke 10 pemenang sehari. Lagi besar peluang nak menang...huhu..

P/S: kena beringat juga, jangan berbelanja sakan semata-mata nak menang iphone 5 dari CIMB tu. Nanti....lingkup!! padan muka!! iphone 5 tak dapat, kena blacklist pulak dah...oh my kucing!!



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Tiada ulasan: