Budak perempuan berusia 11 tahun ini berkemungkinan besar adalah lebih maju dan lebih kaya raya daripada anda. Langkahnya bermula dari bawah dengan hanya menjual jus lemon di gerai kecil. Namun, berkat kesungguhan, kerja keras dan azam yang tinggi, Mikaila Ulmer kini berjaya menembusi pasaran seluruh negara Amerika apabila sebuah syarikat rantaian Whole Foods bersetuju untuk memasarkan produknya yang bernama 'Bee Sweet' itu di kesemua 55 kedai mereka di US. Dianggarkan bahwa hasil keuntungan dari kerjasama ini adalah bernilai jutaan dolar. Fuyoo!!
Mikaila Ulmer, usahawan jus madu lemon (sumber) |
Usahawan cilik ini menggunakan daun pudina, madu dan beberapa bahan lain untuk resipi jus lemon yang dipelajari dari neneknya. Sebahagian daripada keuntungan yang diperolehi akan disumbangkan ke badan-badan kebajikan yang bertangggungjawab dalam memelihara dan memulihara lebah. Wah..budak kecik pun dah boleh fikir sejauh ini yer.
Mikaila senang menggelar dirinya sebagai Bee Embassador atau Duta Lebah. Produknya mula mendapat perhatian ketika dia muncul dalam program Shark Tank terbitan ABC. Mikaila memenangi hadiah berupa tajaan bernilai $60,000 menerusi program ini untuk membantu mengembangkan perniagaannya.
Idea untuk memulakan perniagaan jus lemonade ini timbul ketika Mikaila berusia 4 tahun selepas disengat lebah sebanyak dua kali. Bermula dari detik itulah Mikaila mula menunjukkan minat terhadap lebah, mengapa lebah menyegat dan tertarik dengan fungsi lebah terhadap keseimbangan ekosistem. Katanya, "saya tidak suka disengat lebah. Ianya menakutkan. Tapi sesuatu yang pelik berlaku selepas itu di mana saya menjadi begitu tertarik dengan lebah. Saya belajar apa yang lebah boleh bantu dalam kehidupan saya. Jadi saya berfikir, apa kata saya lakukan pula sesuatu yang boleh membantu lebah-lebah madu ini dengan menggunakan resipi nenek sya?"
Selain daripada kejayaan dalam Shark Tank, Mikaila turut berpeluang berjumpa dengan presiden US, Barrack Obama serta menghidangkan jus lemon buatannya itu. Mikaila turut memenangi beberapa anugerah lain seperti anugerah African American Harvest Foundation Story Changer, hasil daripada kejayaannya itu.
Antar produk Bee Sweet Lemonade milik Mikaila |
Apabila ditanya bagaimana Mikaila menyeimbangkan di antara pelajaran dan perniagaannya itu, dia menyatakan bahawa dia akan menjalankan perniagaannya selepas waktu sekolah dan sesudah menyiapkan tugasan sekolahnya selain pada hujung minggu dan ketika musim cuti sekolah.
Wah...real inspirational story. Baru berumur 11 tahun tapi sudah memiliki perniagaan sebesar ini. One real simple rule in entrepreneur is...you must enjoy and passionate about what you are doing!! Mikaila ada cakap,"There are not too many times I feel stressed"..maksudnya, dia enjoy akan apa yang dia buat dan bukan meletakkan keuntungan sebagai matlamat utama. Bukan duit yang mendorong dia melakukan pernigaan ini tetapi disebabkan dia passionate pada lebah. Berapa banyak antara kita yang memilik passion terhadap sesuatu benda ketika berumur 4 tahun? Ada...tapi tak banyak.
Lagi Info Menarik: