Semasa aku kecil sekolah rendah, hampir setiap hari aku dan kawan-kawan pergi mandi manda kat sungai di kampung kami. Sungai tu terletak kira-kira 2 kilometer dari rumah. Bukan senang nak pergi kat sungai tu sebab terpaksa turun bukit sepanjang perjalanan. Masa nak pergi tu senang la skit tapi bila nak pulang terpaksa naik bukit sepanjang jalan. Tapi kenapa kami suka juga nak pergi? kerana masa tu, sungai ni jernih, luas, dalam, cantik, menyegarkan, dan natural. Tapi sekarang dah macam lombong, cetek, kotor, sempit, nak tengok pun sakit mata. Ini baru sungai kat kampung, belum lagi sungai kat bandar. Kalau aku tengok sungai kat bandar tu entah ada makluk akuatik ke masih hidup. Sampah-sarap sana sini, warna macam minyak hitam, bau macam bangkai yang dah menjadi bangkai yang bangkai..huh..aku suka mandi sungai. Dari sungai kat kampung ku itu lah aku belajar berenang, menyelam, menangkap ikan, memukat, dan memancing. Sekarang kalau nak belajar berenang kena pergi kat pusat renang dulu. Tapi lagi ok lah kalau belajar kat pusat tu sebab keselamatan dikawal. Dulu masa aku belajar berenang, abang-abang dan kawan-kawan yang tua dua hingga lima tahun dari aku saja yang menjadi pemerhati. Masa tu aku baru berumur 8 tahun. Walau bagaimana bahaya sekalipun cara kami tu dulu, First Hand Experience tu takkan dapat dilupakan bila aku hampir-hampir lemas sebanyak lima kali.
Ait Terjun Murug-turug
tempat aku dan kawan-kawan selalu mandi dulu
tempat aku dan kawan-kawan selalu mandi dulu
Sungai oh sungai, aku kasihan kat engkau, aku sedih kat engkau, aku berusaha untuk engkau bila aku terbaca berita hari ni tentang engkau. Berita ni memberitakan tentang sungai yang dekat dengan sungai yang aku selalu mandi dulu. Bukan setakat menjadi pusat pembungan tandas, sungai menjadi pusat pembungan sampah-sarap dari rumah. Tak boleh ke kumpul sampah tu dan buang kat tong sampah. Biar DBKK yg buat kerja mengurus sampah. Bukan bagi kat sungai. Membuang sampah ke sungai ibarat orang yang suka melepaskan tanggungjawab. Bila dah tengok sampah dihanyutkan air, ingat selesai masalah sampah kat rumah tu? Lagi banyak masalah yang akan kembali secara bertubi-tubi. Penyakit, air kotor, toksik dan macam-macam la. Bila dah kena masalah-masalah macam ni, nak salahkan orang lain pulak. Bila mintak peruntukan air bersih tak dapat, nak kempen sana sini pulak salahkan pemerintah. Oleh yang demikian, sama-sama la kita pikul tanggungjawab untuk menjaga sungai. Sumber alam terindah di muka bumi ini.
6 ulasan:
Give u more love,less Hate...yeaH..I like dat..
crita sal sungai niH...sungai pat aku slalu mandi manda skang daH ndak mcm dulu daH...mo mandi terjun junam pun x dpt...sediH*
so..mari laH sama2 jaga sungai kita kan...
bkn setakat buang sampah..sungai pun tempat buang baby...agaknya kalau sungai ni boleh bercakap..dah lama sungai maki hamun manusia kan...
beb...can't follow blog just story2...can't leave comment...aku daH buat entri sal contest Bo giveaway tu...aiyaks...paHal?
Jaga lah sungai kita.. please..
Jgn biarkan ikan2 d sungai mati..
bajinganCinta* cuba try lagi pegi kat blog Just Corner..mungkin dia tengah update tu..
cikmimie* macam-macam la benda kena buang kat sungai..betul tu, kalau sungai boleh bercakap, mungkin satu dunia dah dimaki hamunnya.
stell* yeah, jaga la sungai kita..
Nancy..baru sya kira2 mau dtg tempat ni ko ni tp bila baca komen ala..sadis...leh kasi tau sama sya tempat2 menarik lg di Ranau
Catat Ulasan