Boros Di Aralom: Bencana
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Bencana. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Mac 2014

Bencana 'sinkhole' atau tanah jerlus landa Malaysia

Inilah dia bencana alam yang paling sukar sekali diramal. Ia berlaku di mana-mana sahaja di muka bumi ini tak kira di dalam laut atau di darat. Tanah jerlus atau dalam bahasa inggerisnya juga dikenali 'sinkhole' ini datang tanpa diduga dalam pelbagai saiz. Ada yang kecil dan ada yang besar, ada yang cetek dan ada yang dalam. 

Malaysia juga tidak terkecuali. Awal pagi tadi sekitar jam3.30 pagi, sinkhole telah berlaku di Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Ipoh, Perak. Kejadian ini merosakkan hampir 80 peratus sebuah rumah yang terjejas ekoran mendapan tanah sedalam kira-kira 5 meter.
Sinkhole in Malaysia
Ketika kejadian berlaku kesemua penghuni sekitar 20 orang sedang nyenyak tidur, namun bernasib baik kerana menyedari mendapan berlaku selepas terdengar bunyi retakan dinding dan lantai rumah. 

Buat sementara waktu kesemua penghuni yang terjejas dipindahkan ke Dewan Kemas berhampiran dan diberi bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: mymetro

Selain di Kampung Pengkalan Gate Tambahan ini, berikut antara kejadian-kejadian sinkhole yang pernah berlaku di seluruh dunia.
Sinkhole in Guatemala City, June 2, 2010 (Source: Dailynews)
Sinkhole in Brooklyn, New York, 1996
Sinkhole in Frackville, Pennsylvania
Sinkhole in Shenzen, China, May 2013
Sinkhole in Texas, May 2002

Sabtu, 7 Disember 2013

RM500 akan diberikan sebagai bantuan kepada mangsa banjir

Sejak beberapa hari lalu, kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia telah dilanda banjir teruk yang mennyebabkan berpuluh ribu mangsa terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Berikutan dari bencana alam yang menimpa negara ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan RM500 kepada mangsa banjir yang terjejas.

KUALA LUMPUR: Bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir yang sedang melanda pantai Timur diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Selain itu, Najib juga menggesa semua bank membenarkan mangsa banjir terbabit menangguhkan pembayaran balik pinjaman mereka. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada Khamis, Najib meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO sejurus selepas menyampaikan ucapan dasar untuk melawat mangsa banjir di Pahang.

Banjir mula melanda Pantai Timur awal minggu ini dengan Pahang menjadi negeri paling buruk dilanda bencana alam tersebut. - AWANI

> Nampaknya Hulk dalam movie dan Hulk dalam dunia sebenar memang jauh bezanya..tengoklah..

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!

Jumaat, 8 April 2011

Video gegaran gempa bumi terbaru 7 April di Jepun

Ini lah nasib negara-negara yang berada di kawasan lingkaran api pasifik yang terdedah dengan ancaman-ancaman gempa bumi. Belum cukup dengan gempa bumi tsunami dasyat yang mengorbankan lebih 20,000 orang penduduk Jepun pada 11 Mac lalu, kemudian gegaran susualan beberapa hari kemudian, terbaru, Jepun sekali lagi mengalami gempa bumi berukuran 7.4 pada jam 11:32 p.m hari kelmarin di kawasan yang sama. Berikut merupakan video gegaran tersebut yang diperoleh dari youtube.


Menurut International Bussiness Times, gempa bumi terbaru ini telah menyebabkan dua kematian dan mencederakan lebih 100 orang penduduk lain di kawasan utara timur Jepun.

Trend Menarik Sekarang:- Peluang untuk mendapatkan iPhone4 dari DiGi Take the Nestle Wellness Profiler Test today Install Opera Mini-FY dalam smartphone

Khamis, 17 Mac 2011

Radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana

(image from google)

TOKYO: Paras radiasi di loji nuklear Fukushima meningkat ke tahap bencana semalam, memaksa pekerja yang berusaha menangani kebocoran radiasi meninggalkan kawasan itu untuk menyelamatkan diri.

Pegawai yang cemas memindahkan 50 pekerja awal pagi semalam selepas penggera di loji itu mengesan tahap radiasi mencapai tahap berbahaya kepada kesihatan manusia.mHelikopter tentera kemudian dikerah cuba mengatasi kebocoran lebih buruk dan menyejukkan reaktor terbabit dengan mencurahkan air dari udara.

Kebimbangan mengenai kemungkinan berlaku bencana yang amat dahsyat meningkat seiring dengan kenaikan tahap radiasi dan pakar memberi amaran, loji di Fukushima itu kini menjadi ancaman nuklear hampir sama seperti peristiwa Chernobyl. Lebih 140,000 penduduk dalam lingkungan 30 kilometer dari loji itu diarah supaya tidak keluar rumah sementara 180,000 yang tinggal lebih hampir dengannya sudah dipindahkan.


Orang ramai yang ketakutan memenuhi jalan raya untuk menyelamatkan diri. Kerajaan Perancis menggesa warganya yang menetap di Tokyo supaya meninggalkan Jepun atau berlepas ke selatan negara itu, Selasa lalu, kebakaran berlaku di kolam simpanan bahan tenaga reaktor yang sama, kawasan tempat bahan negara nuklear yang digunakan disejukkan, menyebabkan bahan radioaktif terbebas ke udara.


Ketua Setiausaha Kabinet, Yukio Edano berkata, petugas yang cuba menyejukkan reaktor di loji Fukushima Dai-ichi dengan air laut sebagai usaha terdesak untuk menstabilkan suhu tidak mempunyai jalan lain kecuali menyelamatkan diri dari kawasan paling berbahaya itu.

“Mereka tidak boleh melakukan tugas di loji itu, walaupun yang paling minimum,” kata Edano.


Beliau turut memberi amaran, usaha mengatasi kebocoran radiasi dari udara dengan menggunakan helikopter mungkin tidak akan berjaya.


“Usaha mengatasi masalah itu tidak semudah dengan hanya mencurahkan air. Kami berusaha untuk mengelak daripada menimbulkan lebih banyak masalah,” katanya. - DM

(sumber: myMetro)

p/s: dunia semakin tua..malang apabila Jepun mengalami bencana alam yang datang tanpa henti..sungguh manusia tidak mampu melawan 'force of nature'..pray for Japan and for the world.