RM500 akan diberikan sebagai bantuan kepada mangsa banjir | Boros Di Aralom

Sabtu, 7 Disember 2013

RM500 akan diberikan sebagai bantuan kepada mangsa banjir

Sejak beberapa hari lalu, kawasan Pantai Timur semenanjung Malaysia telah dilanda banjir teruk yang mennyebabkan berpuluh ribu mangsa terpaksa dipindahkan ke kawasan yang lebih selamat. Berikutan dari bencana alam yang menimpa negara ini, Perdana Menteri telah mengumumkan bantuan RM500 kepada mangsa banjir yang terjejas.

KUALA LUMPUR: Bantuan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga mangsa banjir yang sedang melanda pantai Timur diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, hari ini.

Selain itu, Najib juga menggesa semua bank membenarkan mangsa banjir terbabit menangguhkan pembayaran balik pinjaman mereka. Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Perhimpunan Agung UMNO 2013 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Pada Khamis, Najib meninggalkan Perhimpunan Agung UMNO sejurus selepas menyampaikan ucapan dasar untuk melawat mangsa banjir di Pahang.

Banjir mula melanda Pantai Timur awal minggu ini dengan Pahang menjadi negeri paling buruk dilanda bencana alam tersebut. - AWANI

> Nampaknya Hulk dalam movie dan Hulk dalam dunia sebenar memang jauh bezanya..tengoklah..

Artikel seperti ini disiarkan setiap hari di Facebook, pastikan anda LIKE Fanpage kami ya!