Bencana 'sinkhole' atau tanah jerlus landa Malaysia | Boros Di Aralom

Sabtu, 1 Mac 2014

Bencana 'sinkhole' atau tanah jerlus landa Malaysia

Inilah dia bencana alam yang paling sukar sekali diramal. Ia berlaku di mana-mana sahaja di muka bumi ini tak kira di dalam laut atau di darat. Tanah jerlus atau dalam bahasa inggerisnya juga dikenali 'sinkhole' ini datang tanpa diduga dalam pelbagai saiz. Ada yang kecil dan ada yang besar, ada yang cetek dan ada yang dalam. 

Malaysia juga tidak terkecuali. Awal pagi tadi sekitar jam3.30 pagi, sinkhole telah berlaku di Kampung Pengkalan Gate Tambahan, Ipoh, Perak. Kejadian ini merosakkan hampir 80 peratus sebuah rumah yang terjejas ekoran mendapan tanah sedalam kira-kira 5 meter.
Sinkhole in Malaysia
Ketika kejadian berlaku kesemua penghuni sekitar 20 orang sedang nyenyak tidur, namun bernasib baik kerana menyedari mendapan berlaku selepas terdengar bunyi retakan dinding dan lantai rumah. 

Buat sementara waktu kesemua penghuni yang terjejas dipindahkan ke Dewan Kemas berhampiran dan diberi bantuan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Sumber: mymetro

Selain di Kampung Pengkalan Gate Tambahan ini, berikut antara kejadian-kejadian sinkhole yang pernah berlaku di seluruh dunia.
Sinkhole in Guatemala City, June 2, 2010 (Source: Dailynews)
Sinkhole in Brooklyn, New York, 1996
Sinkhole in Frackville, Pennsylvania
Sinkhole in Shenzen, China, May 2013
Sinkhole in Texas, May 2002

Tiada ulasan: