Boros Di Aralom: Berita Luar Negara
Memaparkan catatan dengan label Berita Luar Negara. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Luar Negara. Papar semua catatan

Khamis, 17 Januari 2013

‘Perogol Dan Mangsa Rogol Sama-Sama Rasa Nikmat’ - kenyataan seorang hakim

JAKARTA: Setelah menerima kecaman hebat masyarakat kerana gurauan bahawa "perogol dan mangsa rogol sama-sama merasai nikmat", calon Hakim Mahkamah Agung Muhammad Daming Sunusi meminta maaf secara terbuka dan menyatakan rasa kesal kerana mengeluarkan kenyataan itu.

Padah gurauan kontroversi itu, yang dibuat semasa menjalani ujian kelayakan di hadapan Suruhanjaya III Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) Indonesia itu, bukan sahaja menjejaskan peluang untuk dilantik sebagai Hakim Mahkamah Agung, malah beliau mungkin perlu berdepan Suruhanjaya Kehakiman berhubung soal pelanggaran etika.

"Dari lubuk hati yang paling dalam, saya menyampaikan permohonan maaf kepada masyarakat, media massa, Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAI), Biro Bantuan Guaman (YLBHI) dan kepada pemerhati undang-undang atas ucapan-ucapan saya yang 'out of control' dan tanpa disedari. Saya mohon maaf terutama kepada Yang Maha Kuasa," kata Daming pada sidang akhbar di sini, Selasa.

Dalam linangan airmata kekesalan, Daming menjelaskan bahawa beliau tidak menyedari terkeluar kenyataan seperti itu kerana ketika itu sedang berada dalam suasana tegang menjawab soalan-soalan para anggota DPR semasa ujian kelayakan itu.

Semasa disoal pada sesi ujian kelayakan itu pada Isnin, Daming, yang juga Ketua Hakim Mahkamah Tinggi Banjarmasin, Kalimantan Selatan, menyatakan bahawa hukuman mati terhadap perogol perlu difikirkan secara mendalam kerana "yang merogol dan yang dirogol sama-sama menikmati".

Masyarakat dalam reaksinya turut mengecam para anggota DPR yang ketawa mendengar gurauan Daming itu, namun para anggota dewan segera mempertahankan diri dengan menyatakan bahawa mereka ketawa kerana terkejut mendengar kenyataan seperti itu dikeluarkan oleh seorang calon hakim Mahkamah Agung.

Banyak pihak juga menggesa supaya para anggota DPR tidak memilih Daming sebagai hakim Mahkamah Agung berikutan kenyataan beliau itu.

Suruhanjaya III DPR mengadakan ujian kelayakan itu terhadap beberapa calon hakim Mahkamah Agung minggu ini. - Bernama

Jumaat, 27 Julai 2012

‘Indonesia Darurat Tempe’, pengusaha hentikan pengeluaran

Tempe
JAKARTA: ‘Indonesia Darurat Tempe’. Demikian tajuk utama muka depan akhbar harian Media Indonesia pada Khamis, dengan gambar sekeping poster bertulisan tangan ‘3 Hari Puasa Tempe – Tauhu’ yang dirakam di sebuah pasar, di Tangerang, Banten.

Laporan itu menggambarkan tindakan pengusaha menghentikan pengeluaran tempe dan tauhu selama tiga hari mulai Rabu hingga hari ini, sebagai bantahan melambungnya harga kacang soya yang merupakan bahan utama penyediaan makanan tersebut. Bagi sebahagian besar rakyat Indonesia, tempe dan tauhu adalah hidangan wajib setiap hari yang juga sumber protein murah, namun sejak akhir-akhir ini pengusaha terpaksa menaikkan harga jualan kerana kenaikan harga kacang soya.

Kenaikan harga tempe dan tauhu itu menyebabkan sebahagian besar pengguna daripada golongan menengah dan bawahan kurang membelinya hingga menyebabkan pengeluar dan peniaga kerugian. Kelmarin ratusan pengusaha tempe dan tauhu di Sukoharjo, Surakarta Jawa Tengah mengadakan tunjuk perasaan, mendesak kerajaan menurunkan harga kacang soya yang melonjak dari Rp5,000 kepada Rp8,200 sejak kebelakangan ini. (Rp100 = RM0.033)

Sekumpulan pengusaha di Jakarta pula bertindak membuang tempe dan tauhu ke atas jalan raya sebagai tanda protes terhadap kenaikan harga bahan mentah itu.

Beberapa pengusaha tauhu dan tempe di Tasikmalaya, Jawa Barat, pula memberhentikan sementara pekerja mereka dan ada dalam kalangan mereka sepakat untuk menutup perniagaan masing-masing jika harga kacang soya terus meningkat.
Dalam pada itu, ada pengusaha di Jakarta bersedia menyambung pengeluaran tempe dan tauhu mereka sekalipun harga kacang soya kekal tinggi selepas hari ini, namun akan dijual pada harga lebih tinggi.

Menteri Penyelaras Bidang Perekonomian Hatta Rajasa pada Rabu menegaskan kerajaan akan menghapuskan cukai import lima peratus terhadap kacang soya mulai minggu ini hingga akhir tahun, dalam usaha menurunkan harga komoditi itu kira-kira Rp400 sekilogram.

Beliau berkata, Indonesia memerlukan 2.2 juta tan kacang soya setahun namun pengeluaran dalam negeri hanya sekitar 700,000 tan, memaksa mereka mengimport kira-kira sejuta tan bagi menampung keperluan.

Menteri itu juga meminta pengeluar tempe dan tauhu mengimport kacang soya secara terus dan tidak melalui pihak ketiga bagi mengawal harga menerusi koordinasi bersama koperasi, Kementerian Perdagangan, Kementerian Koperasi dan Perusahaan Kecil dan Sederhana serta Kementerian Perindustrian. — Bernama - Sumber: Borneo Post

Sabtu, 7 Julai 2012

Panda-panda ini seronok bermain gelongsor


Sebagai usaha meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap masalah haiwan yang hampir pupus ini, satu video telah dikeluarkan oleh sebuah pusat penjagaan Panda di Chengdu, China. Kelihatan beberapa ekor panda sedang bermain gelongsor papan dengan penuh keriangan. - Sumber: The Telegraph


Jumaat, 6 Julai 2012

Pelajar sewa helikopter ke sekolah selepas gagal sewa limosin

Chloe dan Lauren
LONDON: Hanya kerana tidak mahu ketinggalan hadir dalam parti akhir tahun sekolah mereka, dua sahabat menyewa sebuah helikopter apabila rancangan awal menggunakan limosin tidak berjaya.

Pada awalnya, Chloe Webb dan Lauren Huggett mahu menyewa sebuah limosin untuk ke sekolah yang terletak hanya kira-kira 13 kilometer dari rumah mereka.

Bagaimanapun, rancangan itu tidak kesampaian apabila didapati semua limosin sewa di Gloucestershire habis ditempah.

Kekecewaan dua sahabat berusia 16 tahun itu ternyata tidak kekal lama apabila bapa Lauren, Jason Huggett, tampil membantu dengan menyewa sebuah helikopter untuk mereka.

Untuk mendapatkan perkhidmatan itu, Huggett dikenakan bayaran £500 (RM2,465).

Justeru, kehadiran Chloe dan Lauren ke parti sekolah mereka di Whitminster Inn ternyata mengejutkan semua pihak yang hadir di situ. Dua sahabat itu menaiki helikopter dua enjin Robinson R44 dari padang permainan di Cashes Green, Stroud, sebelum dibawa terbang kira-kira setengah jam ke tempat parti berkenaan dilangsungkan. Kata Chloe, ia adalah pengalaman yang hebat dan menyeronokkan. “Kami dibawa bersiar-siar selama setengah jam sebelum diturunkan di kawasan lapang bersebelahan khemah parti sekolah kami dilangsungkan.

“Semua kawan kami sangat terkejut dan tidak percaya kami datang menaiki helikopter,” katanya. Lauren pula berkata, walaupun rancangan mereka untuk menyewa limosin gagal, apa yang dialaminya semalam ternyata jauh lebih menyeronokkan. Bagi Chloe, parti itu penting kerana ia menandakan berakhirnya sesi pembelajarannya di Sekolah Archway di Stroud.

Dia kini bercadang mengikuti kursus terapi kecantikan di Kolej Gloucestershire Selatan dan Stroud, manakala Lauren akan meneruskan pengajiannya di Archway.

Sementara itu, media melaporkan, parti akhir tahun serba meriah yang biasanya diadakan di Amerika Syarikat seperti banyak dipaparkan dalam siri High School Musical kini semakin banyak diadakan di Britain. Ibu bapa sering dipujuk untuk membelanjakan wang yang banyak bagi membiayai kos menyiapkan pakaian, dandanan rambut serta pelbagai aksesori lain. - DM - Sumber: myMetro

Khamis, 19 April 2012

TV for dogs launches in the US

Television bosses are calling DOGTV a new breed of programming - an on-demand cable TV channel designed to keep your dog relaxed, stimulated and entertained while you are at work.

Two months after it debuted on local networks in California, the canine cable channel has now launched online and is headed for national distribution, according to the channel's executives.
Known as DOGTV, the channel "offers a promise to our beloved best friends that they should never again feel alone."
The advertising-free programming is aimed at stay-at-home dogs whose out-to-work masters fret about the separation anxiety their pets suffer, and the trouble they get into, when left unattended for long stretches of time.
Billed as the first channel of its kind, DOGTV made its premiere in February as a free, around-the-clock offering carried by cable and on-demand services in San Diego, reaching some 483,000 homes in California's second-largest city.
The content is scientifically tailored for four-legged audiences, with even the sound, colours and camera angles adjusted to make them more appealing to canines according to the channel's website.

Read full article at The Telegraph. Somehow, you can watch the video below associated with this news.


Now we have dog tv..sonner or later, we will have cat tv..and then, get ready to be suprised with your electric bills. What a lucky pets!!

Kasino på nett

Selasa, 17 April 2012

Gambar suspek cannibal di Brazil ditangkap


Suspek-suspek cannibal

Tiga suspek cannibal di Brazil telah ditahan oleh polis kerana disyaki telah membunuh dan memakan sekurang-kurangnya dua wanita.

Para suspek dikenali sebagai Jorge Beltrao Negromonte, Elizabeth Pires da Silveira, dan Bruna da Silva. Polis mengesyaki mereka merancang untuk membunuh tiga wanita dalam setahun. 

Juga dimaklumkan bahawa mereka membunuh para mangsa di rumah suspek dan kemudiannya memasak daging mereka. Polis mengambil tindakan selepas menjumpai dua mayat di kebun rumah para suspek.
Mangsa dijadikan hidangan pastri.
Menurut polis, suspek memperdaya mangsa dengan menawarkan perkerjaan sebagai penjaga anak dengan gaji yang tinggi. 

Menurut The Telegraph, para suspek dikatakan memakan daging mangsa untuk menyucikan jiwa. 
Kasino på nett

Isnin, 9 April 2012

Gambar lelaki ancam kelar leher isteri di depan orang ramai

Orang ramai menyaksikan seorang polis Thailand yang sedang memujuk Sakdawut Hamsiri, 30, yang  mengancam untuk mengelar leher isterinya, Thawee Naiyanit, di tepi jalan raya di Bangkok. Insiden yang berlarutan selama enam jam itu berakhir apabila polis menggunakan 'Taser' dan membawa lelaki itu ke balai. The Telegraph 

Kasino på nett

Khamis, 29 Mac 2012

Padah kerana panggil 'Singapura Anjing'


National University of Singapore (NUS) telah mengambil tindakan disiplin ke atas seorang pelajarnya dan pemegang biasiswa, Sun Xu. Pelajar tersebut menjadi tumpuan media dan orang ramai pada Februari lalu selepas membuat kenyataan yang menganggu sensitiviti masyarakat Singapura, seperti yang dilaporkan dalam Channel NewsAsia.

Sun, pemegang biasiswa Kementerian Pendidikan telah didenda S$3, 000 dan perlu melaksanakan tugas kemasyarakatan selama tiga bulan sebelum dibenarkan untuk bergraduat.

Laporan tersebut menyatakan bahawa pelajar akhir kejuruteraan mekanikal itu sepatutnya akan bergraduat pada Jun tahun ini tetapi sebagai sebahagian daripada dendanya, dia perlu mengambil satu semester tambahan dan sekarang akan bergraduat pada Februari tahun depan. Dia juga perlu membayar untuk semester tambahan tersebut.

Menurut laporan tersebut, faedah biasiswanya untuk semester akhir juga telah ditamatkan dan dia perlu membayar balik S$8,200 faedah biasiswa untuk semester terkini.

Sun telah membuat kenyataan di laman sosial berbahasa Cina "Ren Ren" bulan lalu dan telah menimbulkan kemarahan masyarakat tempatan setelah ianya menjadi viral. Dia menulis "there are more dogs than humans in Singapore". Dia kemudiannya telah meminta maaf.

Untuk laporan penuh, sila layari malaysiandigest.com.


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Sabtu, 17 Mac 2012

Wanita bunuh diri dengan gergaji rantai (chainsaw) di LA


A file photo of a chainsaw.
Seorang wanita berumur 47 tahun ditemui mati kelmarin dan dipercayai membunuh diri dengan menggunakan gergaji rantai (chainsaw). Mangsa, Valerie Nash, ditemui di dalam bilik tudur oleh kakaknya dengan kesan kecederaan akibat gergaji rantai di leher seperti yang dilaporkan oleh CBS Los Angeles. Dikatakan juga bahawa mangsa telah meninggalkan nota bunuh diri.



Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Sabtu, 3 Mac 2012

Gambar-gambar menarik sepanjang Earth Hour di seluruh dunia


Earth Hour pada tahun ini bakal dilaksanakan pada penghujung bulan Mac ini. Selepas beberapa tahun dilaksanakan, ianya mendapat sambutan yang sangat menggalakkan di seluruh dunia. Berikut merupakan antara gambar-gambar menarik sepanjang Earth Hour di seluruh dunia.











Diharapkan agar Earth Hour pada tahun 2012 ini akan mendapat lebih ramai sokongan dan tindakan daripada orang ramai. 60 minutes can make a big difference. Tutup lampu anda selama 60 minit dan selamatkan bumi kita yang semakin tua ini.


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

[Gambar] Kepala jadi 'bola' kerana alergi dengan pewarna rambut


LONDON: Seorang wanita muda yang gemarkan gaya wajah baru mengalami kecacatan penglihatan buat sementara waktu dan dirawat di hospital selama tiga hari ekoran tindak balas pewarna rambut yang dibelinya di pasar raya.


Wajah Carmen Rowe membengkak seperti “bola” selepas menggunakan pewarna rambut hitam Clairol “Nice n Easy” yang dibelinya di sebuah pasar raya tempatan di Asda. Dia dimasukkan ke Hospital Morriston Swansea keesokan harinya selepas mengalami wajah bengkak menyebabkan dia tidak dapat melihat. Bagaimanapun, wanita berusia 25 tahun itu berkata, dia menjalankan ujian pada kulit 48 jam sebelum menggunakan pewarna itu tanpa menghadapi sebarang masalah dan telah mewarnakan rambutnya sejak dia berusia 13 tahun.

(Sumber gambar: dailymail.co.uk)
Carmen akhirnya dibenarkan keluar dari hospital selepas tiga hari rawatan apabila bengkak di wajahnya surut dengan pengambilan steroid dan antibiotik. Namun, dia dimasukkan semula ke hospital sebanyak empat kali bulan seterusnya selepas mengalami sakit dan bengkak di wajahnya. Doktor akhirnya mengesan tindak balas alahan terhadap Paraphenylenediamine di dalam pewarna rambut itu.

Carmen dari Swansea berkata: “Saya bangun dan kepala saya bengkak hingga sya tidak dapat melihat. Saya sudah menjadi buta.

“Saya lihat ke cermin dan separuh daripada wajah saya sudah bengkak. Kelihatannya separuh daripada kepala saya bagaikan telah dipam menjadi sebiji bola. “Saya terus ke hospital dan ketika sampai di sana, kepala saya makin membengkak, malah telinga saya juga menjadi besar. Doktor menahan saya di wad serta-merta.

“Perkara paling teruk ialah apabila kepala saya mula keluar nanah. Saya terpaksa membungkus kepala dengan tuala, ia cukup teruk dan baunya seperti anjing basah,” katanya.

“Saya tahu remaja sering mewarnakan rambut mereka pada usia 13 atau 14 tahun dan ia mungkin bahaya untuk mereka.

“Saya hanya ingin memberi amaran kepada ibu bapa apa yang mungkin terjadi. Ia adalah alahan yang boleh berlaku bila-bila masa saja,” katanya. sumber 

Apapun produk yang kita guna tak kira untuk kecantikan atau kesihatan, haruslah mendapat kan nasihat doktor terlebih dahulu.


Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Selasa, 28 Februari 2012

Binatang pun pandai berdoa?




Bila melihat gambar ini nampak seolah-olah dua ekor tupai air itu sedang berdoa untuk meminta makanan.

Tapi sebenarnya, tupai-tupai comel itu sedang bermain dengan batu kecil. Gambar ini diambil di Whipsnade Zoo, Dunstable, Switzerland.



Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Rabu, 22 Februari 2012

Jembalang babun serang sekolah di Zimbabwe


BULAWAYO: Pelajar di sebuah sekolah menengah perempuan di selatan Zimbabwe diarah pulang minggu lalu selepas mereka mendakwa diganggu jembalang.

Terletak di kawasan kering di Sigangatsha, kira-kira 72 kilometer di selatan Bulawayo, Sekolah Menengah St Sebastian itu kini disiasat Kementerian Pendidikan selepas ramai pelajar ketakutan diserang jembalang berkenaan. Menurut sumber, kejadian itu bermula sejak beberapa minggu lalu dan menyebabkan pelajar terbabit trauma.
Babun liar.
Sekolah berkenaan juga terletak tidak jauh dari Taman Negara yang menempatkan kubur pengasas negara Rhodesia (kini dikenali sebagai Zimbabwe) dan syarikat berlian utama dunia De Beers, Cecil John Rhodes. Ramai ibu bapa mendakwa, anak perempuan mereka diserang jembalang yang menyerupai babun dalam kelas masing-masing. Pegawai pendidikan tempatan, Patrick Dube, mengesahkan sekolah berkenaan kecoh dengan kejadian itu.

“Di pihak kementerian, kami akan menyiasat setiap aduan dan setakat ini, belum dipastikan apa sebenarnya berlaku di situ,” katanya kepada media, semalam. Sementara itu, seorang cendekiawan Zimbabwe, Dewa Mavhinga, berkata jembalang adalah makhluk mistik yang jahat dan perlu dibersihkan melalui ritual tertentu jika kejadian histeria berterusan.

“Seseorang yang ternampak makhluk itu akan mengalami gangguan dan ilmu sihir boleh berlaku sama ada dalam komuniti bandar atau luar bandar,” katanya. Seorang ibu yang enggan dikenali berkata, ada pelajar yang mengalami histeria selepas melihat jembalang itu.

“Saya rasa pelajar terbabit dirasuk. Dia tidak sedarkan diri dan tiba-tiba mula menjerit-jerit sambil bertindak liar selama kira-kira lima minit,” katanya.

Apabila sedar, katanya, pelajar terbabit mendakwa dia melihat ada seekor babun cuba menamparnya. Awal bulan ini, Menteri Hal Ehwal Air Zimbabwe, Sam Sipepa Nkomo, berkata beberapa pekerja sebuah empangan melarikan diri dari situ selepas terserempak ikan duyung.

“Ikan duyung itu sebenarnya hantu,” katanya. - DM




Rahsiah Seks Hebat Untuk Suami Isteri 18SX
Jadilah pasangan romantik dan nikmati seks hebat bersama isteri/suami anda
http://www.sekshebat.com

Khamis, 2 Februari 2012

Murid pecah rekod tiru gaya Mahatma Gandhi



Tiru gaya pemimpin ikon. Itulah yang dilakukan oleh sekumpulan murid berusia antara 10 hingga 16 tahun di India. Mereka mamakai penutup kepala, misai palsu, dan cermin mata bulat yang menjadi trademark Mahatma Gandhi, seorang tokoh India yang terkenal.

Murid-murid seramai hampir 500 ini beratur sepanjang 0.5km dalam memperingati Gandhi yang telah dibunuh 64 tahun lalu. Mereka turut berarak di Kalkota, West Bengal, sambil diperhatikan oleh cucu Gandhi sendiri iaitu Usha Gokani. - Metro UK



U Have Website We have Cash

If you have website put our banner on it, make money for each visitor
yield2me.com

Make Money Online

$0.00 Start. Start in 5 mins. $3K per week. Make money from your website.
yield2me.com

Watch Live TV Free on PC

Get 4,500+ Channels On Your PC No Monthly Fees or Subscription
Watch-Internet.TV

Rabu, 1 Februari 2012

Bintang filem lucah nak jadi Datuk Bandar di Milan



MILAN: Dua aktres filem lucah menarik perhatian penduduk bandar utara Itali di Taranto selepas menyertai perlumbaan untuk menjadi datuk bandar berkenaan. 

Tambah menceriakan keadaan di bandar itu ialah rancangan Amandha Fox dan Luana Borgia untuk menarik sokongan menerusi persembahan tarian tiang.

Mereka sudah mengatur rancangan membuat persembahan itu pada malam sebelum pengundian bermula bulan depan sambil mengadakan sesi beramah mesra dengan pengundi dan memberitahu penduduk mengenai rancangan mereka jika menang jawatan itu.

Amanda Fox 
Apapun, tidak diketahui sejauh mana penduduk bandar itu sedia meluangkan masa untuk berbual isu serius dengan dua pelakon berkenaan. 

Jurucakap aktres berkenaan juga memberitahu akhbar: “Kami mahu berlaku adil, jadi kami jemput mana-mana calon untuk datang pada malam ini dan menari.” 

Fox juga berkata: “Saya mahu penduduk melihat diri saya yang sebenar.” Malah, aktres itu sudah menyiarkan manifestonya yang bermaksud ‘Hidup Taranto’, kata akhbar Il Tempo. 

Dalam manifesto itu, Fox berjanji merombak tentera laut, meningkatkan industri pelancongan dan mengatur sesi ‘Seks Taranto’ yang akan diadakan pada musim bunga setiap tahun. 
Tidak diketahui sama ada seorang lagi lawan pertandingan sedia menyahut cabaran mereka. Satu lagi persoalan ialah tidak diketahui sama ada penduduk bandar mahu melihat pemimpin mereka dalam keadaan seperti itu. 

Lawan Fox dan Borgia ialah pemegang jawatan itu ialah Ippazio Stefano yang juga datuk bandar sekarang. 

Mungkin mereka lebih mudah mengikut seorang lagi pelakon filem dewasa, Vendula Kroupova yang menyiarkan gambar lucahnya di Facebook. 

Kroupova memuatnaik beberapa gambarnya yang separuh bogel sambil menyifatkannya satu imej ‘seni’. “Jika mereka tidak suka apa yang dilihat, mereka tidak perlu sokong saya,” kata Kroupova di web sosial itu. – Agensi 



If you have website put our banner on it, make money for each visitor

Khamis, 26 Januari 2012

Askar-askar China ini main 'Hot Potato' guna bom sebenar

Nampaknya jangan sekali-kali cari pasal dengan orang China..biar betul mereka ni..belum perang sudah letak nyawa kat hujung tanduk..anyway, ini merupakan salah satu cara mereka berlatih dalam suasana seakan-akan perang sebenar..
**WTF**

Kalau ini musnah maka bye bye la makanan laut anda. Mari selamatkannya sekarang 

Kalau tak suka senyum, anda perlu makan oren. Senyum sekarang

Klik iklan ini kalau suka entri :)

Khamis, 12 Januari 2012

Manchester City kalah lagi di tempat sendiri | Carling Cup: Manchester City 0-1 Liverpool

Gerard menjaringkan gol untuk Liverpool (Sumber: fotball365)

Akibat kekurangan beberapa tonggak utama dalam pasukan, Manchester City terpaksa akur selepas tewas kepada Liverpool di halaman sendiri untuk kali kedua berturut-turut. Kali ini dalam saingan separuh akhir Piala Carling. Ketiadaan kapten pasukan, Vincent Kompany yang digantung empat perlawanan dan Kolo Toure yang sedang mewakili negaranya, Ivory Coast dalam Piala Negara Afrika, City semakin kurang berbisa.

Walaupun tewas, City tetap juga mempunyai peluang untuk ke final Piala Carling sekiranya dapat menewaskan pasukan Liverpool dalam perlawanan timbal balik di Anfield dengan jaringan gol yang lebih banyak.

Dalam perlawanan semalam, kapten pasukan Liverpool, Steven Gerard, berjaya menyempurnakan sepakan percuma yang cantik. - fotball365



  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Rabu, 11 Januari 2012

[VIDEO] Pendakwa tentera Poland cuba bunuh diri selepas sidang media

Mikolaj semasa sidang media
Seorang pendakwa tentera Poland cuba bunuh diri sejurus selesai sidang media di pejabatnya. Sidang media tersebut dilakukan berikutan penyiasatan mengenai kapal terbang terhempas yang membunuh presiden Poland pada tahun 2010.

Pendakwa tentera, Mikolaj Przybyl menembak dirinya selepas meminta berehat lima minit dalam sidang media. Dalam sidang tersebut, Mikolaj mempertahankan bahawa tiada kebocoran dalam penyiasatan tentang kemalangan kapal terbang yang membunuh presiden  mereka itu. -The Telegraph


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Selasa, 10 Januari 2012

[VIDEO] Ahli parlimen Israel disimbah air


Ahli Parlimen Israel, Anastassia Michaeli telah menyimbah air ke muka rakan sejawatannya, Raleb Majadele semasa perdebatan panas dalam parlimen. Debat yang disiarkan secara langsung tersebut memperlihatkan percanggahan pendapat antara kedua ahli parlimen itu. - The Telegraph


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI

Inilah dia chef selebriti terkenal yang mengaku mencuri

Chef Selebriti Anthony Worall
LONDON: Chef selebriti, Antony Worall Thompson semalam memohon maaf kerana ‘tindakan bodoh dan tidak bertanggungjawab’ yang mengecewakan keluarganya selepas ditangkap mencuri keju dan wain dari sebuah pasar raya Tesco.

Bintang rancangan Ready Steady Cook, berusia 60 tahun itu ditangkap mencuri lima kali dalam masa 16 hari di pasar raya berkenaan di Henley-on-Thames, Oxfordshire. 
Worrall Thompson berkata, dia ‘kecewa’ dan akan berusaha mendapatkan rawatan yang amat diperlukannya ekoran perbuatannya itu. 

Dia juga secara terbuka memohon maaf kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan itu. Perbuatan Worrall Thompson dirakam kamera dalam pasar raya itu. Dia gagal mengimbas kod bar beberapa barangan dan memasukkannya ke dalam beg sebelum cuba keluar dari pasar raya berkenaan. 

Pasukan keselamatan kemudian menahan bapa empat anak itu dan memeriksa begnya sebelum memanggil polis. 

“Saya memohon maaf kerana perbuatan bodoh dan tidak bertanggungjawab saya baru-baru ini.  “Saya sudah pasti kecewa kerana memalukan keluarga dan rakan. Saya akan mendapatkan rawatan yang amat saya perlukan. 

“Saya bukan orang pertama dan sudah pasti bukan orang yang terakhir yang melakukan perbuatan seperti itu.  “Sudah tentu saya juga memohon maaf secara ikhlas kepada Tesco dan kakitangannya di cawangan Henley. 

“Ramai di kalangan mereka yang saya kenal sejak beberapa tahun lalu kerana saya sudah mempunyai hubungan kerja dengan pasar raya itu sejak sekian lama.  “Sekali lagi saya memohon maaf dan berharap akan mengubah tabiat buruk saya pada masa depan,” kata Worall Thompson. 

Satu sumber berkata: “Dia memesan keju di kaunter, mengambil beberapa botol wain, kemudian meletakkan beberapa barang di mesin pengimbas sebelum berjalan dengan beberapa barangan lain.”  Bekas bintang siri ‘I'm A Celebrity... Get Me Out Of Here! itu ditangkap kerana disyaki mencuri dan diberi amaran. - Daily Mail


  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI