Jiroemon Kimura kini dinobatkan sebagai manusia paling tua di dunia selepas kematian pemegang rekod terdahulu, Dina Manfredini, yang berasal dari Iowa, meninggal pada 17 Disember lalu ketika berusia 115 tahun.
Jiroemon Kimura manusia tertua |
Kimura hanya 15 hari lebih muda daripada Manfredini dan merupakan lelaki ketiga tertua yang pernah direkodkan. Beliau lahir pada 19 April 1897 dan semasa adik beradik Wright mencipta kapal terbang, Kimura baru berusia enam tahun. Semasa manusia pertama terbang ke angkasa lepas, Yuri Gagarin, Kimura berusia 64 tahun.
Kimura menetap di Kyoto, Jepun, bersama keluarganya dan ulang tahun ke 115 beliau baru saja diraikan pada April lalu.
Ketika ditanya mengenai rahsianya berumur panjang, Kimura menjawab " Saya tidak tahu sebenarnya...mungkin semuanya itu berasal dari langit di atas saya. Saya sentiasa melihat langit di atas, itu adalah saya,".
Kimura mempunyai lima orang anak, 14 cucu, 25 cicit, dan 13 piut.
Sumber: The Telegraph
Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan