Boros Di Aralom: Edisi Filem
Memaparkan catatan dengan label Edisi Filem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Filem. Papar semua catatan

Ahad, 12 Februari 2017

Kung Fu Yoga star, Aarif Rahman is Malaysian..but not practicing Muslim

Written by: Annonymous

Few days ago, my colleague told me that Jackie Chan’s latest movie titled ‘Kung Fu Yoga’ was very interesting and funny to watch. My colleague is not someone who talk a lot about movie and she’s I guess, very rare to go to watch movie in the cinema. And when she said this positive thing about Kung Fu Yoga, so I decided to go and watch it myself yesterday. Well guys…I have to agree with my colleague. It was fun, full of actions just like Jackie Chan’s other action movies and lots of cool cars. And yes, He dance like Hindustan which is I think a bit weird but funny. If you are into comedy movie and want to release tension, I highly recommend Kung Fu Yoga.

Enough of that introduction. Actually I just want to share one thing that caught up my mind in this Kung Fu Yoga. It’s the co-star named Jones (real name is Aarif Rahman) that really caught my attention. Who the hell is this handsome man. Yes I admit, I don’t know this guy’s name at first and I don’t really read who’s playing who’s in any movie I watch.  Accept the main star. Just like when you said who’s playing Mission Impossible? I only can say, Tom Cruise.

Jones in Kung Fu Yoga

Aarif Rahman..when you read it at first time, many will thought the name comes from someone in Malaysia, Indonesia or India (Indian Muslim). But actually, it is the name of someone who born and raised in Hong Kong. I know that there are many people in chinese majority country which practicing Islam religion but most do not use their Islam name and choose to use their family name instead. Then why Aarif Rahman use that name? By the way, its a cool name anyway.
 
Jones in Kung Fu Yoga. (images courtesy of mr google)
He is also known as Aarif Lee as his stage name but in most appearances, he will use Aarif Rahman. He is actually born in a multi races family. His Father is mix Malaysia-Arab-Chinese and hold Malaysian citizenship. His mother is pure Hong Kong chinese. Eventhough he has a Muslim name, but it is believed that he is not practicing it and his true religion is still unclear. And I bet he don't speak a single Malay language too. He only speak 4 languages – English, Mandarin, Cantonese and Germany.


He can sing, act, and dance at the same time. And don’t forget, he got degree in Physics. Wow! Near perfect man. Beauty with the brain.  OK..lets enjoy his hot pictures which I got from Drama Fever. Visit the site for more pictures if u want.




Other Cool Stuffs:

Ahad, 15 Jun 2014

Saya suka - Sinopis telemovie Carekarama "Beruk Tok Ayah"

Semalam ketika menunggu perlawanan piala dunia, sempat juga tengok telemovie bertajuk "Beruk Tok Ayah" di TV3. Saya ni bukan lah jenis yang layan sangat dengan movie movie Melayu ni..entah berapa saja filem yang saya ingat..tapi secara jujur lah, telemovie Beruk Tok Ayah ni memang best..jalan ceritanya best...dan part last tu ada pula unsur suspennya...walaupun si beruk tu tak banyak cakap dan berperangai macam beruk jer sepanjang cerita tu..tapi cerita ni memang menjadi..mungkin sebab para pelakonnya tu kot..terbaek punya..

Sinopsis telemovie Melayu bertajuk "Beruk Tok Ayah":
Mengisahkan Tok Ayah (Wan Hanafi Su) yang hidup keseorangan selepas kematian isterinya. Beliau hanya ditemani beruk kesayangannya yang digelar Comel. Comel dijadikan sebagai punca pendapatan mengambil upah memetik kelapa.

Tok Ayah mempunyai seorang anak, Hisham (Zamarul Hisham), namun anaknya jarang menziarahinya.

Hisham yang sudah beristeri dengan Junaidah (Intan Ladyana) leka berjudi laga ayam. Dia cukup memusuhi beruk ayahnya yang dianggap membawa sial kepada dirinya. Hisham menganggap kerana Beruk kesayangan ayahnya itulah, menyebabkan ayahnya enggan menjual tanah pusaka untuk membantunya membayar hutang. Beruk itu juga dianggap penyebab kematian ibunya yang dilanggar keretapi.

Tok Ayah disamping mengambil upah memetik kelapa dia juga adalah tokoh dikir barat. Dalam dunia Dikir, Tok Ayah dimusuhi Jusoh (Azhan Rani), seorang pengusaha persembahan dikir barat yang membawa imej moden dalam persembahan dikir. Jusoh juga memusuhi Hisham yang telah merampas Junaidah, bekas kekasihnya yang telah berkahwin dengan Hisham.

Tok Ayah mempunyai seorang anak angkat, Syukor (Shafie Naswip), seorang pelajar university dan dia bersama kekasihnya Lia, penggiat Mak Yong (Keena Mentor) merancang membuka Sekolah Beruk untuk ayahnya.

Tok Ayah yang terpaksa mengajar dikir barat di Bandar menyuruh Syukor, menjaga beruk sepanjang ketiadaannya. Namun beruk itu telah dijual oleh Hisham untuk mendapatkan duit bagi membayar hutang. Tok Ayah cukup terkesan dengan perangai Hisham yang sanggup menjual beruk yang telah banyak berbudi kepada mereka sekeluarga. Namun, beruk itu telah ditebus balik oleh Syukor.

Jusoh menggunakan tipu helah untuk melaga-lagakan Hisham dan ayahnya apabila berpakat dengan bomoh agar Hisham membunuh beruk kesayangan ayahnya bagi mengubati penyakit ‘badi beruk’ anak Hisham yang baru dilahirkan .

Hasrat Hisham untuk membunuh beruk itu dibantah keras ayahnya dengan membuka kembali kisah jasa-jasa beruk itu kepada keluarganya dan kisah disebalik kematian ibunya. Tok Ayah akhirnya merelakan beruk itu dibunuh jika itu kehendak anaknya, tetapi belum sempat Hisham membunuh Comel, Comel telah diracun oleh Jusoh.

Tok Ayah yang cukup terkesan dengan peristiwa itu mengambil masa yang lama untuk melupakan Comel. Dihari pembukaan, Sekolah Beruk yang diusahakan Syukor dan Lia, Hisham membuat kejutan dengan membawakan Comel kembali kepada ayahnya. Rupa-rupanya, Comel berjaya diselamatkan oleh Tok Anjang  dari mati diracun dan Hisham merahsiakan perkara itu dari ayahnya.

Akhirnya, Hisham sedar tentang pengorbanan ayahnya dan Beruk Comel kepada dirinya dan keluarganya. Beruk Comel merenggangkan hubungan ayah dan anak pada mulanya, namun Beruk Comel jugalah yang menyatukan kembali kasih sayang seorang anak kepada ayahnya.

Kredit kepada moviesinfobsyokv2 atas sinopsis Betuk Tok Ayah ini.

Lagi Info Menarik:

Selasa, 20 Mei 2014

Trailer movie 'The Vanishing Act' - Filem yang berdasarkan kepada kisah MH370

Filem bertajuk 'The Vanishing Act' merupakan sebuah filem yang berdasarkan kepada kisah benar kehilangan pesawat MH370 milik Malaysia Airiline ini telah dikritik ramai kerana tidak sensitif dengan kesan insiden tersebut terutamanya kepada ahli keluarga mangsa.

Filem arahan Rupesh Paul dari India ini bakal ditayangkan di festival filem Caines dengan tagline kontroversi, 'The Untold Story of the Missing Malaysian Plane'. Difahamkan bahawa, filem ini dibuat selepas Rupesh menerima panggilan dari seorang journalist dari Malaysia yang mengongsikan beberapa teori kehilangan pesawat MH370 yang membawa 239 penumpang termasuk kru pesawat.

Berikut adalah trailer movie The Vanishing Act yang dikecam hebat ini.


Terdapat lagi satu filem yang seakan-akan mencerikatan kisah MH370 bertajuk A Dark Reflection namun menurut sumber Says, penggambaran filem itu telah dimulakan sejak setahun lalu sebelum berlaku insiden kehilangan pesawat MH370.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 4 April 2014

Pengharaman filem The Raid 2 di Malaysia buatkan Indonesia tak puas hati

Filem aksi "The Raid 2: Berandal" yang mendapat sentuhan kreatif pengarah Gareth Evans ini telah diharamkan oleh kerajaan untuk ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Filem The Raid 2 diharamkan di Malaysia
Bagaimanapun tindakan kerajaan Malaysia mengharamkan filem tersebut telah menimbulkan ketidak puasan hati calon presiden Indonesia bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 yang diwakili oleh Pramono Edhie Wibowo itu menuntut penjelasan Malaysia di atas pengharaman filem sekuel tersebut.

"Saya berasa sangat kecewa kerana pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan filem ini ditontonkan di Malaysia," jelasnya ketika berucap di Konvensyen Calon Presiden parti Demokrat di Jakarta yang dipetik dari Bernama.

Beliau turut menambah bahawa filem yang dibintangi Iko Uwais sebagai teraju utama ini sepatutnya diberi perhatian sebagai tanda sokongan dan kebangkitan industri kreatif dan filem di Asia.

Sementara itu, filem yang sepatutnya menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 27 Mac lalu telah pun ditayangkan di pawagam Indonesia dan Amerika Syarikat dan menerima pujian daripada pengkritik filem khususnya ketika berlangsungnya Sundance Festival 2014.

Oleh itu, Pramono berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi hubungan diplomatik yang terjalin sekian lama di antara Indonesia dan Malaysia.

Sebab dan punca pengharaman filem sekual yang berasal dari Indonesia ini sebenarnya masih belum dijelaskan oleh pihak berwajib. Namun ia berkemungkinan besar ia disebabkan oleh banyak adegan ganas terlampau yang mungkin tidak sesuai untuk ditonton. Mungkin kesnya hampir sama juga dengan filem KL Gangster tu..kononnya akan meningkatkan jenayah sosial di kalangan masyarakat kalau terlalu banyak tengok filem aksi ganas dan ngeri.

Sumber: TupaiAtjehcyber

Tepuk dada tanya selera...orang yang nak buat jenayah ni tak perlu pun tengok filem ganas. Kalau dah jenis naluri binatang, memang akan sanggup buat apa saja.


Ahad, 13 Oktober 2013

3 Superhero dalam kartun tv ciptaan Malaysia

Masa sekolah rendah dulu, memang suka tengok kartun. Masa tu Astro belum beli, chanel TV pun hanya ada TV1, TV2 dan TV3 jer. Jadi masa tayangan kartun itu memang dah hafal dan sudah set di kepala. Bila sampai waktu, berebut duduk depan tv tengok kartun. Walaupun kualiti kartun itu tak lah sehebat sekarang, tapi masa tu kami sangat enjoy tengok terutamanya kartun superhero. Berikut antara 3 superhero dalam kartun tv ciptaan tempatan yang masih segar di ingatan.

1. Keluang Man
Masih ingatkah anda dengan kartun tv Keluang Man? kartun cintaan Malaysia ini memang sangat popular sekitar akhir tahun 90an. Kartun ini ala-ala Batman gitu. Keluang Man atau nama siangnya, Burhan, merupakan salah seorang pesakit mental di Tumpoi Mental Hospital. Disebabkan kawalan keselamatan yang ketat pada waktu siang, Keluang Man hanya dapat beraksi pada waktu malam sahaja.
Tiong dan Keluang Man


2. Tiong Man
Tiong Man ini adalah sahabat rapat si Keluang Man ala-ala Robin dan Batman gitu. Mereka sama-sama menjadi superhero menjaga keamanan waktu malam.


3. Boboiboy
Ok, ini adalah kartun animasi yang masih baru dan aktif ditayangkan di kaca televisyen sekarang. Kalau buka chanel Astro Ceria, korang boleh tengok. Boboiboy bersama empat lagi rakannya iaitu Ying, Yaya, Gopal dan Fang berjuang untuk melindungi bumi dari dikuasai Adu Du, si makhluk asing yang cuba menawan bumi.

Memang banyak kartun tv tempatan yang telah dihasilkan. Tetapi kartun yang lain bukanlah bertemakan kepada superhero. Yer lah kan, kalau semua pun nak buat kartun superhero, tak seronoklah industri filem animasi kita ni. Antara kartun lama yang paling saya suka ialah Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, dan Kampung Boy. Anyway, Kampung Boy masih disiarkan di Astro Ceria sekarang.

>>Kenali model fesyen wanita antarabangsa yang hot dan popular..Miranda Kerr
>>Cubalah pandu uji kereta Ford Fiesta yang boleh parking sendiri ini

Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...

Sabtu, 14 September 2013

(EDISI ARTIS) KRU dah untung besar filem Vikingdom ditayangkan di Amerika dan 10 negara lain

Hari ini masuk hari kedua tayangan filem Vikingdom: The Blood Eclipse di seluruh negara. Lebih mengembirakan kerana filem bertaraf antarabangsa terbitan KRU Studios ini telah berjaya menjana pulangan sebanyak RM10 juta hasil daripada penjualan hak pengedaran filem berkenaan di Amerika Syarikat termasuk di 10 buah negara lain.

Rebut peluang menangi RM50,000 ini..untuk terma dan syarat, layari ERA..

"Vikingdom mula menjana pendapatan sebelum ia ditayangkan apabila ada beberapa pihak berminat untuk mengedarkan filem ini untuk pasaran antarabangsa.


"Malah pihak Universal Pictures juga bersetuju untuk menjadi pengedar di negara-negara seperti United Kingdom, Australia, Sweden, Denmark dan Brazil," katanya ketika ditemui semasa tayangan perdana filem itu di Sunway Pyramid, kelmarin.

Filem yang dihasilkan sepenuhnya di Malaysia itu menelan kos sebanyak RM20 juta dan mengambil masa selama dua tahun untuk disiapkan.

Ia juga bakal ditayangkan di Amerika Syarikat pada 4 Oktober depan dan membariskan pelakon-pelakon seperti Dominic Purcell, Conan Stevens dan Natassia Malthe.

Vikingdom merupakan sebuah filem aksi fantasi berdasarkan mitos dan sejarah rang-orang Viking yang dikenali sebagai Norsemen. Filem ini menggunakan CGI dan penggambarannya dijalankan 100% di Malaysia iaitu di Kuala Lumpur, Puncak Alam, Selangor, Gua Tempurung dan Kellie’s Castle di Perak. -mD






Jumaat, 6 September 2013

(EDISI FILEM) Filem Tanda Putera gagal dan hanya layak ditayangkan di pawagam kecil...kutipan tak cecah pun 15% dari kos

Filem kontroversi Tanda Putera gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil. 

Tanda Putera terima sambutan dingin
Filem memaparkan babak yang boleh dipersoalkan berhubung rusuhan kaum 13 Mei itu mula ditayangkan Khamis lalu, tetapi hanya berjaya mengutip RM500,000 daripada penjualan tiket di 70 pawagam seluruh negara dari hari bermula tayangan hingga Isnin. 

“Ini sangat memalukan dan menyedihkan,” kata Pengerusi Skim Wajib Tayang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS), Datuk Mustapha Maarof dan memberitahu kos produksi filem itu berjumlah RM4.8 juta. 

Skim Wajib Tayang mewajibkan filem tempatan diberi hak tayangan di pawagam di Malaysia. 

Mustapha memberitahu The Malaysian Insider, kutipan box office Tanda Putera sangat menyedihkan jika dibandingkan dengan filem KL Zombie yang mendapat kutipan RM3 juta bagi tempoh sama. 

“Tanda Putera sebuah filem yang bagus namun selera penonton berbeza-beza. Disebabkan kurang sambutan yang diterima, filem berkenaan harus ditayangkan di panggung yang lebih kecil. 

“Kontroversi yang melanda filem itu bukan penyebab ia kurang sambutan, tetapi genre filem berkenaan yang tidak menepati selera penonton masa kini,” katanya.

Ketika ditanya mengenai kerugian yang dialami kerajaan berhubung tiada sambutan terhadap tayangan filem berkenaan, Mustapha berkata, filem sejarah tidak perlu dikira untung ruginya kerana setiap negara perlu ada identiti tersendiri. 

Beliau berkata, Datin Paduka Shuhaimi Baba mengarahkan filem berkenaan dengan amat baik sekali tetapi mungkin Shuhaimi sendiri tidak mengalami peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969, maka elemen fiksyen lebih ditekankan dalam filem itu. 

Katanya, dalam Skim Wajib Tayang, filem tempatan hanya diberi keistimewaan untuk mendapat hak tayangan di panggung perdana untuk empat hari sahaja. 

“Prestasi filem itu akan dinilai pada hari keempat iaitu pada hari Ahad selepas mengambil kira pandangan penerbit, pawagam dan pengedar filem terbabit. 

“Pawagam juga pastinya tidak mahu menanggung kerugian dengan menawarkan panggung yang lebih besar tetapi tiada penonton. Selepas dua minggu juga, pihak pawagam boleh menarik keluar sesuatu filem, jika sambutan kurang memberangsangkan. 

“Kami sedaya-upaya memastikan filem tempatan dihargai kerana kerenah pengusaha pawagam tempatan hanya mahu menayangkan filem luar negara. 

“Antara sebab pawagam menolak filem tempatan ialah kerana mutu filemnya yang rendah. Justeru, menjadi tanggungjawab FINAS membantu pengeluar filem tempatan mendapatkan tarikh yang sesuai untuk ditayangkan serta disiarkan empat kali sehari,” katanya.

Walaupun filem itu disambut dingin oleh orang ramai, sesetengah pemimpin kerajaan mengatakan filem itu adalah filem yang baik dan harus dikaji oleh universiti tempatan. 

Dalam kenyataannya semalam, Shuhaimi mengatakan sambutan dingin terhadap filemnya kerana ia mula ditayangkan pada pertengahan minggu pada hari bekerja. 

“Ini perkara biasa, walaupun untuk filem blockbuster Hollywood. Apa motif di sebalik laporan media negatif terhadap Tanda Putera,” katanya. 

Shuhaimi berkata, di sebalik hentaman dan sindiran, termasuk daripada pemimpin politik yang didakwanya cuba memperlekeh dan menimbulkan kebencian kepada filem itu, beliau bersyukur kutipan masih baik. 

"Kepada pembenci filem ini yang melabelkannya filem Umno, mana mungkin pawagam tidak dipenuhi ahli Umno seramai 3 juta orang itu pada 4 hari pertama filem ini ditayangkan. 

"Sudah tentu pecah panggung dan mencatat pungutan box office berjuta-juta ringgit!" katanya. 

Filem sejarah Shuhaimi sebelum ini “1957: Hati Malaya” juga menempa kegagalan selepas kutipan jualan tiket filem berkenaan hanya mencatatkan RM760,000 berbanding kos penerbitannya mencecah RM3.6 juta. 

Filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd itu meskipun ditayangkan di 38 pawagam di seluruh negara, tetapi hanya mampu bertahan kira-kira tiga minggu saja. 

“1957: Hati Malaya” memberi tumpuan kepada perjuangan Datuk Onn Jaafar, Pengasas Umno yang berjaya membangkitkan semangat nasionalisme Melayu menentang Malayan Union pada 1946. 

DAP dan MCA mengkritik filem berkenaan, menyuarakan kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem itu yang boleh mencetus ketegangan kaum. 

Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris.

Kredit to GREENBOC

Jumaat, 30 Ogos 2013

(EDISI FILEM) Betulkah filem Tanda Putera itu tak bermutu langsung??


Adegan-adegan di atas melucukan, sekaligus membuktikan bahawa pengarah flem berkenaan tidak berhati-hati, gopoh, tidak profesyenal dan sewajarnya tidak layak untuk ditayangkan kepada umum.

Ia amat menjatuhkan martabat perfileman Melayu, dan sepatutnya tidak mempunyai sebarang merit untuk dibenarkan menggunakan wang rakyat di dalam penghasilan filem berkenaan.

Difahamkan filem Tanda Putera itu dihasilkan dengan kos RM4 juta dan merupakan filem terbitan Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dan Perbadanan Kemajuan Multimedia.

Ertinya wang rakyat sudah dibazirkan untuk penghasilan sebuah filem yang rendah mutunya, tidak layak untuk ditayangkan di mana-mana pawagam, cuma digembar-gemburkan sesetengah pemimpin politik UMNO untuk kepentingan partinya.

Kredit to KELAB GREEBOC


P/s: Hohoho...Proton Iswara tu kereta antik rupanya...lol..Eh, korang yang dah tengok filem ni ada apa-apa komen tak??