Pengharaman filem The Raid 2 di Malaysia buatkan Indonesia tak puas hati | Boros Di Aralom

Jumaat, 4 April 2014

Pengharaman filem The Raid 2 di Malaysia buatkan Indonesia tak puas hati

Filem aksi "The Raid 2: Berandal" yang mendapat sentuhan kreatif pengarah Gareth Evans ini telah diharamkan oleh kerajaan untuk ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia.
Filem The Raid 2 diharamkan di Malaysia
Bagaimanapun tindakan kerajaan Malaysia mengharamkan filem tersebut telah menimbulkan ketidak puasan hati calon presiden Indonesia bagi Pemilihan Umum (Pemilu) 2014 yang diwakili oleh Pramono Edhie Wibowo itu menuntut penjelasan Malaysia di atas pengharaman filem sekuel tersebut.

"Saya berasa sangat kecewa kerana pihak berkuasa Malaysia tidak memberikan alasan yang kukuh untuk tidak membenarkan filem ini ditontonkan di Malaysia," jelasnya ketika berucap di Konvensyen Calon Presiden parti Demokrat di Jakarta yang dipetik dari Bernama.

Beliau turut menambah bahawa filem yang dibintangi Iko Uwais sebagai teraju utama ini sepatutnya diberi perhatian sebagai tanda sokongan dan kebangkitan industri kreatif dan filem di Asia.

Sementara itu, filem yang sepatutnya menemui penonton di pawagam Malaysia bermula 27 Mac lalu telah pun ditayangkan di pawagam Indonesia dan Amerika Syarikat dan menerima pujian daripada pengkritik filem khususnya ketika berlangsungnya Sundance Festival 2014.

Oleh itu, Pramono berharap agar isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi hubungan diplomatik yang terjalin sekian lama di antara Indonesia dan Malaysia.

Sebab dan punca pengharaman filem sekual yang berasal dari Indonesia ini sebenarnya masih belum dijelaskan oleh pihak berwajib. Namun ia berkemungkinan besar ia disebabkan oleh banyak adegan ganas terlampau yang mungkin tidak sesuai untuk ditonton. Mungkin kesnya hampir sama juga dengan filem KL Gangster tu..kononnya akan meningkatkan jenayah sosial di kalangan masyarakat kalau terlalu banyak tengok filem aksi ganas dan ngeri.

Sumber: TupaiAtjehcyber

Tepuk dada tanya selera...orang yang nak buat jenayah ni tak perlu pun tengok filem ganas. Kalau dah jenis naluri binatang, memang akan sanggup buat apa saja.


Tiada ulasan: