3 Superhero dalam kartun tv ciptaan Malaysia | Boros Di Aralom

Ahad, 13 Oktober 2013

3 Superhero dalam kartun tv ciptaan Malaysia

Masa sekolah rendah dulu, memang suka tengok kartun. Masa tu Astro belum beli, chanel TV pun hanya ada TV1, TV2 dan TV3 jer. Jadi masa tayangan kartun itu memang dah hafal dan sudah set di kepala. Bila sampai waktu, berebut duduk depan tv tengok kartun. Walaupun kualiti kartun itu tak lah sehebat sekarang, tapi masa tu kami sangat enjoy tengok terutamanya kartun superhero. Berikut antara 3 superhero dalam kartun tv ciptaan tempatan yang masih segar di ingatan.

1. Keluang Man
Masih ingatkah anda dengan kartun tv Keluang Man? kartun cintaan Malaysia ini memang sangat popular sekitar akhir tahun 90an. Kartun ini ala-ala Batman gitu. Keluang Man atau nama siangnya, Burhan, merupakan salah seorang pesakit mental di Tumpoi Mental Hospital. Disebabkan kawalan keselamatan yang ketat pada waktu siang, Keluang Man hanya dapat beraksi pada waktu malam sahaja.
Tiong dan Keluang Man


2. Tiong Man
Tiong Man ini adalah sahabat rapat si Keluang Man ala-ala Robin dan Batman gitu. Mereka sama-sama menjadi superhero menjaga keamanan waktu malam.


3. Boboiboy
Ok, ini adalah kartun animasi yang masih baru dan aktif ditayangkan di kaca televisyen sekarang. Kalau buka chanel Astro Ceria, korang boleh tengok. Boboiboy bersama empat lagi rakannya iaitu Ying, Yaya, Gopal dan Fang berjuang untuk melindungi bumi dari dikuasai Adu Du, si makhluk asing yang cuba menawan bumi.

Memang banyak kartun tv tempatan yang telah dihasilkan. Tetapi kartun yang lain bukanlah bertemakan kepada superhero. Yer lah kan, kalau semua pun nak buat kartun superhero, tak seronoklah industri filem animasi kita ni. Antara kartun lama yang paling saya suka ialah Anak-anak Sidek, Usop Sontorian, dan Kampung Boy. Anyway, Kampung Boy masih disiarkan di Astro Ceria sekarang.

>>Kenali model fesyen wanita antarabangsa yang hot dan popular..Miranda Kerr
>>Cubalah pandu uji kereta Ford Fiesta yang boleh parking sendiri ini

Anda suka entri ini? sokong lah kami di Facebook juga...