Boros Di Aralom: Edisi Makanan Eksotik
Memaparkan catatan dengan label Edisi Makanan Eksotik. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Makanan Eksotik. Papar semua catatan

Rabu, 5 Mac 2014

Penjelasan pemilik kedai makan yang mengenakan bayaran RM1,415 untuk makan tengahari

Hanya kerana ikan patin dan ikan kelah, harga terus melambung sehingga RM1,415. Sebuah kedai makan milik Haris Bakri di Temerloh, Pahang dikecam hebat apabila didakwa mengenakan harga yang terlampau tinggi kepada pelanggan.
Ikan patin untuk hidangan eksotik
Kedai makan miliknya itu menjadi bualan hangat di media sosial selepas ada individu yang memuat naik gambar resit yang menunjukkan harga RM1,415 untuk set hidangan makan tengahari saja. Saya pun memang mulanya berfikir yang harga ini memang melampau. 

Tapi sebelum anda dan saya terus membuat konklusi, baca dulu penjelasan sebenar pemilik kedai makan tersebut. Menurut Haris, dia tidak pula pernah menerima rungutan dari pelanggannya sebelum ini mengenai harga makanan di restorannya. Ini kerana pelanggan juga sudah bersetuju dan memang dah menempah dari awal lagi akan hidangan ikan patin tersebut.
Resit menunjukkan RM1,415
Haris juga telah memuat naik sebuah status di laman Facebook miliknya untuk menerangkan insiden ini kepada umum. Berikut merupakan penjelasan tauke restoran, Haris Harley dan pelanggan, Mr Wong KK berkenaan harga makanan yang mencecah RM1,500.
Penjelasan pemilik restoran

Sumber: Says

Sebelum makan di sesebuah restoran, elok buat survey dan tanya harga makanan dahulu. Supaya nanti bila dapat resit, tak lah pengsan tengok bil mencanak.

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 10 Januari 2014

47 pelajar MRSM Gemencheh keracunan makanan

Mee Goreng (sekadar gambar hiasan)
Lagi lagi kes keracunan makanan di sekolah...ni mesti disebabkan pengendalian makanan yang kurang bersih atau pun menggunakan bahan yang dah expire date. Kali ini kes keracunan makanan berlaku di MRSM Gemencheh.
TAMPIN: Seramai 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, dekat sini, dikejarkan ke Hospital Tampin, 5 pagi tadi selepas mengadu pening, cirit birit dan muntah dipercayai keracunan makanan.
Pelajar mengadu pening, cirit birit dan muntah mulai jam 1 pagi yang dipercayai berpunca akibat mi goreng yang dimakan kira-kira jam 9 malam di kantin asrama sekolah. Mereka dibawa ke Hospital Tampin dengan menaiki bas kerana mengalami gejala serius, manakala 80 pelajar lain yang mengalami masalah sama diarah berehat di asrama kerana tidak serius. 
47 pelajar terbabit yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan lima dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke asrama. - BH
Bukan setakat kat sekolah rendah dan menengah saja, kes keracuanan makanan ini pun selalu juga berlaku kat institusi pengajian tinggi. Ia berlaku di mana-mana lah..restoran, gerai tepi jalan, malah kat kenduri kawin pun pernah. Teringat pula masa kat kolej dulu-dulu, dah lah masa tu final exam, ramai kawan aku yang keracunan makanan sebab makan kat satu cafe dalam kolej. Nasib baik tak serius..aku pun pernah gak keracunan makanan dalam kolej, aku syak minuman cincau yang dijual depan hostel tu yang sebabkan aku keracunan..sampai sekarang aku masih syak wasangka dan teragak-agak nak beli kalau jumpa cincau kat mana-mana especially yang buatan sendiri kat pasar malam..huhu


Apa pun, kena berhati-hati bila nak makan sesuatu. Tengok tarikh luput especially makanan dalam tin dan kotak. Dan kalau korang makan kat restoran, kena hati-hati jugak...jangan terus sendok makan masuk mulut..nanti jadi macam kes kakak aku masa kat Jakarta dulu. Punyalah dah habis makanan tu dimakannya, tetiba ada something weird dalam mulut..dikunyahnya lagi..then kakak aku cakap, "eh, apa benda yang aku makan ni?". Aku suruh dia ludahkan dalam pinggan....alamak!!! LIPAS!! 

Nasib baik tak der apa-apa yang serius berlaku dengan kakak gua tu. Semua pun maklum, kalau nak pergi Indon, jangan makan kat gerai tepi jalan especially yang disorong-sorong tu...isu kerbersihan beb..Lain lah kalau korang ni jenis yang antibodi tahap dewa. Dalam kes kakak aku tu, kami makan kat restoran dalam hotel...but still...ada lipas..uwekk!! 

>> Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Jumaat, 26 Julai 2013

(EDISI MAKANAN EKSOTIK) Makan ulat sagu atau 'tutod'

Ulat sagu atau lebih dikenali sebagai 'tutod' di kalangan masyarakat Kadazan Dusun memang terkenal sebagai salah satu makanan eksotik. Bukan kat Malaysia saja, kat negara-negara beriklim tropika yang lain juga mempunyai makluk ini...bila tengok, pasti ramai yang meremang seluruh badan...errr...gelinya...bila dah geli...nak suruh makan, lagi lah tak mau...kan kan kan...
Ulat sagu panggang... (gambar dari google)..sy tak sempat ambil gambar ulat sagu kat rumah kelmarin..
Semalam, si bapak ada membawa pulang benda ini kat rumah...kira-kira jam6 petang macam tu lah..then,  si bapak panggang..baunya memang sangat wangi...lemak gitu..

Tapi kan.....bila rasa...uwekk!!!  @@ ...tak tau lah nak banding dengan apa...macam rasa tisu basah pun ada...macam kertas pun ada...ya! saya memang pernah makan kertas masa kecil kecil dulu...hehehe..mungkin kalau dicecah dengan rempah ratus, mungkin sedap..ini tak, terus saja diletak atas pemanggang...tapi kalau ikut budaya lama..ulat sagu ini boleh dimakan terus tanpa dimasak..errr..saya tak tahulah macam mana rasanya..mungkin lagi sedap kot..

Tapi jangan main-main....kalau buat bisnes jual ulat sagu ini boleh untung banyak tau...Sabtu lalu, ada sorang kawan dari kampung yang jual ulat sagu kat pasar tamu..korang tau berapa dia jual??? Seekor harganya RM1.00...wow!...seekor...yang besar lah..kalau jual seratus ekor...dah dapat RM100 sehari..not bad juga kan..mulanya saya agak terkejut beruk...benda geli macam ini mahal siot??

Maka dengan itu...bersyukur lah saya sebab dapat rasa ulat sagu ini..adalah dua tiga kerat yang masuk mulut..dah RM3 tu...huhu..rasa juga makan makanan eksotik..tapi kalau suruh makan hari-hari...tak larat...mahal sangat..hehe..walaupun khasiatnya tinggi..