47 pelajar MRSM Gemencheh keracunan makanan | Boros Di Aralom

Jumaat, 10 Januari 2014

47 pelajar MRSM Gemencheh keracunan makanan

Mee Goreng (sekadar gambar hiasan)
Lagi lagi kes keracunan makanan di sekolah...ni mesti disebabkan pengendalian makanan yang kurang bersih atau pun menggunakan bahan yang dah expire date. Kali ini kes keracunan makanan berlaku di MRSM Gemencheh.
TAMPIN: Seramai 47 pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Gemencheh, dekat sini, dikejarkan ke Hospital Tampin, 5 pagi tadi selepas mengadu pening, cirit birit dan muntah dipercayai keracunan makanan.
Pelajar mengadu pening, cirit birit dan muntah mulai jam 1 pagi yang dipercayai berpunca akibat mi goreng yang dimakan kira-kira jam 9 malam di kantin asrama sekolah. Mereka dibawa ke Hospital Tampin dengan menaiki bas kerana mengalami gejala serius, manakala 80 pelajar lain yang mengalami masalah sama diarah berehat di asrama kerana tidak serius. 
47 pelajar terbabit yang terdiri daripada pelajar tingkatan dua dan lima dirawat sebagai pesakit luar sebelum dibenarkan pulang ke asrama. - BH
Bukan setakat kat sekolah rendah dan menengah saja, kes keracuanan makanan ini pun selalu juga berlaku kat institusi pengajian tinggi. Ia berlaku di mana-mana lah..restoran, gerai tepi jalan, malah kat kenduri kawin pun pernah. Teringat pula masa kat kolej dulu-dulu, dah lah masa tu final exam, ramai kawan aku yang keracunan makanan sebab makan kat satu cafe dalam kolej. Nasib baik tak serius..aku pun pernah gak keracunan makanan dalam kolej, aku syak minuman cincau yang dijual depan hostel tu yang sebabkan aku keracunan..sampai sekarang aku masih syak wasangka dan teragak-agak nak beli kalau jumpa cincau kat mana-mana especially yang buatan sendiri kat pasar malam..huhu


Apa pun, kena berhati-hati bila nak makan sesuatu. Tengok tarikh luput especially makanan dalam tin dan kotak. Dan kalau korang makan kat restoran, kena hati-hati jugak...jangan terus sendok makan masuk mulut..nanti jadi macam kes kakak aku masa kat Jakarta dulu. Punyalah dah habis makanan tu dimakannya, tetiba ada something weird dalam mulut..dikunyahnya lagi..then kakak aku cakap, "eh, apa benda yang aku makan ni?". Aku suruh dia ludahkan dalam pinggan....alamak!!! LIPAS!! 

Nasib baik tak der apa-apa yang serius berlaku dengan kakak gua tu. Semua pun maklum, kalau nak pergi Indon, jangan makan kat gerai tepi jalan especially yang disorong-sorong tu...isu kerbersihan beb..Lain lah kalau korang ni jenis yang antibodi tahap dewa. Dalam kes kakak aku tu, kami makan kat restoran dalam hotel...but still...ada lipas..uwekk!! 

>> Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Tiada ulasan: