Hanya kerana ikan patin dan ikan kelah, harga terus melambung sehingga RM1,415. Sebuah kedai makan milik Haris Bakri di Temerloh, Pahang dikecam hebat apabila didakwa mengenakan harga yang terlampau tinggi kepada pelanggan.
Ikan patin untuk hidangan eksotik |
Kedai makan miliknya itu menjadi bualan hangat di media sosial selepas ada individu yang memuat naik gambar resit yang menunjukkan harga RM1,415 untuk set hidangan makan tengahari saja. Saya pun memang mulanya berfikir yang harga ini memang melampau.
Tapi sebelum anda dan saya terus membuat konklusi, baca dulu penjelasan sebenar pemilik kedai makan tersebut. Menurut Haris, dia tidak pula pernah menerima rungutan dari pelanggannya sebelum ini mengenai harga makanan di restorannya. Ini kerana pelanggan juga sudah bersetuju dan memang dah menempah dari awal lagi akan hidangan ikan patin tersebut.
Resit menunjukkan RM1,415 |
Haris juga telah memuat naik sebuah status di laman Facebook miliknya untuk menerangkan insiden ini kepada umum. Berikut merupakan penjelasan tauke restoran, Haris Harley dan pelanggan, Mr Wong KK berkenaan harga makanan yang mencecah RM1,500.
Penjelasan pemilik restoran |
Sumber: Says
Sebelum makan di sesebuah restoran, elok buat survey dan tanya harga makanan dahulu. Supaya nanti bila dapat resit, tak lah pengsan tengok bil mencanak.
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan