Budak perempuan 12 tahun ini pernah mengalami obesiti tapi lihatlah keadaannya sekarang..wow! | Boros Di Aralom

Rabu, 19 Februari 2014

Budak perempuan 12 tahun ini pernah mengalami obesiti tapi lihatlah keadaannya sekarang..wow!

Memang tidak dinafikan bahawa jumlah kanak-kanak yang mengalami masalah obesiti semakin meningkat saban tahun. Punca utama kepada masalah ini pastinya bersangkut paut dengan pemakanan yang tidak sihat dan kurangnya senaman.


Masalah obesiti ini turut dialami oleh Breanna Bond, 12, yang mempunyai berat sehingga 88kg dan sering menjadi mangsa buli di sekolah. Tapi itu dulu..kini dia berjaya melawan masalah obesiti yang ditanggung sejak dia berumur 2 tahun. 

Dalam tempoh 14 bulan sahaja, dia berjaya mengurangkan lebih 38kg dari berat badannya. Pastinya ada sesuatu yang membuatkan dia begitu tekad untuk mengurangkan berat.

Ya, Breanna mempunyai impian tinggi dalam arena sukan. Dia mahu menjadi atlet triathlete dan juga mahu menjadi cheerleader. 

Dengan bantuan ibunya, Heidi, kini Breanna semakin selesa dengan keadaan tubuhnya dan mampu beraksi dalam sukan kegemarannya. Jangan terkejut, Breanna sudahpun melayakkan diri dalam acara renang gaya bebas 500-ela dalam sukan Junior Olympic di Amerika.

Breanna telah menukar menu makanannya kepada yang lebih sihat dan sering melakukan senaman.
Berat badan Breanna meningkat mendadak sejak dia berumur 2 tahun
Heidi dan Breanna menyediakan makanan sihat
Brenna bersama keluarganya
Kisah Breanna ini memang menjadi inspirasi kepada ramai orang di luar sana yang mahu melawan masalah obesiti. Jika anda mahu melihat bagaimana perjalanan Breanna dalam menurunkan berat badannya, boleh layari laman web Breanna Bond ini.

Sumber: Mirror


Tiada ulasan: