Boros Di Aralom: Edisi Sensitif
Memaparkan catatan dengan label Edisi Sensitif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Edisi Sensitif. Papar semua catatan

Khamis, 22 Januari 2015

Selepas isu Herarld, CD Kristian pula ditahan kerana mengandungi perkataan 'Allah'

Entah bila lah isu ini nak selesai..yang pasti, penganut Kristian tak kira Protestan ker atau Katolik, dah tak boleh guna perkataan 'Allah' terutamanya di Semenanjung Malaysia.

Lepas Herarld dan Bible, kini isu CD Kristian pula timbul..isu ini pasti akan jadi bahan untuk dipolitikkan oleh ahli-ahli politikus dan para ularmak lepas ni...tak ketinggalan juga...para rakyat papan kekunci a.k.a keyboard warriors..

But beware...isu agama adalah isu sensitif...don't get carried away..

K..bai. 

(Sumber : http://shar.es/1bZ0MZ)

Rabu, 15 Oktober 2014

Pekerja Pizza Hut biadap, hina wanita gemuk 'Pink Fat Lady'

SINGAPURA: Restoran makanan segera terkemuka, Pizza Hut memohon maaf kepada seorang pelanggan apabila mengambarkan pelanggannya sebagai 'Pink Fat Lady' (Wanita Gemuk Merah Jambu) dalam satu catatan tangan di resit pembelian yang diterima oleh pelanggannya, lapor portal berita Metro.co.uk, semalam.

Kejadian berlaku ketika pelanggan tersebut, Aili Si, mengambil pesanan di bahagian pandu lalu di sebuah cawangan restoran itu dekat Bukit Merah, Singapura, Ahad lalu.
Resit dengan tulisan 'Pink Fat Lady'
Kesal dengan layanan ‘kurang sopan’ yang disifatkan sebagai penghinaan oleh kakitangan restoran tersebut, Aili Si memuat naik status beserta gambar resit pembelian di laman Facebook, Pizza Hut Singapore’s dengan berkata, “Hanya berasa terhina. Adakah salah menjadi individu yang mempunyai saiz lebih besar? Saya pelanggan dan saya membayar untuk pizza itu!

"Saya tidak fikir ia adalah baik untuk kakitangan anda menggambarkan saya seperti yang tertulis pada resit saya.

“Saya tidak mendapatkan pizza tersebut secara percuma!”, tambahnya.

Menyedari status yang dimuat naik oleh Aili Si mula menjadi viral di laman sosial, restoran makanan segera itu tampil memohon maaf dengan menyifatkan insiden itu sebagai mengejutkan pihak mereka dan tidak seharusnya berlaku.

“Kejadian ini bertentangan dengan nilai-nilai korporat kami dan kami tidak membenarkan kelakuan atau tindakan yang menyinggung perasaan orang,” kata Pizza Hut dalam kenyataan mereka.

Ekoran insiden tersebut, pelbagai reaksi diterima oleh pengguna di laman Facebook tersebut.

Salah seorang pengguna Facebook berkata, kakitangan hanya boleh mengambarkan pelanggannya sebagai “wanita merah jambu” tanpa perlu menyatakan saiz beliau.
Permohonan maaf terbuka dari pizza hut Singapore kepada Aili Si
Manakala seorang lagi pengguna Facebook mencadangkan agar dia (Aili Si) perlu diberi pizza percuma sepanjang hayatnya sebagai permohonan maaf. - mD

Sabtu, 7 Jun 2014

Benarkah Isu Gadis Bertudung Dalam Gereja Ini Berlaku Di Malaysia? Jawapannya TIDAK BENAR

Rakyat Malaysia digemparkan dengan penyebaran foto gadis bertudung dalam gereja yang didakwa murtad beramai-ramai. Sejauh manakah kebenaran isu ini?

Baru-baru ini, beberapa keping gambar menunjukkan sekumpulan gadis muda memakai tudung berada dalam gereja disebarkan menerusi aplikasi Whatsapp dan media sosial dengan keterangan gambar, orang Melayu dimurtadkan beramai-ramai.

Persoalannya, adakah kejadian iIni berlaku di Malaysia? Benarkah mereka melakukan upacara penyembahan di dalam gereja tersebut? Jawapannya TIDAK! Kejadian ini berlaku di Indonesia dan mereka merupakan penuntut dari sebuah fakulti yang hanya melakukan lawatan ke gereja tersebut.

Hakikat sebenarnya, para gadis bertudung tersebut adalah penuntut Fakulti Ilmu Tarbiyah dan Keguruan dari IAIN Walisongo yang menyertai Pergerakan Mahasiswa Islam Indonesia (PMII) Abdurrahman Wahid.

Gambar tersebut diambil ketika mereka mengunjungi gereja Pastoran Kebon Dalem, Semarang, Indonesia, 31 Mei lalu dalam satu lawatan muhibah yang dianjurkan untuk lebih memahami fahaman dan Gereja Katolik.

Hal ini disahkan melalui sebuah posting dari saudara Aloys Purnomo dari Indonesia di laman Facebook miliknya. 

Dakwaan mereka melakukan upacara penyembahan juga tidak benar. Malah, para pelajar tersebut turut diberikan kemudahan untuk menunaikan solat Maghrib di gereja berkenaan.


Kesimpulannya, fitnah yang telah disebarkan ini merupakan satu perbuatan keji dalam Islam. Harap kita semua mendapat pengajaran daripada insiden ini dan tidak mudah percaya dengan apa yang disebarkan.

Sumber: Says

Lagi Info Menarik:

Jumaat, 7 Februari 2014

Anda akan terkejut bila tahu identiti sebenar lelaki separuh bogel yang berjalan sambil tidur di tengah salji ini


Bila anda nampak lelaki separuh bogel tidur sambil berjalan macam zombie kat atas ini...pastinya anda akan terkejut badak..especially wanita..

Apa tidaknya, dari hujung rambut sampai ke hujung kaki, semuanya menyerupai manusia sebenar...did I say 'menyerupai' ?? Yes..lelaki ini merupakan satu ukiran sahaja..dia bukan manusia tapi satu replika manusia sahaja..

Sesiapa pun yang buat benda ni...memang superb dan talented, tapi tak bertempat...ada kah patut mereka letak lelaki separuh bogel ini dekat dengan asrama wanita..

Replika yang dikenali sebagai 'Sleepwalking' ini adalah hasil seni seorang pengukir bernama Tony Matelli dan diletakkan di Davis Museum sebagai sebahagian daripada pameran. 

Namun disebabkan ia terlalu hampir dengan kampus Wellesley College, ramai yang tidak puas hati kerana replika ini 'menakutkan' banyak pelajar terutama pelajar wanita sehingga mereka sebulat suara menandatangani petisyen untuk mengalihkan replika tersebut. Mereka mengatakan bahawa replika ini boleh 'trigger' atau membangkitkan gangguan seksual di kalangan pelajar wanita terutama mereka yang pernah mengalami gangguan seksual sebelum ini.

Sumber: Metro UK

Lagi Info menarik:





Selasa, 7 Januari 2014

1001 Kontroversi! Marina Mahathir kata Perkasa banyak mengarut

Marina Mahathir

Tindakan Datin Paduka Marina Mahathir menyertai perhimpunan menyokong gereja pada Ahad lalu menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak terutamanya di kalangan NGO Islam. NGO paling kuat mengkritik tindakan Marina sudah pastinya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang turut mengutuk serta menyifatkan tindakan Marina itu sebagai sengaja mencari publisiti murahan di kala umat Islam sedang berjuang mempertahankan kalimah 'Allah' daripada digunakan di dalam ibadah dan penulisan penganut Kristian di negara ini,

>> Benda ini akan buatkan korang lebih suka pada makanan

Namun, Marina menegaskan bahawa dia malas melayan tindakan Perkasa tersebut sambil disifatkannya sebagai banyak mengarut. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Marina berkata;
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut,"
 Marina mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).

Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan