|
Marina Mahathir |
Tindakan Datin Paduka Marina Mahathir menyertai perhimpunan menyokong gereja pada Ahad lalu menimbulkan ketidakpuasan hati banyak pihak terutamanya di kalangan NGO Islam. NGO paling kuat mengkritik tindakan Marina sudah pastinya Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) yang turut mengutuk serta menyifatkan tindakan Marina itu sebagai sengaja mencari publisiti murahan di kala umat Islam sedang berjuang mempertahankan kalimah 'Allah' daripada digunakan di dalam ibadah dan penulisan penganut Kristian di negara ini,
>> Benda ini akan buatkan korang lebih suka pada makanan
Namun, Marina menegaskan bahawa dia malas melayan tindakan Perkasa tersebut sambil disifatkannya sebagai banyak mengarut. Seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian, Marina berkata;
"Saya tidak mahu mengulas mengenai Perkasa kerana mereka banyak bercakap mengenai perkara mengarut,"
Marina mengeluarkan kenyataan tersebut ketika ditemui selepas menghadiri mesyuarat pertama Majlis Konsultasi Perpaduan Negara (MKPN).
Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan