Boros Di Aralom: Kalimah Allah
Memaparkan catatan dengan label Kalimah Allah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kalimah Allah. Papar semua catatan

Sabtu, 4 Januari 2014

1001 Isu Kalimah Allah, Beza di Semenanjung dan Sabah Sarawak

Saya sangat tertarik dengan satu artikel yang diterbitkan di Malaysian Insider bertajuk Pengunaan kalimah ‘Allah’ tidak akan menggugat anak muda Islam yang ditulis oleh Siti Nor Zaimah Zaini. Memang lah ini satu isu sensitif sebab ianya berkaitan dengan kepercayaan dan agama tapi dari artikel tersebut, sebagai anak Sabah, saya sangat bersetuju dengan pendapat yang dikemukakan oleh penulis.

Di Sabah amnya, penggunaan kalimah Allah dalam Bible atau Alkitab sudah lama dipraktikkan sejak pemerintahan British lagi. Saya masih ingat cerita dari seorang pendeta tua tentang cara mereka menyebarkan agama Kristian di sekitar daerah Kota Belud, Ranau, dan Sipitang yang masih lagi mengamalkan kepercayaan Animisme. Ianya berlaku sekitar awal tahun 20an. Kebanyakkan pendeta atau missionary yang datang adalah berbangsa asing tapi mahir berkomunikasi dalam bahasa tempatan dan bahasa Melayu. Jadi untuk memudahkan penyebaran agama Kristian ini, mereka menggunakan bahasa tampatan dari segi pengucapan dan penulisan.

Maka dengan itu, mereka menerbitkan buku Bible dalam bahasa tempatan seperti KadazanDusun dan bahasa Murut. Dalam buku ini, kalimah ALLAH tidak digunakan. 'Tuhan' diterjemahkan kepada 'Kinorohingan'. Tetapi disebabkan penggunaan bahasa Melayu yang meluas di Borneo, para misionary ini turut menggunakan Bible dalam terjemahan Bahasa Indonesia. Versi ini menggunakan kalimah 'Allah'.

Bible dalam bahasa Indonesia banyak digunakan sehingga kini terutamanya bagi masyarakat Kristian bumiputera Sabah dan Sarawak. Selepas versi Bahasa Indonesia, satu lagi versi Bible dalam Bahasa Melayu juga telah diterbitkan sekitar awal tahun 1990an dan versi ini turut menggunakan kalimah 'Allah' dalam penulisannya. Salah satu tujuannya ialah untuk mengembangkan agama Kristian di kalangan orang Asli di Semenanjung yang kebanyakkannya hanya memahami bahasa Melayu.

Selain itu, disebabkan jumlah penduduk Sabah dan Sarawak yang berhijrah ke Semenanjung semakin meningkat, jadi tidak hairanlah kenapa semakin banyak Bible bahasa Melayu yang digunakan di sana. Ianya untuk kegunaan mereka beribadat dan menunaikan tanggungjawab mereka terhadap agama. Renung-renungkanlah, Apakah perasaan mereka bila ditegah dari menyebut nama tuhan mereka sebagai 'Allah'?  yang mereka guna sejak dari kecil lagi..Tak kan nak paksa mereka tukar kepada nama lain..mesti mereka sedih..Lagipun, negara Malaysia sudah ada Perlembagaan yang memperuntukkan kebebasan beragama. Yang ditegah dalam perlembagaan ialah agama lain tidak boleh menyebarkan agama mereka kepada penduduk yang beragama Islam. Jika ini berlaku, maka memang patut dikenakan tindakan undang-undang.

Memang isu ini sangat sensitif bagi masyarakat Melayu di Semenanjung yang keseluruhannya beragama Islam. Mungkin ada yang akan cakap bahawa isu ini berlaku disebabkan oleh masalah kesalahan terjemahan dan perlu diubah. Cakap memang senang, tapi ianya tidak semudah yang disangkakan. Dah lebih setengah abad ia digunapakai oleh orang Kristian terutamanya di Sabah Sarawak. Menyuruh mereka mengubah perkataan tersebut ibarat menyuruh mereka menyembah tuhan baru. 

Dan lagi satu, sudah-sudahlah mempolitikkan hal ehwal agama ini. Maaf jika perkongsian ini mengguris hati sesiapa.

Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan

Jumaat, 3 Januari 2014

1001 Isu Rampasan Bible: PKR tawar diri jadi orang tengah

Isu ini tak kan pernah selesai selagi masih ada individu-individu ektrimis macam 'Abraham Eli' yang memang 'kebal' dengan undang-undang. Di peringkat global, isu ini diselesaikan dengan dialog antarabangsa yang membawa para pemikir dan alim ulama untuk berdialog secara muafakat. Daripada dok suruh orang bakar Bible, kan lebih elok buat dialog sesama pemimpin agama. 

Jangan sekadar kerohanian dan intelek , jagalah pemakanan anak anda juga! Klik Info ini

Dr Muhammad Nur Manuty
PKR menawarkan diri bagi mengambil inisiatif mempertemukan semua pihak yang terlibat dalam kes rampasan Bible oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) agar sama-sama berbincang menyelesaikan permasalahan itu.

Ketua Penerangan PKR Dr Muhammad Nur Manuty (gambar) berkata, konflik dan ketegangan yang melanda negara masa kini menampakkan dengan jelas bahawa persefahaman rakyat Malaysia pelbagai agama dan etnik masih berada di tahap meresahkan serta perlu kepada usaha penyelesaian segera.

“PKR yakin pendekatan berhikmah dalam menangani isu keagamaan adalah cara terbaik bagi mengelakkan ketegangan antara penganut agama Islam dan Kristian di negara ini berterusan.

“Sesungguhnya ketegangan hidup beragama adalah bertentangan dengan prinsip beragama, Perlembagaan Malaysia dan amalan demokrasi,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Rebutlah Ang Pow berjumlah RM80,000 ini sekarang!

Semalam, Jais menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) di Damansara dan merampas 300 Bible dalam bahasa Iban dan Melayu.

Jais turut menahan dua pegawainya iaitu Pengerusi PBM Lee Min Choon dan Setiausaha Agung, Simon Wong untuk dibawa ke Balai Polis Damansara Utama.

Salah seorang ahli PBM berkata, ketika itu mereka sedang mengira stok dan diarahkan untuk tidak membuka pintu apabila 20 pegawai Jais bersama dua angota polis tiba di premis itu pada jam 1 tengahari.

Muhammad berkata, PKR berasa prihatin untuk melihat konflik yang timbul antara Jais dengan PBM dapat diselesaikan segera dalam suasana harmoni, adil dan jujur.

Katanya, salah faham dan prejudis di kalangan sebahagian penganut agama Islam dan Kristian seperti yang telah berlaku kebelakangan ini boleh diselesaikan secara praktikal dan harmoni meskipun terdapat beberapa halangan.

“PKR berharap dialog yang bakal dianjurkan nanti akan dapat menyuburkan kesedaran mengenai kepentingan budaya dialog antara masyarakat Malaysia ke arah negara yang aman dan makmur.

“Ia juga diharapkan dapat mengumpul pandangan secara objektif berkaitan keresahan dan kebimbangan sebenar masyarakat pelbagai agama untuk diusahakan jalan penyelesaian terbaik oleh semua pihak,” katanya.

Muhammad berharap semua pihak terlibat tidak terperangkap dengan agenda musuh yang mahu melihat hidup aman dan toleransi beragama di Malaysia musnah setelah sebelum ini masyarakat berbilang agama di Malaysia telah berjaya membina suasana harmoni, saling hormat menghormati dan bertolak ansur.

Semalam, Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa berkata pendekatan kasar yang diambil Jais ke atas masyarakat Kristian di negara ini membuktikan tindakan itu bermotifkan politik dan bukan didorong faktor agama.

Mohon jawatan kosong di Malaysia Airlines sekarang

Beliau menyeru Putrajaya segera mengambil langkah menghalang badan agama Islam seperti Jais daripada melakukan serbuan atau percubaan menguatkuasakan undang-undang negeri ke atas pertubuhan bukan Islam sambil memberi amaran tindakan tersebut boleh mengeruhkan lagi hubungan antara agama di negara ini.

Katanya, kerajaan perlu merujuk Majlis Perundingan Perpaduan Kebangsaan yang ditubuhkan kabinet baru-baru ini, yang dijangka mengadakan mesyuarat mengenai kontroversi penggunaan kalimah Allah pada 6 Januari.

Mujahid, yang turut dilantik Putrajaya sebagai ahli panel majlis tersebut, berkata insiden hari ini perlu dibincang pada mesyuarat itu kerana badan agama Islam tidak harus bertindak memandangkan isu penggunaan kalimah Allah masih dibicarakan di mahkamah. – 3 Januari, 2014. - MalaysianInsider


Bisnes Online Paling Meletop!! Hari-hari masyuk RM50 dan RM100 terus ke akaun bank