Boros Di Aralom: buat duit blogging
Memaparkan catatan dengan label buat duit blogging. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label buat duit blogging. Papar semua catatan

Ahad, 22 September 2013

Buat duit dengan blog

Ramai yang bertanya, terutama rakan-rakan yang tidak mempunyai blog, bagaimana buat duit dengan blog? Jadi dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa cara seperti berikut bagaimana buat duit dengan blog. 

1. Pengiklanan Banner CPC (Cost Per Click)
Anda tanya lah mana-mana blogger, apakah sumber utama blog mereka. Majoriti blogger memperolehi pendapatan pasif dengan blog melalui pengiklanan banner. Pengiklanan banner CPC boleh dilakukan melalui pihak ketiga seperti Nuffnang, Komli, Innity dan Adsense. Blogger akan dibayar antara RM0.20 hingga RM0.50 apabila iklan banner tersebut diklik oleh pengunjung. Tetapi ramai juga blogger yang menawarkan pengiklanan banner secara terus dengan pengiklan tanpa melalui pihak ketiga. Saya jelaskan melalui gambar di bawah ni.


Gambar atas adalah print screen untuk blog Edisi Blogger. Anda boleh lihat bahagian bawah kiri banner yang bertulis "Ads by Nuffnang". Maksudnya saya menggunakan iklan Nuffnang dalam blog ini. Manakala gambar kat bawah saya ambil dengan izin dari blog Lulu Pages, anda boleh lihat banner bertulis " Banner 728 x90 Space For Rent". Maknanya, tapak iklan tersebut ditawarkan terus kepada sesiapa yang mahu beriklan di blog Lulu Pages. Pengiklan perlu menghubungi pemilik blog dan berbincang mengenai harga yang bersesuai untuk meletakkan iklan dalam blog tersebut.



2. Pengiklanan CPM (Cost Per Mile) 
Pengiklanan CPM terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah pengiklanan banner CPM di mana pemilik blog perlu meletakkan banner di dalam blog dan akan dibayar apabila banner tersebut dilihat sebanyak 1000 kali oleh pengunjung blog. Pengunjung tak perlu klik iklan pun anda dah boleh dapat duit. Kalau diklik, lagi banyak yang ada dapat. Contoh, Advertlets dan CDXNGlobal.

Kedua ialah pengiklanan iklan CPM popup. Bagi pengiklanan CPM jenis ini, pengunjung perlu mengklik mana-mana tempat dalam blog dan tak semestinya perlu klik iklan banner. Mungkin pengunjung akan klik gambar dalam blog anda, lepas tu satu paparan iklan akan keluar dalam skrin komputer mereka. Pemilik blog akan dibayar mengikut kadar 1000 paparan iklan tersebut dalam sehari. Tapi bagaimana jika blog tidak menerima 1000 paparan sehari? jangan risau, anda dibayar dengan kadar CPM itu. Contohnya, jika blog anda hanya mendapat 100 paparan iklan dan kadar bayaran CPM ialah $2.00/mile, maka bayaran yang akan anda terima ialah $0.20. Contoh, PopAds. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai iklan CPM dalam entri Jenis-jenis Iklan CPM dalam blog


3. Jualan Affiliate
Banyak blogger yang menjana duit online tambahan dengan menjadi affiliate sesebuah produk malah ada yang menjadikan bisnes affiliate sebagai pekerjaan sepenuh masa. Di sini, blogger akan memilih mana-mana produk yang mereka rasakan sesuai dipromosi dalam blog dan akan menerima komisyen berdasarkan kepada jualan produk affiliate tersebut. Biasanya komisyen yang dibayar adalah 30% hingga 70% dari harga produk. Jika anda mahu mencari produk affiliate untuk dipromosi dalam blog anda, anda boleh cari di JomNiaga atau kalau anda berminat dengan barangan fizikal seperti telefon, kamera dan sebagainya, daftarlah sebagai affiliate Lazada Malaysia


4. Pay Per Click
Pay Per Click atau PPC juga boleh dijadikan sumber pendapatan di blog. PPC ini hampir sama dengan CPC. Cuma yang membezakannya ialah anda perlu mempromosikan sendiri sesuatu iklan itu di blog dengan menulis entri atau dengan hanya menempek link iklan tersebut. Jika anda lihat di laman web Churp-churp dan 8Share, terdapat banyak iklan promosi yang tersedia untuk anda promosikan. Apabila pengunjung klik link iklan tersebut, anda akan mendapat bayaran. Contoh iklan Pay Per Click dari Churp-churp ialah seperti 

dan 


Saya harap dengan perkongsian ini, anda dapat manfaatkan untuk memaksima pendapatan anda melalui blog terutama kepada mereka yang masih baru dalam dunia blogging. Buat duit dengan blog tidak lah susah, tapi ia juga tidak menjanjikan duit yang banyak. Melainkan anda fokus, sabar, dan mempunyai matlamat jelas kenapa anda berblogging.

Jika anda berminat nak buat blog tapi tak tahu cara nak buat, anda boleh rujuk entri ini Panduan asas dan cara buat blog

Sekian.

Jumaat, 14 Disember 2012

Idea buat duit secara online untuk kanak-kanak


Bukan golongan dewasa sahaja yang mampu menjana income secara online malah kanak-kanak juga boleh melakukannya. Itulah dia kelebihan internet. Peluang buat duit secara online ini terbuka luas kepada semua orang tanpa mengira umur malah kini lebih ramai golongan usahawan online yang masih muda. Apa yang diperlukan hanya lah kreativiti, imaginasi dan kebenaran dari ibu bapa atau penjaga.
Antara faedah online kepada kanak-kanak

Menjual Barangan Online
Dengan kemunculan banyak laman web bidaan (auction sites) dan market places, kanak-kanak juga boleh mengambil peluang itu untuk menambahkan pendapatan dengan menjual barangan seperti mainan, baju dan koleksi. Walaupun kebanyakan laman web tersebut tidak  membenarkan penyertaan dari golongan bawah umur, ibu bapa boleh membantu anak-anak mereka mengisi mana-mana 'kotak' yang perlu semasa mendaftarkan perniagaan. Selain itu, ibu bapa juga boleh membantu memuat naik gambar-gambar yang bersesuaian dengan barangan yang hendak dijual. Secara tidak langsung, aktiviti ini boleh menjadi satu projek yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Kanak-kanak seterusnya boleh menjana kreativiti mereka dalam penulisan dengan menulis keterangan produk dan kemahiran matematik dalam menentukan harga dan kos penghantaran barang. Bukan sahaja kemahiran akademik malah kemahiran hidup juga mereka pelajari secara tidak langsung.

Hasil Tangan untuk dijual
Kanak-kanak memang suka membuat kraftangan seperti projek kerjakayu, jahitan, mewarna, mengecat, dan membuat manik-manik. Semua itu mempunnyai potensi yang tinggi untuk dijual secara online. Mereka boleh membina website dengan bantuan pakar atau ibu bapa, atau menyewa kedai online yang ditawarkan dalam marketplace seperti eBay, Amazon, Lelong dan sebagainya. Tetapi sebelum itu, kanak-kanak perlu membuat kajian terlebih dahulu mengenai laman-laman web tersebut dan perlu mendapat kebenaran ibu bapa sebelum menjual.

Penulisan Online
Kanak-kanak juga boleh buat duit dengan menulis secara online atau blogging. Jangan fikir bahawa kanak-kanak ini tak tahu atau kering idea buat karangan, mereka sebenarnya mempunyai daya imaginasi yang tinggi tentang sesuatu topik. Sama juga dengan blog yang lain, mereka mampu menarik trafik ke dalam blog mereka yang seterusnya boleh buat duit. Bila trafik tinggi, banyak advertiser yang berminat untuk mengiklan dan menawarkan bayaran yang berpatutan. Memang tidak disangkal lagi bahawa blogging merupakan cara buat duit paling mudah di alam maya setakat ini. 

Dengan adanya kreativiti dan perancangan yang teratur serta bantuan dari ibu bapa atau golongan dewasa yang lain, kanak-kanak juga mampu menterjemahkan idea dan bakat mereka untuk memulakan perniagaan secara online. Siapa tahu, dengan pendedahan ini, ia akan membantu kanak-kanak mengenalpasti minat dan passion mereka dalam menentukan kerjaya pada masa hadapan.

P/S: Bila saya baca balik karangan saya masa Tahun 3, geli hati ketawa sorang-sorang..ada terfikir juga.."bodoh sangatkah aku masa tu"... :)


Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!