Buat duit dengan blog | Boros Di Aralom

Ahad, 22 September 2013

Buat duit dengan blog

Ramai yang bertanya, terutama rakan-rakan yang tidak mempunyai blog, bagaimana buat duit dengan blog? Jadi dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa cara seperti berikut bagaimana buat duit dengan blog. 

1. Pengiklanan Banner CPC (Cost Per Click)
Anda tanya lah mana-mana blogger, apakah sumber utama blog mereka. Majoriti blogger memperolehi pendapatan pasif dengan blog melalui pengiklanan banner. Pengiklanan banner CPC boleh dilakukan melalui pihak ketiga seperti Nuffnang, Komli, Innity dan Adsense. Blogger akan dibayar antara RM0.20 hingga RM0.50 apabila iklan banner tersebut diklik oleh pengunjung. Tetapi ramai juga blogger yang menawarkan pengiklanan banner secara terus dengan pengiklan tanpa melalui pihak ketiga. Saya jelaskan melalui gambar di bawah ni.


Gambar atas adalah print screen untuk blog Edisi Blogger. Anda boleh lihat bahagian bawah kiri banner yang bertulis "Ads by Nuffnang". Maksudnya saya menggunakan iklan Nuffnang dalam blog ini. Manakala gambar kat bawah saya ambil dengan izin dari blog Lulu Pages, anda boleh lihat banner bertulis " Banner 728 x90 Space For Rent". Maknanya, tapak iklan tersebut ditawarkan terus kepada sesiapa yang mahu beriklan di blog Lulu Pages. Pengiklan perlu menghubungi pemilik blog dan berbincang mengenai harga yang bersesuai untuk meletakkan iklan dalam blog tersebut.



2. Pengiklanan CPM (Cost Per Mile) 
Pengiklanan CPM terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah pengiklanan banner CPM di mana pemilik blog perlu meletakkan banner di dalam blog dan akan dibayar apabila banner tersebut dilihat sebanyak 1000 kali oleh pengunjung blog. Pengunjung tak perlu klik iklan pun anda dah boleh dapat duit. Kalau diklik, lagi banyak yang ada dapat. Contoh, Advertlets dan CDXNGlobal.

Kedua ialah pengiklanan iklan CPM popup. Bagi pengiklanan CPM jenis ini, pengunjung perlu mengklik mana-mana tempat dalam blog dan tak semestinya perlu klik iklan banner. Mungkin pengunjung akan klik gambar dalam blog anda, lepas tu satu paparan iklan akan keluar dalam skrin komputer mereka. Pemilik blog akan dibayar mengikut kadar 1000 paparan iklan tersebut dalam sehari. Tapi bagaimana jika blog tidak menerima 1000 paparan sehari? jangan risau, anda dibayar dengan kadar CPM itu. Contohnya, jika blog anda hanya mendapat 100 paparan iklan dan kadar bayaran CPM ialah $2.00/mile, maka bayaran yang akan anda terima ialah $0.20. Contoh, PopAds. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai iklan CPM dalam entri Jenis-jenis Iklan CPM dalam blog


3. Jualan Affiliate
Banyak blogger yang menjana duit online tambahan dengan menjadi affiliate sesebuah produk malah ada yang menjadikan bisnes affiliate sebagai pekerjaan sepenuh masa. Di sini, blogger akan memilih mana-mana produk yang mereka rasakan sesuai dipromosi dalam blog dan akan menerima komisyen berdasarkan kepada jualan produk affiliate tersebut. Biasanya komisyen yang dibayar adalah 30% hingga 70% dari harga produk. Jika anda mahu mencari produk affiliate untuk dipromosi dalam blog anda, anda boleh cari di JomNiaga atau kalau anda berminat dengan barangan fizikal seperti telefon, kamera dan sebagainya, daftarlah sebagai affiliate Lazada Malaysia


4. Pay Per Click
Pay Per Click atau PPC juga boleh dijadikan sumber pendapatan di blog. PPC ini hampir sama dengan CPC. Cuma yang membezakannya ialah anda perlu mempromosikan sendiri sesuatu iklan itu di blog dengan menulis entri atau dengan hanya menempek link iklan tersebut. Jika anda lihat di laman web Churp-churp dan 8Share, terdapat banyak iklan promosi yang tersedia untuk anda promosikan. Apabila pengunjung klik link iklan tersebut, anda akan mendapat bayaran. Contoh iklan Pay Per Click dari Churp-churp ialah seperti 

dan 


Saya harap dengan perkongsian ini, anda dapat manfaatkan untuk memaksima pendapatan anda melalui blog terutama kepada mereka yang masih baru dalam dunia blogging. Buat duit dengan blog tidak lah susah, tapi ia juga tidak menjanjikan duit yang banyak. Melainkan anda fokus, sabar, dan mempunyai matlamat jelas kenapa anda berblogging.

Jika anda berminat nak buat blog tapi tak tahu cara nak buat, anda boleh rujuk entri ini Panduan asas dan cara buat blog

Sekian.