Boros Di Aralom: Panduan Blogger
Memaparkan catatan dengan label Panduan Blogger. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Panduan Blogger. Papar semua catatan

Isnin, 23 September 2013

Panduan langkah demi langkah cara buat akaun Paypal

Kalau nak buat duit online, kena ada akaun Paypal. Selain paypal, sekarang ramai yang menggunakan online banking untuk membuat transaksi. Tapi jika anda mahu buat transaksi pantas dari seluruh dunia, saya sarankan agar anda membuka dulu akaun Paypal terutamannya jika anda seorang blogger yang buat bisnes.

Paypal ini apa? saya lebih suka menggelarnya sebagai 'Bank alam maya' di mana anda boleh menerima bayaran dari mana-mana sahaja di dunia ini dan dalam apa juga jenis matawang. Anda kemudiannya boleh withdraw duit di Paypal itu terus ke akaun bank tempatan seperti Maybank, RHB, CIMB, dan sebagainya.

Berikut adalah panduan langkah demi langkah bagaimana buat akaun Paypal. Sebelum tu, pergi dulu ke laman web Paypal

1. Klik "Get started now"
 
2. Pilih jenis akaun. Setiap jenis akaun mempunyai kadar pengaktifan yang berbeza. Saya sarankan anda untuk pilih akaun Premier. Supaya nanti kalau nak berniaga kat eBay atau berniaga kat blog, senang terima payment dari pembeli.

3. Isikan maklumat peribadi anda. Pastikan ianya tepat dan bukan identiti palsu. Dah siap isi, klik "Agree and Create Account". Ada baiknya jika anda baca dulu User Agreement mereka.

4. Lengkapkan kod sekuriti yang diberi dan klik "Continue"
5. Siap. Sekarang anda dah ada akaun Paypal. Tapi anda perlu aktifkan dulu emel akaun anda. Buka email anda dan periksa email dari Paypal. Sementara tunggu emel tu sampai, anda boleh teruskan dengan memilih cara pembayaran anda kelak. Kalau anda ada akaun di RHB, gunakan akaun itu. Kalau tiada, gunakan kad kredit atau debit. 

6. Jika anda menggunakak kad kredit, anda akan dibawa ke halaman seperti kat bawah. Anda diminta melengkapkan maklumat kad kredit di sini. Dah siap, tekan "Continue". Kalau anda belum bersedia untuk mengisi maklumat perbankan dan kad kredit, buatlah kemudian. Pastikan dulu akaun Paypal anda itu aktif.

7. Untuk pengaktifan akaun melalui emel, sila periksa emel anda dulu. Kemudian buka emel dari Paypal.

8. Klik pada "Confirm Email" dan anda akan dibawa ke halaman seperti kat bawah. Masukkan password yang anda guna masa mendaftar tadi.

9. Anda kemudian akan dibawa ke halaman bawah ini. Sila lengkapkan soalan keselamatan akaun Paypal anda. Pastikan anda ingat akan jawapan soalan yang anda pilih tadi. Ia penting untuk mengembalikan password sekiranya anda lupa password Paypal anda kelak. Kemudian hantar.
10. Tahniah, sekarang akaun Paypal anda dah aktif. Tapi anda masih perlu sahkan dulu akaun Paypal anda dengan menggunakan RHB atau kad kredit kalau nak buang had pembelian dan had pengeluaran.
Kalau anda nak tengok dashboard akaun Paypal, klik saja pada logo "Paypal" tu dan anda akan lihat halaman seperti kat bawah ni.


Kenapa anda perlu sahkan akaun? Ini kerana akaun yang belum disahkan mempunyai had penggunaan dan had pengeluaran.
O ya, untuk mengesahkan akaun, Paypal akan mengenakan bayaran dan akan ditolak dari akaun RHB atau kad kredit. Tapi jangan risau, tak banyak pun yang mereka potong, hanya RM10 dan ianya akan dimasukkan ke balance akaun Paypal anda.

Sekian untuk perkongsian tentang panduan langkah demi langkah membuat akaun Paypal. Kalau anda nak buat duit dengan Paypal, tempeklah iklan PopAds dalam blog. Bayaran dalam USD dan minimum witdrawal hanya $5. Kalau nak tau cara mudah buat duit dengan Paypal, baca lah entri 2 Cara paling mudah buat duit Paypal.


Adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog?

Jika anda seorang blogger yang tidak pernah mendapat komen negatif di blog maka ada sesuatu yang tidak kena. Sudah menjadi resam hidup bahawa kita tidak boleh puaskan hati semua orang. Sedang kan kita sendiri pun selalu tidak puas hati dengan diri kita. Jadi jangan kecil hati, marah, melenting, atau sentap balik bila ada orang yang bagi komen negatif di blog kita.

Saya memang pernah mendapat komen negatif di blog. Terutamanya dari Anonymous. Masa tu saya baru berblog sekitar tiga empat bulan. Memang pada awalnya, komen negatif buat saya kecil hati dan terfikir nak tutup blog. Tapi disebabkan minat, sampai sekarang saya masih terus berblog. Agaknya dah hampir lima tahun kot. Sama ada pembaca setuju atau tidak dengan apa yang saya kongsikan, itu belakang cerita. Kalau guna kata kesat, cakap jer "Hoi, ini blog saya, suka hati saya lah nak tulis apa! kalau kau tak suka, ada aku kesah!".....nah, tapi tak baik juga mengamuk macam tu dalam blog. Nanti pembaca pula yang kecil hati dan tak mau datang balik jenguk blog kita.

Jadi, persoalan di sini, adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog? Komen negatif ini ada dua jenis. Satu, komen negatif yang tiada tapisan ayat serta tidak bermanfaat. Contohnya, mungkin ada blog yang pernah dapat komen negatif seperti berikut:

"Blog ini sampah", "bodoh...penulis bodoh", "hoi, tutup saja blog kau ni...entri sampah, tak berkualiti langsung"..dan sebagainya. Kita dah penat-penat perah idea tulis entri dan kemudian menerima komen macam ni, apa perasaan korang sebagai penulis?

Jenis komen negatif yang kedua ialah komen negatif yang membina. Pembaca yang memberi komen seperti ini biasanya kurang bersetuju dengan entri kita tetapi pada masa yang sama memberi pendapat yang boleh membantu kita memperbaiki kualiti penulisan blog.

Para blogger mempunyai pendapat yang berbeza dalam hal ini. Bagi saya, saya akan siarkan komen negatif yang membina sahaja. Mungkin komen itu datang dari mereka yang lebih mahir dan arif dalam entri saya tu dan mereka ada pendapat mereka yang lebih matang dan boleh dijadikan panduan bukan sahaja untuk saya sebagai pemilik blog malah juga untuk pembaca.

Jadi untuk memastikan komen negatif yang tidak membina ini tidak tersiar dalam blog, sila moderate semua komen yang masuk. Bagi pengguna blogger.com, anda boleh masuk dashboard blogger, pergi ke settings, pergi ke posts and comments, dan anda tick Always di bahagian Comment Moderation. Masukkan email anda untuk mendapat pemberitahuan apabila ada komen di blog. Untuk pengguna Intense Debate, anda boleh tick bahagian Moderete all comments di bahagian setting.


Tapi cara ini memang payah bagi blogger yang menerima ratusan komen setiap hari. Tak kan nak tapis satu persatu komen tu. Mungkin bagi yang menerima komen banyak macam ini, anda boleh tetapkan hanya pengguna berdaftar sahaja yang boleh memberi komen di blog. Dengan ini anda boleh track semula komen itu dari siapa.

Saya harap perkongsian ini dapat membuka minda sesama kita untuk menjawab persoalan adakah perlu kita siarkan komen negatif di blog.

"Blog umpama rumah kita, siapa kah tetamu yang anda undang? adakah si bodoh yang berfikiran sempit dan hanya tahu mengata? atau si pakar fesyen yang suka mengomen tentang kekemasan rumah anda"

Dengan blog, anda boleh buat duit sampingan. Sertai Churp-churp untuk mempromosi iklan mereka di blog, Facebook, dan Twitter. 

Ahad, 22 September 2013

Buat duit dengan blog

Ramai yang bertanya, terutama rakan-rakan yang tidak mempunyai blog, bagaimana buat duit dengan blog? Jadi dalam entri ini, saya nak berkongsi beberapa cara seperti berikut bagaimana buat duit dengan blog. 

1. Pengiklanan Banner CPC (Cost Per Click)
Anda tanya lah mana-mana blogger, apakah sumber utama blog mereka. Majoriti blogger memperolehi pendapatan pasif dengan blog melalui pengiklanan banner. Pengiklanan banner CPC boleh dilakukan melalui pihak ketiga seperti Nuffnang, Komli, Innity dan Adsense. Blogger akan dibayar antara RM0.20 hingga RM0.50 apabila iklan banner tersebut diklik oleh pengunjung. Tetapi ramai juga blogger yang menawarkan pengiklanan banner secara terus dengan pengiklan tanpa melalui pihak ketiga. Saya jelaskan melalui gambar di bawah ni.


Gambar atas adalah print screen untuk blog Edisi Blogger. Anda boleh lihat bahagian bawah kiri banner yang bertulis "Ads by Nuffnang". Maksudnya saya menggunakan iklan Nuffnang dalam blog ini. Manakala gambar kat bawah saya ambil dengan izin dari blog Lulu Pages, anda boleh lihat banner bertulis " Banner 728 x90 Space For Rent". Maknanya, tapak iklan tersebut ditawarkan terus kepada sesiapa yang mahu beriklan di blog Lulu Pages. Pengiklan perlu menghubungi pemilik blog dan berbincang mengenai harga yang bersesuai untuk meletakkan iklan dalam blog tersebut.



2. Pengiklanan CPM (Cost Per Mile) 
Pengiklanan CPM terbahagi kepada dua jenis. Pertama ialah pengiklanan banner CPM di mana pemilik blog perlu meletakkan banner di dalam blog dan akan dibayar apabila banner tersebut dilihat sebanyak 1000 kali oleh pengunjung blog. Pengunjung tak perlu klik iklan pun anda dah boleh dapat duit. Kalau diklik, lagi banyak yang ada dapat. Contoh, Advertlets dan CDXNGlobal.

Kedua ialah pengiklanan iklan CPM popup. Bagi pengiklanan CPM jenis ini, pengunjung perlu mengklik mana-mana tempat dalam blog dan tak semestinya perlu klik iklan banner. Mungkin pengunjung akan klik gambar dalam blog anda, lepas tu satu paparan iklan akan keluar dalam skrin komputer mereka. Pemilik blog akan dibayar mengikut kadar 1000 paparan iklan tersebut dalam sehari. Tapi bagaimana jika blog tidak menerima 1000 paparan sehari? jangan risau, anda dibayar dengan kadar CPM itu. Contohnya, jika blog anda hanya mendapat 100 paparan iklan dan kadar bayaran CPM ialah $2.00/mile, maka bayaran yang akan anda terima ialah $0.20. Contoh, PopAds. Anda boleh baca lebih lanjut mengenai iklan CPM dalam entri Jenis-jenis Iklan CPM dalam blog


3. Jualan Affiliate
Banyak blogger yang menjana duit online tambahan dengan menjadi affiliate sesebuah produk malah ada yang menjadikan bisnes affiliate sebagai pekerjaan sepenuh masa. Di sini, blogger akan memilih mana-mana produk yang mereka rasakan sesuai dipromosi dalam blog dan akan menerima komisyen berdasarkan kepada jualan produk affiliate tersebut. Biasanya komisyen yang dibayar adalah 30% hingga 70% dari harga produk. Jika anda mahu mencari produk affiliate untuk dipromosi dalam blog anda, anda boleh cari di JomNiaga atau kalau anda berminat dengan barangan fizikal seperti telefon, kamera dan sebagainya, daftarlah sebagai affiliate Lazada Malaysia


4. Pay Per Click
Pay Per Click atau PPC juga boleh dijadikan sumber pendapatan di blog. PPC ini hampir sama dengan CPC. Cuma yang membezakannya ialah anda perlu mempromosikan sendiri sesuatu iklan itu di blog dengan menulis entri atau dengan hanya menempek link iklan tersebut. Jika anda lihat di laman web Churp-churp dan 8Share, terdapat banyak iklan promosi yang tersedia untuk anda promosikan. Apabila pengunjung klik link iklan tersebut, anda akan mendapat bayaran. Contoh iklan Pay Per Click dari Churp-churp ialah seperti 

dan 


Saya harap dengan perkongsian ini, anda dapat manfaatkan untuk memaksima pendapatan anda melalui blog terutama kepada mereka yang masih baru dalam dunia blogging. Buat duit dengan blog tidak lah susah, tapi ia juga tidak menjanjikan duit yang banyak. Melainkan anda fokus, sabar, dan mempunyai matlamat jelas kenapa anda berblogging.

Jika anda berminat nak buat blog tapi tak tahu cara nak buat, anda boleh rujuk entri ini Panduan asas dan cara buat blog

Sekian.

Panduan asas dan cara buat blog

Hari ini saya nak kongsi panduan atau cara buat blog dengan menggunakan platform Blogger. Cara ini sangat sesuai dijadikan panduan paling asas kepada anda yang baru pertama kali nak buat blog. Dan kepada yang dah lama berblogging, anggaplah ini sebagai perkongsian untuk refresh balik ilmu blogging. Lagi pun sekarang dashboard blogger.com dah kena ubahsuai sikit.

Berikut adalah langkah-langkah asas cara buat blog: Sebelum tu, saya beranggapan yang anda sudah memiliki email google sendiri. Kalu belum ada email google, sila buat dulu.

Untuk buat blog, pergi ke Blogger.com dan masukkan email serta password anda. Disebabkan Blogger.com adalah milik Google, jadi anda gunalah alamat dan password email gmail anda. Ikuti langkah-langkah dalam gambar-gambar di bawah.

 Lepas anda masuk laman web Blogger.com, anda akan nampak dashboard macam kat bawah ini. Tekan "New Blog" untuk memulakan blog anda.

 Lepas tu, anda boleh pilih tajuk atau nama blog dan alamat blog anda. Saya sarankan agar anda menggunakan alamat blog yang sama dengan tajuk blog anda. Contohnya, jika anda buat tajuk "Kedai Baju Kurung Sofea", maka gunalah alamat "kedaibajukurungsofea.blogspot.com". 

 Dah buat tajuk dan alamat blog, pilih lah template yang anda suka. Template ini boleh diubah bila-bila masa anda suka kelak. Kemudian klik "Create blog!" untuk mula menulis entri. Klik "Start posting" untuk buat entri.


Dalam entri anda tu, kongsilah apa sahaja yang ada di kepala otak korang. Apa tajuk dan huraikannya. Lepas dah siap, anda klik "publish" untuk menerbitkan entri. Harus diingat, sekali anda tekan publish maka entri anda itu sudah boleh dibaca oleh orang lain. Jangan saja buat entri kontroversi, nanti kena saman macam Papa Gomo.

Selepas anda publish entri, anda kongsilah entri anda itu dengan kawan-kawan di Google Plus. Nak kongsi kat facebook dan twitter pun boleh.

Kalau anda nak tengok hasil tulisan entri anda tu, lihat sebelah kiri dan klik 'Posts' kemudian klik 'all' dan anda boleh lihat senarai tajuk entri anda. Klik 'view' di bawah tajuk entri untuk lihat entri penuh di blog anda.

 Tahniah..sekarang anda sudah ada blog sendiri. Kat bawah ini adalah rupa blog anda bila anda tekan 'view' tadi.

Jika anda mahu menambah entri baru dalam blog, masuk semula ke dashboard blogger.com dan klik "Create new post". Kemudian ulangi langkah 7 sampai 10. Senang je kan.




Demikian sahaja panduan asas buat blog yang boleh saya kongsi setakat ini. Saya harap panduan cara buat blog ini boleh membantu anda memahami dan memulakan blog anda sendiri. Ianya mudah dan hanya mengambil masa tidak sampai 10 minit pun.


Entri berkaitan >> 10 Jenis blog pilihan