Boros Di Aralom: earning churp-churp
Memaparkan catatan dengan label earning churp-churp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label earning churp-churp. Papar semua catatan

Khamis, 28 Jun 2012

Bayaran Social Seeding Churp-churp bernilai RM100++

Whoa! Kalau sekali-sekala dapat Social Seeding bernilai lebih seratus ringgit kan best jugak. Ini first time dapat SS dari Churp-churp setinggi itu. Biasanya hanya RM10++ saja tapi kali ini nampaknya ada peningkatan yang sangat memberangsangkan. 
Earning Churp-churp.
Sejak dua menjak ni saya agak slow sikit dalam mempromosikan iklan-iklan kat Churp-churp. Facebook pun dah jarang buka sebab dah kurang minat kat muka buku...huhu..Bila buka akaun Churp-churp kelmarin, nampak ada SS sedang menunggu. Seperti biasa, terima saja peluang yang diberi. Nasib baik kena approve. Memang tak sangka betul dengan 'harga' yang diberi..huhu..Macam harga emas satu gram dah..haha..kena bersyukur..Mungkin nilai ini bergantung kepada jumlah follower Twitter tu. Tak sangka usaha bak kata pepatah "sikit-sikit lama lama jadi bukit" dalam meningkatkan bilangan follower akhirnya berbaloi juga. 

Nak tambah followers Twitter ini bukan senang. Kena ada teknik. Jangan saja main "extreme following" atau "extreme unfollowing". Kalau kena ban dengan Twitter, nah...bye bye gaman la...

Nak tahu tipsnya? salah satu ialah dengan 'follow' mereka yang gerenti akan 'followback'. Cukup lah dalam sehari tu dapat 10 hingga 20 orang. Kalau sebulan, dah dapat sekitar 300+ followers. Pergi kat Twitter, cari hastag #followback atau #teamfollowback atau #NF atau #ifollowback dan banyak lagi. Biasanya mereka ini akan follow semula jika anda minta. Ala..macam follower kat blog juga. Banyak yang bagi mesej "i'm done following your blog, please follow me back" kat shoutbox atau kotak komen kan. Twitter pun macam tu juga. Jadikan ini sebagai mutual interest antara pengguna Twitter.

Tapi kena hati-hati..sebab ada juga #teamUnfollowBack kat sana tu. Huhu..Sekarang ini, Twitter pun boleh jadi sumber pendapatan pasif. Thanks again to Churp-churp.



Jumaat, 20 April 2012

Antara kempen-kempen 20sen/klik Churp-churp yang hampir tamat


    Jika anda seorang ahli churp-churp yang aktif mengongsikan kempen-kempen mereka, memang tidak asing lagi kalau nampak dua iklan kempen di bawah ini. Sebenarnya ada satu lagi kempen tapi yang itu adalah kempen yang bersangkut paut dengan minuman 'alkohol'. Bagi anda yang masih baru atau sudah lama tak jenguk churp-churp, lawatlah ke sana sekali sekala dalam seminggu. Lagi baik kalau tiap-tiap hari. Siapa tau kot kot nasib korang baik dan dapat bertentang mata dengan kempen khas 'social seeding'. Lumayan beb! Baru kelmarin dapat satu dan bayarannya cukup untuk makan KFC dinner plate..haha!..
  • Don’t compromise anymore!
       RM 0.20
       per unique click
       RM 250.00
       left to be rewarded
  • Be a part of London 2012 Olympics Games.
        RM 0.20
        per unique click
        RM 700.00
        left to be rewarded



Kalau malas sangat nak share iklan churp-churp ini, boleh terus ke 'auto iklan'. Maka dengan itu, senang lah kerja kita. 

Oh ya, kalau belum jadi ahli Churp-churp. Daftarlah sekarang..gerenti hujung tahun boleh buat jamuan kat rumah.

Jumaat, 23 Mac 2012

Teknik mudah meningkatkan earning Churp-Churp di Twitter


Kini sudah lebih setahun Churp-churp dilancarkan di Malaysia dan Singapura. Penggunanya juga semakin hari semakin ramai. Jumlah iklan untuk social sharing dan social seeding juga semakin banyak. Berapakah earning churp-churp anda sehingga kini?

Mungkin dah beribu-ribu, beratus-ratus, dan berpuluh-puluh pendapatan yang korang dapat. Cashout pun mungkin dah banyak kali. Tapi tidak dapat dinafikan juga bahawa ramai yang belum dapat cashout walaupun sudah lama menyertai churp-churp

Kenapa? mungkin malas nak promote, kurang usaha, atau mungkin juga tidak melakukan teknik yang berkesan. Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan asal tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Churp-churp. Main paksa orang lain klik..."pls click this link"..or.."click my link and i will click yours". Boleh kah? Itu clickfraud namanya. Kalau kedapatan, terus kena ban. So, hati-hati la ya. Kat churp-churp sendiri pun ada letak button Facebook, Twitter, Blog, dan lain-lain sebagai kemudahan para ahli untuk mengiklan. Pergunakanlah dengan bijak.

Berbalik kepada tajuk besar "Teknik mudah meningkatkan earning Churp-Churp di Twitter"  pula. Sebenarnya apa yang akan saya kongsi ini bukanlah sesuatu yang baru atau kompleks. Teknik ini baru saja saya guna dan memang sangat berkesan. Bagaimana?

Namanya ialah teknik 'retweet' kat Twitter. Saya pasti, ramai antara kita yang memang tidak suka retweet tweet orang lain melainkan tweet itu ada kena mengena dengan kita atau tweet itu dari orang yang kita kenal. Tahukah anda bahawa pengguna Twitter kat Malaysia saja sudah mencapai jutaan orang. Apalagi pengguna di seluruh dunia. Sebab itu tidak hairan jika banyak internet marketer yang menggunakan Twitter sebagai medium utama pemasaran produk mereka.

Jika anda mempunyai follower Twitter yang sedikit mungkin sekitar 100 hingga 200 orang, maka kaedah retweet yang saya jelaskan ini mungkin boleh membantu anda. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana? mungkin ramai yang dah tahu tapi masih ada yang belum tahu. Tekniknya ialah dengan menggunakan laman web yang menyediakan perkhidmatan 'retweet'. Berikut adalah dua laman web yang sering saya gunakan untuk mencari pengguna Twitter yang benar-benar akan retweet:

Untuk menggunakan laman web ini, anda perlu mengumpulkan terlebih dahulu point untuk menghantar tweet anda. Mengumpul point memang mudah. Anda hanya perlu retweet tweet orang lain dan mendapat point sebanyak 0.5 mata. Dan jika anda submit tweet, anda memerlukan 1 mata untuk 1 retweet dari para pengguna lain. Keliru? boleh tengok-tengok kat laman web reTweet.it  ini untuk informasi yang lebih tepat.

Laman web ini hampir sama dengan reTweet.it tapi ia mempunyai lebih banyak fungsi. Nak tambah follower pun boleh, nak promote blog pun boleh, nak buat mailing list pun boleh. Tapi apa yang lebih special mengenai laman ini ialah anda boleh menentukan siapa yang boleh retweet tweet anda. Biasanya saya set RTbase=1000++. Maksudnya, hanya mereka yang mempunyai follower Twitter lebih dari 1000 sahaja yang boleh retweet. Kalau ada 10 orang yang retweet, dah 10,000 pengguna Twitter yang akan lihat tweet anda. Potensi audience yang banyak tu!! Jadi tak perlu la risau jika anda hanya ada sedikit follower saja. Nak informasi yang lebih tepat, boleh kunjungi laman web easyretweet.com ini.

Itu lah dia dua laman web yang baik untuk mendapatkan retweet. Sebenarnya masih banyak lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Tetapi untuk permulaan, cukuplah dengan dua laman web kat atas tu. Berjinak-jinak dulu dengan mereka baru lah anda akan lebih faham. Dan satu lagi tips, gunalah ayat tweet yang lebih kreatif ya. Boleh rujuk kat www.bookmarket.com untuk 50 cara tweet yang lebih berkesan. Happy churping and happy tweeting. Teknik ini juga boleh digunakan untuk promosi iklan Says.com dan yang lain-lain.

Oh ya, kalau berkenaan, follow la saya kat Twitter ya. Add saja @nancypoh and i will follow you back. 

Sekian untuk perkongsian


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Rabu, 21 Mac 2012

Akhirnya dapat cashout Says.com


Yaii...(melompat macam orang kena cucuk punggung)...akhirnya dapat juga merasa tekan butang 'cashout' kat Says.com setelah sekian lama tertumpuk. Gembira dan teruja walaupun nilainya cuma RM50 je..tapi apa pun nilainya, yang penting tiada modal keluar.  Lagipun mana ada orang nak bagi duit free kan. Kumpul earning hanya main tempel saja kat wall FB dan twitter dah cukup. Punya senang, sesiapa pun boleh buat. Tapi jangan lah main suruh orang kelik iklan tu. Tak pasal-pasal pulak nanti kena ban. Tak berkat gitu.

Kenapa lama sangat nak sampai RM50 Says ini? padahal kalau Churp-churp dah berkali-kali cashout--(jangan jeles)--uwekk!!--? Bukan apa, sebenarnya dulu-dulu masa masih bergeng dengan si Nuffnang, saya kurang malah tidak langsung tempel iklan Says di blog sebab ianya memberi kesan kepada status keahlian Gilageti..opss..Gliteratti. Tak pasti lah pasal menda ni. Tapi dulu asal saja tempel iklan Says, mesti status bertukar. Bila buka iklan, status kembali semula kepada Gilageti..kalau ada buffered itu, faham-faham lah apa yang akan berlaku. Tapi kalau tempel iklan Churp-churp, status tak berubah sebab benda ini 'saudara mara' si Nuffnang juga.

Tu pasal sekarang ini dah lama tukar ke Advertlets sebab tak terjejas dengan tempelan iklan-iklan Says mahupun Churp-churp. So, kena keep that way nampaknya. 

Apa pun, rezeki masing-masing di tangan Tuhan. Bersyukur dengan apa yang ada walau sekecil mana sekalipun. Saya tahu korang punya earning lagi gempak kan. Sampai ada yang beribu sebulan. Apa rahsia korang ya?

Bukan nak menunjuk tapi mengajar diri untuk bersyukur. Kan kan kan...tq Says.com sebab buatkan alam maya ini lebih seronok.