Boros Di Aralom: Churp-Churp
Memaparkan catatan dengan label Churp-Churp. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Churp-Churp. Papar semua catatan

Khamis, 3 April 2014

Berita baik dari 8Shares mengenai cashout

Ini satu berita baik dari 8Shares. Cash out sekarang dilakukan 2 kali sebulan, iaitu pada Isnin pertama & ketiga setiap bulan. Sebelum ini, cash out 8shares hanya dilakukan sekali sebulan sahaja iaitu pada 15hb.
Kini boleh cash out dua kali sebulan di 8Shares
Jadi jika anda mahu buat cash out, pastikan anda submit cash out request sebelum hari pemprosesan tersebut. Berita ini memang sangat mengujakan terutama kepada mereka yang memang gemar mengongsikan info-info yang ada di laman web 8share untuk mendapatkan ganjaran RM0.20 per klik.

Dah ramai yang join 8Shares untuk jana duit poket sampingan. Minimum cashout hanya RM50 dan akan terus dibayar ke akaun bank. Kalau anda belum mendaftar dengan 8Shares, daftarlah sekarang. Percuma jer..sambil bertwitter, berfacebook, dan berblog, boleh juga tambah pendapatan sampingan. 

Oh ya, jangan lupa daftar dengan Churp-churp jugak. Paling best kalau dapat Social Seeding yang bernilai RM30 satu post kat Facebook tu..hehe..

Jumaat, 20 April 2012

Antara kempen-kempen 20sen/klik Churp-churp yang hampir tamat


    Jika anda seorang ahli churp-churp yang aktif mengongsikan kempen-kempen mereka, memang tidak asing lagi kalau nampak dua iklan kempen di bawah ini. Sebenarnya ada satu lagi kempen tapi yang itu adalah kempen yang bersangkut paut dengan minuman 'alkohol'. Bagi anda yang masih baru atau sudah lama tak jenguk churp-churp, lawatlah ke sana sekali sekala dalam seminggu. Lagi baik kalau tiap-tiap hari. Siapa tau kot kot nasib korang baik dan dapat bertentang mata dengan kempen khas 'social seeding'. Lumayan beb! Baru kelmarin dapat satu dan bayarannya cukup untuk makan KFC dinner plate..haha!..
  • Don’t compromise anymore!
       RM 0.20
       per unique click
       RM 250.00
       left to be rewarded
  • Be a part of London 2012 Olympics Games.
        RM 0.20
        per unique click
        RM 700.00
        left to be rewarded



Kalau malas sangat nak share iklan churp-churp ini, boleh terus ke 'auto iklan'. Maka dengan itu, senang lah kerja kita. 

Oh ya, kalau belum jadi ahli Churp-churp. Daftarlah sekarang..gerenti hujung tahun boleh buat jamuan kat rumah.

Ahad, 18 Mac 2012

Kenapa dengan churp-churp ni? kena hack ka?

Tadi masa nak login kat churp-churp, terasa aneh bin ajaib bin hairan bila nampak dia punya ucapan selamat dantang..."welcome to nginx!"..

Aik!...tak kan churp-churp kena hack kot?? atau memang saya seorang ja yang kena kejutan line beruk band yang teruk ni..tapi seteruk-teruk line kat sini pun kenapa kelmarin dulu masih boleh buka dengan jayanya laman web churp-churp ni? ada masalah apa-apa ka? nak juga try tengok mana tau ada dua puluh sen isinya...huhu..

Tapi nasib baik lah, beberapa ketika lepas tu dah boleh login balik..dapat juga tengok kempen-kempen yang masih berjalan untuk dikongsikan di alam maya yang semakin fana ini..ceh!..

Bila la nak cashout 2nd time ni hah????  ayo..

Nak Duit Extra Sambil Blogging ke? Sertai PTP ini
Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

Khamis, 12 Mei 2011

Tips Bagaimana Meningkatkan Earning Churp-churp?

Salam, hari ni sy nak buat entri khas tentang tips bagaimana untuk meningkatkan earning churp-churp dengan mudah. Entah kenapa sy nak buat entri ni pun sy tak tau. Mungkin kerana tips yang telah dan sedang saya gunakan ini berkesan kot. Sebenarnya memang banyak tips yang korang boleh baca mengenai cara-cara meningkatkan earning churp-churp seperti yang terdapat di blog ar-rifke, blog yang penuh dengan tips dan informasi berguna. Tapi hari ini saya cuma nak kongsi cara yang saya sendiri lakukan.

Wokey, seperti yang kita tahu, Churp2 merupakan website perkongsian sosial yang berasaskan kepada pengiklanan. Memang tak perlu lah untuk saya jelaskan apakah gerangannya Churp2 ini. Tapi kalau ada yang belum tahu, boleh melawat laman web Churp2 sendiri. Dahulu hanya tiga cara untuk membuat earning kat churp2 iaitu Social Sharing, Social Seeding, dan Scheduled Tweet. Tapi kini terdapat satu lagi cara yang diperkenalkan iaitu Grapevine. Benda ini saya pun tak tahu sangat sebab masih baru.

Antara keempat-empat cara tersebut, saya paling banyak membuat earning melalui Scheduled Tweet. Di sini lah rahsia earning saya. Kalau setakat nak mengharap pada klik iklan Social Sharing memang payah sikit nak tunggu. Lebih-lebih lagi kalau kita ini jenis yang malas nak mengiklan. So, hari ini saya hanya akan kongsi rahsia saya mengenai ST sahaja. Satu benda yang masih lagi kekal misteri tapi tak juga terlalu misteri mengenai ST ini ialah tentang jumlah pembayaran untuk satu tweet. Tidak terdapat nilai khusus untuk satu ST itu. Dan satu lagi, korang kena cepat dan pantas kalau nak mendapatkannya sebab kuota untuk ST ini memang cepat habis. 

Okay, banyak melalut dah. Jadi bagaimana nak meningkatkan bayaran ST? Senang sahaja, caranya ialah dengan meningkatkan jumlah follower twitter korang. Saya bagi contoh ST saya sendiri la. Masa 1st time dapat ST dulu, follower twitter saya hanya dalam sekitar 150 saja. Bila saya kira-kira jumlah bayaran bagi satu ST, adalah dalam sekitar RM0.50 je. Sekarang bila follower dah bertambah kepada 2500++, bayaran untuk satu ST adalah dalam sekitar RM7. Banyak dah tu untuk saya yang miskin tegar ni. Huhu. Cuba bayangkan kalau korang ada dalam sekitar 10,000 follower, kan gempak earning.

So sekarang korang pun mesti nak tahu juga kan tips untuk meningkatkan follower twitter. Namun sebelum tu, satu benda saya nak ingatkan korang. Seperti laman web yang lain, Twitter juga mempunyai T&C tersendiri. Misalnya ratio untuk follower:following kena balance. Dorang tak kan benarkan akaun twitter anda follow orang lain melebihi jumlah ratio yang dibenarkan. Ala, perkara biasa je tue. Jangan bimbang. Ada caranya. Untuk meningkatkan jumlah follower anda dengan mudah, anda boleh melawat mana-mana laman web berikut yang sememangnya sangat membantu:

Agaknnya, mungkin dah ramai yang tahu pasal laman web ini kan. Di sini, anda akan mendapat point apabila anda follow orang lain. Kalau orang lain follow korang, point korang pulak yang akan hilang. Adil la tu kan. Cuma masalahnya, bila kita dah follow banyak sangat sampai melebihi jumlah ratio, maka kita tidak lagi dapat follow member lain. Tak dapat follow maka takda point. Takda point maka takda orang nak follow. Maka di sini akan timbul lagi satu masalah iaitu berlakunya massive unfollow. Jaga-jaga, Twitter suka ban orang yang suka unfollow org lain. Tapi, jangan bimbang, ada penyelesaiannya. Selain menambahkan follower twitter, Twiend juga mempunyai fungsi lain iaitu untuk meningkatkan jumlah Like FB dan jumlah view video.  Jadi apa kata kalau anda kumpul point melalui like FB page dan tengok video je. Tak perlu main follow orang lain. Ini teknik yang selalu saya guna.

2. Twittfame
Konsepnya sama dengan Twiend. Cuma ada satu fungsi tambahan pada Twittfame iaitu selain menambahkan follower twitter, jumlah like FB, jumlah view video, korang juga juga boleh meningkatkan jumlah view laman web. Pendek kata, di sini korang juga boleh mendapatkan trafik blog. Tapi saya sarankan agar anda fokus kepada meningkatkan jumlah follower twitter je.

Mungkin itu saja yang dapat saya kongsi setakat ini. Benda ini berkesan dan sememangnya membantu meningkatkan earning Churp2 saya. Syukur kerana sekarang ini saya dah merasai bagaimana rasanya bila tekan butang "Cashout" tue setelah berkecimpung selama empat bulan. Selamat mencuba dan harap tips ini berguna dan memberi manfaat kepada korang. Atau kalau korang nak kongsi rahsia, sila lah kongsi. Saya pun masih baru juga. Saya sekadar berkongsi apa yang saya telah lalui.Tadaa!!

Rabu, 16 Februari 2011

Kenapa korang suka sangat minum Milo?

Entri ni dikhaskan untuk mereka yang suka minum milo dan makan benda-benda yang berasaskan milo..oppss..korang tau ka apa tu milo? Tau tak pe..Milo ni satu jenama minuman yang merupakan sejenis minuman susu yang mengandungi coklat dan malt..laa..patut lah kecik-kecik dulu bertelagah dengan kawan hanya sebab milo ni..

Aku: wah sedapnya..macam coklat..tapi kenapa diaorang panggil milo?
Dia: Laa..ni kan Milo..bukan coklat..ko ni pandai baca ka tidak!!
Aku: Tapi...kenapa rasa dia macam coklat..cuba engko makan coklat..sama ja kan..
Dia: Ini milo..milo..milo...skali lagi..MILO..bukan coklat..

Ceh!! tau sangat la tu..biasa la budak-budak dengan faulty reasoning dorang kan..huhu..sekarang ni dah besar, tau la serba sedikit pasal Milo ni..

Fakta 1: Jenama Milo diberikan sempena nama Milo, seorang lagenda olahraga Yunani yang berasal dari Croton.
Fakta 2: Milo dikeluarkan oleh syarikat Nestle dan berasal dari Autralia.
Fakta 3: Milo dicipta pada tahun 1934 oleh Thomas Mayne di New South Wales, Australia.


Revolusi Milo
Kita ni sedap-sedap je minum milo tanpa mengetahui sejarahnya kan..dulu sy fikir Milo ni jenama 'made in Malaysia'..padahal tidak..huhu..satu lagi, biasa kan kita dengar lagu rasmi Milo ni..lebih kurang macam ni.."milo milo..anda jadi..sihat dan kuat"..

Kini dengan perkembangan zaman, Milo juga mengalami revolusinya tersendiri. Ia merupakan salah satu jenama minuman yang paling maju selain minuman Coca-cola, Pepsi, dan Nescafe. Jenama ini juga sering dikaitkan dengan penajaan sukan dan atlit-atlit sukan tak kira dari dalam atau luar negara kita.
Picture of a boy having fun with a mini cricket bat in the MILO Kid Zone
Milo banyak partnership dengan sukan Criket Australia


Picture of 5 kids and their MILO Junior Snow Sports Schools instructor
Sukan ais pun ada

Le Tour de Langkawi juga
So..sejarah milo korang dah tau...perkembangan milo pun dah...rasanya pun korang lagi tau...kegunaannya lagi banyak..apa lagi..jom JamPack!!..~wink~.

Jika anda peminat Milo tegar, anda juga mungkin meminati:


Sabtu, 13 November 2010

Earning Churp-churp

Murah rezeki dengan churp-churp ni..walaupun earning baru je mencecah nilai 666, syukurlah kan..siapa juga mo bagi duit free..sy join pun baru beberapa minggu..earning churp2 ni bergantung kepada bilangan asingmen yg kitaorang dapat..minggu ni dpt 3 asignmen termasuk yg masih pending kat bawah tu..aku pun tak tahu berapa nilai earning yg diberikan pada setiap asingmen..yg aku perhatikan pd earning aku sendiri, earning dia dari range RM0.80 hingga RM1.33 bagi satu asingmen..tak tau la korang punya mcm mna..tapi harus diingat juga, bukan semua asingmen yg kita 'tweet' tu diterima, ada juga yg ditolak. Aku pun pernah gak kena tolak..besa la masih baru.

Seperti yg kebanyakkan kita semua tahu, churp2 ni saudara si Nuffnang..kalau korang mo tahu lagi, sebenarnya earning aku tuk churp2 lagi ok jika dibandingkan dgn Nuffnang..tp tak pe la, lagi pun kita berblog ni pun sebagai hobi saja kan. Kehadiran Nuffnang telah mengindahkan lagi kehidupan berbloging ni. Anyway, thanks to Nuffnang and to Churp-churp sebab sanggup bagi duit free kat kitaorang.

*tengok kat nilai 666 ni, teringat pula jumlah blog yg ada kat list software blogjoging aku pun 666
Hmmmm...