Teknik mudah meningkatkan earning Churp-Churp di Twitter | Boros Di Aralom

Jumaat, 23 Mac 2012

Teknik mudah meningkatkan earning Churp-Churp di Twitter


Kini sudah lebih setahun Churp-churp dilancarkan di Malaysia dan Singapura. Penggunanya juga semakin hari semakin ramai. Jumlah iklan untuk social sharing dan social seeding juga semakin banyak. Berapakah earning churp-churp anda sehingga kini?

Mungkin dah beribu-ribu, beratus-ratus, dan berpuluh-puluh pendapatan yang korang dapat. Cashout pun mungkin dah banyak kali. Tapi tidak dapat dinafikan juga bahawa ramai yang belum dapat cashout walaupun sudah lama menyertai churp-churp

Kenapa? mungkin malas nak promote, kurang usaha, atau mungkin juga tidak melakukan teknik yang berkesan. Sebenarnya banyak teknik yang boleh digunakan asal tidak melanggar syarat yang telah ditetapkan oleh Churp-churp. Main paksa orang lain klik..."pls click this link"..or.."click my link and i will click yours". Boleh kah? Itu clickfraud namanya. Kalau kedapatan, terus kena ban. So, hati-hati la ya. Kat churp-churp sendiri pun ada letak button Facebook, Twitter, Blog, dan lain-lain sebagai kemudahan para ahli untuk mengiklan. Pergunakanlah dengan bijak.

Berbalik kepada tajuk besar "Teknik mudah meningkatkan earning Churp-Churp di Twitter"  pula. Sebenarnya apa yang akan saya kongsi ini bukanlah sesuatu yang baru atau kompleks. Teknik ini baru saja saya guna dan memang sangat berkesan. Bagaimana?

Namanya ialah teknik 'retweet' kat Twitter. Saya pasti, ramai antara kita yang memang tidak suka retweet tweet orang lain melainkan tweet itu ada kena mengena dengan kita atau tweet itu dari orang yang kita kenal. Tahukah anda bahawa pengguna Twitter kat Malaysia saja sudah mencapai jutaan orang. Apalagi pengguna di seluruh dunia. Sebab itu tidak hairan jika banyak internet marketer yang menggunakan Twitter sebagai medium utama pemasaran produk mereka.

Jika anda mempunyai follower Twitter yang sedikit mungkin sekitar 100 hingga 200 orang, maka kaedah retweet yang saya jelaskan ini mungkin boleh membantu anda. Anda mungkin tertanya-tanya bagaimana? mungkin ramai yang dah tahu tapi masih ada yang belum tahu. Tekniknya ialah dengan menggunakan laman web yang menyediakan perkhidmatan 'retweet'. Berikut adalah dua laman web yang sering saya gunakan untuk mencari pengguna Twitter yang benar-benar akan retweet:

Untuk menggunakan laman web ini, anda perlu mengumpulkan terlebih dahulu point untuk menghantar tweet anda. Mengumpul point memang mudah. Anda hanya perlu retweet tweet orang lain dan mendapat point sebanyak 0.5 mata. Dan jika anda submit tweet, anda memerlukan 1 mata untuk 1 retweet dari para pengguna lain. Keliru? boleh tengok-tengok kat laman web reTweet.it  ini untuk informasi yang lebih tepat.

Laman web ini hampir sama dengan reTweet.it tapi ia mempunyai lebih banyak fungsi. Nak tambah follower pun boleh, nak promote blog pun boleh, nak buat mailing list pun boleh. Tapi apa yang lebih special mengenai laman ini ialah anda boleh menentukan siapa yang boleh retweet tweet anda. Biasanya saya set RTbase=1000++. Maksudnya, hanya mereka yang mempunyai follower Twitter lebih dari 1000 sahaja yang boleh retweet. Kalau ada 10 orang yang retweet, dah 10,000 pengguna Twitter yang akan lihat tweet anda. Potensi audience yang banyak tu!! Jadi tak perlu la risau jika anda hanya ada sedikit follower saja. Nak informasi yang lebih tepat, boleh kunjungi laman web easyretweet.com ini.

Itu lah dia dua laman web yang baik untuk mendapatkan retweet. Sebenarnya masih banyak lagi laman web yang menyediakan perkhidmatan ini. Tetapi untuk permulaan, cukuplah dengan dua laman web kat atas tu. Berjinak-jinak dulu dengan mereka baru lah anda akan lebih faham. Dan satu lagi tips, gunalah ayat tweet yang lebih kreatif ya. Boleh rujuk kat www.bookmarket.com untuk 50 cara tweet yang lebih berkesan. Happy churping and happy tweeting. Teknik ini juga boleh digunakan untuk promosi iklan Says.com dan yang lain-lain.

Oh ya, kalau berkenaan, follow la saya kat Twitter ya. Add saja @nancypoh and i will follow you back. 

Sekian untuk perkongsian


Nak Duit Extra Sambil Jawab Survei Ringkas? Minimum Cashout RM5 je

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Berkesan ek? ok, nanti gua nak try jgak ah. Hihi.