Boros Di Aralom: Shila Amzah
Memaparkan catatan dengan label Shila Amzah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Shila Amzah. Papar semua catatan

Khamis, 25 September 2014

ND Lala hentam wartawan dalam sidang media, Shila Amzah sedia dipulau media berbahasa Melayu

Sidang media yang dianjurkan penyanyi Shila Amzah, 24, pada Rabu bagi menyelesaikan kemelut yang berlaku antara penyanyi itu dengan pihak media berbahasa Melayu bertukar kepada serangan peribadi kepada segelintir pengamal media.

Bapa penyanyi itu, ND Lala menggunakan peluang tersebut menghentam beberapa wartawan dengan mengulas semula status-status di laman sosial peribadi mereka dan mempersoalkan kewajaran status tersebut dimuat naik.

ND Lala atau nama sebenarnya Amir Hamzah, 52, berkata, media melayu cuba membuat provokasi dan memainkan sentimen bangsa antara kaum Melayu dan Cina.

Walhal perkara tersebut dicetuskan sendiri oleh anaknya yang dulu dikenali sebagai Shila Tekno itu melalui laman Istagram bertarikh 15 September lalu.
Shila bersama bapanya, ND Lala (via mD)
"Anak saya Shila didakwa mengagungkan media berbahasa Cina dan menyelar tindakan media berbahasa Melayu yang tidak membuat liputan dan menyokong konsert pertamanya. Sebaliknya Shila menyindir media berbahasa Melaysia lebih cenderung membongkar cerita peribadi dan kontroversi mengenainya termasuk isu cinta berbanding liputan berkaitan kerjaya. Fitnah atau fakta? " ujarnya pada sidang media yang diadakan di Mega Music, Cheras.

ND Lala turut mempertikaikan pencapaian wartawan-wartawan tersebut yang kononnya tidak setanding jika dibandingkan dengan apa yang telah dikecapi oleh anak kebanggaannya yang telah mengharumkan nama negara di mata dunia.

Penyanyi Era 90an itu turut berucap mengingatkan kepada tetamu yang hadir yang kebayakkannya terdiri daripada 90 peratus media berbahasa Cina itu beberapa kejayaan Shila yang patut diberi perhatian dan diingati.

Sidang media yang sepatutnya dihadiri oleh wakil-wakil media itu juga dilihat tidak mendapat sambutan media-media utama berbahasa Melayu, sebaliknya dipenuhi oleh segelintir peminat fanatik penyanyi tersebut yang diberi peluang bersama-sama menyaksikan sidang media itu.

Setelah dua jam sidang media berlangsung dengan dikendalikan oleh bapanya, Shila akhirnya muncul pada sesi soal jawab.

Shila yang menafikan tentang konsert tersebut mendapat tajaan daripada sebuah syarikat perjudian menganggap ia sebagai satu fitnah buat dirinya dan keluarganya.

Tambahnya, dia sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang menyebut konsert sulung yang berlangsung pada 13 September lalu itu ditaja oleh syarikat judi.

"Saya sangat tersinggung dengan laporan sebuah akhbar yang mendakwa konsert saya ditaja oleh syarikat judi. Itu betul-betul mencalar reputasi saya sebagai seorang yang berhijab dan pada ayah saya yang sentiasa menyokong budaya dan agama. Saya tak boleh terima langsung perkara tersebut.

"Kalau anda (pihak media berkenaan) tidak boleh menulis sesuatu yang baik tentang saya, lebih baik lah jangan menulis apa-apa. Kalau pun anda tak suka dengan saya, anda boleh cakap terus pada saya tapi jangan kaitkan dengan ibu bapa saya", jelasnya.

Sementara itu, mengenai tindakannya memuat naik semula (re-post) status seorang peminat di Instagram (@shilahamzah_photography) yang mempersoalkan kehadiran media Melayu pada konsert tersebut sehingga tercetusnya kontroversi ini, Shila berkata, dia mempunyai pendapat sama dengan peminat yang tidak dikenali itu.

Dalam pada itu, Shila yang mempertahankan pendirian yang dianggap berada ditempat benar itu mengakui hanya memohon maaf atas dasar dirinya lebih muda daripada pihak yang tersinggung dengan tindakannya itu.

Namun dia menegaskan tidak sesekali memaafkan fitnah yang dilakukan terhadap dia dan keluarga.

Dia juga bersedia jika pihak media benar-benar mahu memulau atau boikot dari diberikan sebarang publisiti di media berbahasa Melayu. - mD

Ahad, 6 April 2014

Koleksi Video persembahan Shila Amzah dalam I am A Singer di China

Jumaat lalu, Shila Amzah sekali lagi mengharumkan nama negara apabila berjaya menduduki tempat ketiga dalam pertandingan realiti 'I am A Singer' yang dianjurkan di negara China. Selepas membina kerjaya di China selama lebih tiga tahun, kini Shila Amzah semakin menjadi perhatian ramai peminat di negara itu.
Shila bersama penari latar lagu final, EXO-MAMA
Shila menyertai program realiti nyanyian paling popular di China itu bermula minggu ketujuh pertandingan pada 21 Februari lalu.

Pada minggu itu, Shila menyampaikan lagu Xiang Ni De Ye dan mendapat tempat kedua, sekali gus meneruskan kemaraan ke minggu berikutnya.

Shila meneruskan saingan minggu kelapan menerusi lagu Zui Chang De Dian Ying dengan kedudukan tempat keempat, minggu kesembilan dengan lagu Listen (tempat ketiga) dan minggu ke-10 dengan lagu Forever Love (tempat ketiga).

Berikut merupakan koleksi video persembahan Shila Amzah sepanjang mengikuti program realiti I am A Singer yang diterbitkan oleh stesyen televisyen HuNanTV.

Persembahan Final (4 April 2014), Pusingan Pertama - When You Believe 


Persembahan Final (4 April 2014), Puseingan Kedua - MAMA (EXO)


Minggu 7 - Xiang Ni De Ye



Minggu 8 - Zui Chang De Dian Ying
Visit this link --> http://www.youtube.com/watch?v=bOb31N6Rb9M&list=RDbOb31N6Rb9M

Minggu 9 -  Listen



Minggu 10 - Forever Love


Rolling in The Deep



Tahniah kepada Shila Amzah..semoga bintangnya di peringkat antarabangsa akan terus bersinar..dia buatakan gua teringat dengan Allayarham Sudirman..

Jumaat, 4 April 2014

LIVE STREAMING dan Keputusan: Tonton Shila Amzah di Final 'I am A Singer' online

Memang heboh sekarang pasal Shila Amzah yang masuk final dalam pertandingan menyanyi 'I am A Singer' di Hunan, China. Bagi peminat  yang nak tengok Shila Amzah beraksi secara LIVE STREAMING online, boleh layari laman web Fengyunzhibo. Visit http://www.fengyunzhibo.com/tv/hunanweishi.htm
Shila bersama penari latarnya (Su,nner: Twitter)
Tahniah kepada Shila Amzah kerana berjaya masuk final. Menang atau tidak, dia sebenarnnya telah mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa. 

Keputusan I am A Singer: Juara - Han Lei. Shila Amzah berjaya menduduki Top 5.

Isnin, 6 Januari 2014

1001 Kontroversi: Shila geram bila akaun palsu buat fitnah bahawa dirinya sudah berkhawin


PELANTUN lagu Masih Aku Cinta, Shila Amzah ‘meletup’ ekoran satu akaun palsu di laman sosial Facebook yang memuatnaik gambar dirinya mengenakan busana pengantin dengan status berkahwin sehingga menimbulkan pelbagai reaksi daripada peminatnya.
Sebelum ini, kewujudan akaun palsu tersebut tidak diendahkan namun Shila menyifatkannya melampau selepas foto itu dimuat naik dengan kapsyen berkahwin.

>> 2 Sebab kenapa anda perlukan iPhone ini
>> Mohon Jawatan Kosong di Malaysia Airlines sekarang!
Rata-rata peminat menuduh penyanyi yang kini menetap di Shanghai itu sengaja mencetuskan kontroversi.
Namun,  menerusi akaun Instagramnya, Shila menjelaskan bahawa dirinya belum berkahwin dan tidak pernah untuk menimbulkan kontroversi.
Malah Shila yang geram dengan perbuatan melampau itu juga memberitahu bahawa perkara tersebut akan disiasat malah tidak akan melepaskan sesiapa yang terlibat.


"Semua ini melampau. Saya tidak berkahwin. Dan Sha tidak pernah timbulkan kontroversi. Akaun Facebook ini sangat melampau, boleh berhenti tak?. Dah lah ramai yang ‘like page’ penipu ini.
"Sha akan cari siapa pemilik akaun ini sampai dapat, sila sebarkan," katanya.
Katanya lagi, "untuk makluman, foto Shila yang kelihatan cantik mengenakan gaun pengantin pada malam tahun baru itu adalah untuk terlibat dengan persembahan di OrientalTV New Year Eve Countdown Concert yang memerlukannya berpakaian sebegitu demi mengikut tema perkahwinan yang ditetapkan.
Pada malam konsert tersebut, Shila telah menyampaikan lagu A Moment Like This dan sebuah lagu lagi berjudul HaoJiubujian merupakan persembahan duetnya bersama James dari Chinese Idol. - SH

P/s: Walaupun kita tak tahu siapa dalang di sebalik fitnah ini, tapi ketahui lah...Tuhan melihat segala perbuatan kita. 

Isnin, 11 Februari 2013

Shila Amzah Dilaporkan Hilang pula??

Wajah Shila di dalam klip YouTube yang dimuat naik, kelmarin. Pix: Sinar HarianSHAH ALAM: Polis mengesahkan penyanyi popular, Shila Amzah, 23, telah ditemui semula, beberapa jam selepas dilaporkan hilang sejak enam hari.

Menurut Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab Rashid Ab Wahab, pihaknya dimaklumkan tentang penemuan itu oleh bapa Shila, ND Lala sendiri semalam.

“Dah jumpa pukul 4 petang, semalam. Saya dimaklumkan oleh ayahnya (ND Lala),” katanya ketika dihubungi kepada Sinar Harian Online tengah hari tadi.

Dalam pada itu, beliau juga mengesahkan tentang laporan yang dibuat ND Lala berhubung kehilangan penyanyi itu pagi semalam.

ND Lala dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kehilangan Shila selepas pencipta lagu Patah Seribu itu tidak pulang ke rumah selepas pulang dari Shanghai, minggu lalu.

Usaha mendapat kenyataan ND Lala gagal berikutan beliau tidak menjawab panggilan telefon sejak semalam.

Rabu lalu, juara Asian Wave ini mengemas kini status di laman mikro Twitter miliknya yang memberitahu tentang keberadaannya di suatu tempat untuk mencari ketenangan.

“Sha sendirian sekarang di sesuatu tempat mencari ketenangan. Tidak bersama keluarga lagi ataupun abang (Sharnaaz). Doakan Sha selamat,” tulisnya.

Kisah cinta Shila dengan pelakon, Sharnaaz Ahmad menjadi panas ekoran kenyataan yang dibuat ND Lala melalui sebuah akhbar sebelum ini.

Selasa lalu, Shila menulis e-mel kepada semua media mengenai situasi yang dilaluinya sekarang manakala klip berdurasi empat minit, yang turut menggambarkan perasaannya, dimuat naik di YouTube kelmarin.


Sumber: Oleh Raziatul Hanum A Rajak / Sinar Harian
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/shila-amzah-dilapor-hilang-sudah-ditemui-1.129998

Sabtu, 9 Februari 2013

Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube?

Shila Amzah menangis di youtube
Terkedu. Sebak. Itu yang kami boleh katakan tatkala menonton video ini.

Buat seluruh peminat Shila Amzah di tanah air, berikut diperdengarkan sebuah video khas daripada penyanyi kesayangan anda semua ini.

Shila menyampaikan lagu Ombak Rindu sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

 
Sumber:mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/250741-video-shila-amzah-menangis-ketika-menyanyi-lagu-ombak-rindu.html

Sabtu, 17 November 2012

Shila Amzah akhirnya dapat anugerah

AIM19 baru saja habis sebentar tadi. Secara keseluruhannya, memang agak best juga. Tapi tak tau lah apa pendapat orang lain. Ini pendapat saya je walaupun tak da yang nak dengar. Huhu..

Shila Amzah. (kredit gambar untuk gempak astro)
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang khasnya Shila Amzah yang baru je dapat anugerah pertama dan keduanya di dalam Malaysia. Menang dalam kategori utama Lagu Terbaik AIM19 pulak tu. Lagunya yang bertajuk Patah Seribu memang syok dan pencapaian dia menerusi lagu tu pun kira gempak juga. Dah pernah menang kat Shanghai dulu. Dan yang paling unik, semua lirik dan lagu adalah ciptaan dia sendiri. Nah ambik kau, sapu semua piala tu..huhu..

Dan yang paling comel..bila Shila Amzah kata "cinta hatiku" kat Shanazz. Biasalah kan, orang tengah bercinta. Tak putus-putus si Shanazz tu tersengih. Semoga hubungan mereka berkekalan ke jinjang pelamin dan bahagia ke akhir hayat. 

P/s: #merapudiblog