Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube? | Boros Di Aralom

Sabtu, 9 Februari 2013

Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube?

Shila Amzah menangis di youtube
Terkedu. Sebak. Itu yang kami boleh katakan tatkala menonton video ini.

Buat seluruh peminat Shila Amzah di tanah air, berikut diperdengarkan sebuah video khas daripada penyanyi kesayangan anda semua ini.

Shila menyampaikan lagu Ombak Rindu sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

 
Sumber:mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/250741-video-shila-amzah-menangis-ketika-menyanyi-lagu-ombak-rindu.html

1 ulasan:

Amelia berkata...

ok.. sy minat dia tp wth ? kenapa nmpk mcm tergila2 kan sharnaaz sudah ? kalau xde jdoh tu sudah la, lepaskan la..diorang bkn suami isteri pon.. jagelah maruah tu