Boros Di Aralom

Rabu, 8 Februari 2017

Selva Kumar si perogol bersiri kini bebas di Malaysia..polis pun tidak boleh menyentuhnya!

Dia merupakan seorang perogol bersiri yang dipercayai telah melakukan jenayah seksual terhadap lebih 1000 mangsa. Akibatnya, dia telah ditangkap dan dijatuhi hukuman penjara selama 24 tahun. Namun kini, dalam usia 57 tahun, Selva Kumar kembali bebas semula. Dan yang lebih merisaukan, dia telah diusir keluar dari Kanada dan kembali semula ke negara kelahirannya....Malaysia.
Selva Kumar kembali ke Malaysia

Siapa kah sebenarnya Selva Kumar Subbiah?
Dia merupakan seorang perogol bersiri dan telah didakwa pada tahun 1992 atas kesalahan merogol antara 500 hingga 1000 mangsa wanita di Kanada. Selva Kumar dipercayai tiba di Kanada pada tahun 1980 dan pernah menuntut di Universiti McMaster dan Universiti Ryesen dalam jurusan agama. Namun selama dia berada di Kanada, Selva tidak mendapat tara penduduk tetap dan hanya menggunakan visa pelajar dan pelawat. Dia merupakan penganut agama Yahudi (namun tidak mengamalkan ajaran agama tersebut).

Siapa mangsanya?
Mangsanya termasuklah wanita bawah umur semuda 14 tahun. Selain merogol, Selva turut memukul dan memeras ugut para mangsanya sehingga mangsa menjadi malu, trauma dan tertekan. Selva dikatakan cukup terperinci dalam mencari mangsa. Mulanya, dia akan menyamar sebagai agen iklan atau agen haiwan peliharaan sebelum mengajak mangsa untuk minum bersamanya. Selva kemudiannya akan memasukkan dadah ke dalam air minuman mangsa. Mangsa akan menjadi pening dan kemudiannya tidak sedarkan diri. Maka dalam keadaan inilah Selva Kumar akan mengambil kesempatan untuk membogelkan mangsa dan merogol serta mengambil gambar mangsa.
Selva Kumar dipenjara 24 tahun atas kesalah rogol di Kanada

Seorang yang bebas selepas hukumannya tamat
Selepas tamat menjalani tempoh hukumannya, kerajaan Kanada telah bertindak mengusir dan mengantar Selva Kumar pulang ke negara asalnya, Malaysia. Pada tanggal 7 February 2017, Selva selamat tiba di KLIA namun menggunakan laluan keluar di bahagian belakang lapangan demi untuk mengelak daripada bertembung dengan orang ramai dan para wartawan.

Menurut pihak polis, Selva Kumar merupakan rakyat bebas di negara ini dan memiliki taraf yang sama dengan rakyat jelata yang lain. Pihak polis sendiri pun tidak boleh menyentuh atau menangkapnya melainkan jika dia melakukan jenayah.

Disebabkan oleh statusnya sebagai rakyat bebas ini telah menyebabkan hampir seluruh rakyat Malaysia menjadi risau dan merasa kurang selamat terutamanya di kalangan wanita. Walaupun Selva dikatakan akan melaporkan diri kepada pihak polis secara sukarela, namun ianya belum cukup untuk memuaskan hati rakyat Malaysia yang rata-ratanya menolak kepulangan perogol bersiri ini.

Berikutan kepulangan Selva Kumar ke Malaysia ini, Sabah dan Sarawak dilaporkan telah mengambil langkah awal dengan menyekat kemasukan perogol bersiri itu ke negeri masing-masing.

Selasa, 31 Januari 2017

Tebus Mata Ganjaran #PetronMiles dengan minuman tin jer

Sebelum saya membebel lembut, marilah kita sama-sama bertafakur sejenak dengan berita kenaikan harga minyak petrol dan diesel di negara kita yang tercinta ini berkuatkuasa esok bersamaan 1 February 2017....alaa..tak banyak, 20sen jer...adoiyai...~ tak banyak kepala hotak kau!!

Ok, daripada asyik menyalahkan Pak Jib..apa kata kita lihat perkara perkara positif di sekeliling kita pula..biar hati tenang dan tenteram gitu,,hari ini saya nak cerita pasal Petron Miles. Ya, saya ini pengguna setia minyak Petron sejak ia wujud beberapa tahun lalu selepas 'membaham' ESSO. Di awal kewujudannya, Petron dah pun melaksanakan program #PetronMiles untuk pengguna setia mereka. Dengan setiap pembelian, pengguna boleh mengumpul mata dengan menggunakan kad Petron Miles. Anda boleh memperolehinya secara percuma di mana-mana stesen Petron. Setiap RM1 yang dibelanjakan akan memberi 1 mata untuk anda. Tapi mata ini hanya boleh dikumpul melalui pembelian petrol atau diesel saja tau..kalau beli barang makanan or minyak pelincir kat dalam kedai Petron, memang tidak akan dapat apa-apa mata ganjaran...habuk pun tak dak.
Kad Petron Miles...dah lapuk tapi masih berguna

Hari ini semasa pulang dari tempat kerja, saya sengaja menyinggah stesen Petron dekat Rugarding sana...walaupun ura-ura kenaikan harga minyak sudah tersebar secara meluas, namun stesen itu tidaklah begitu padat dengan kereta...tak tahulah pula macam mana keadaannya sekarang. Selain mengisi minyak, saya mengambil peluang itu untuk menebus mata ganjaran Petron Miles. Jumlah terkumpul tak lah begitu banyak, sekitar 2000 point saja. Ngam-ngam masa ni, mereka sedang buat promosi penebusan mata ganjaran. Antaranya ialah minumah tin soya, 100plus, Nescafe white coffee, milo dalam kotak dan milo packet. Saya pilih 100plus, soya dan Nescafe..dalam 2000point tu, saya menebus semuanya dengan 6 tin 100plus, 6 tin soya dan 4 tin nescafe. Err...sikit tapi kalau saya minta dengan korang...belum tentu korang mau bagi...hahaha

Walaupun promosi penebusan petron miles itu tak lah gempak sangat tapi saya rasa berbaloi lah juga kalau kita jadi pengguna setia kan. Dapat juga kumpul point yang boleh kena convert jadi minuman tin. Selain menebus mata ganjaran Petron Miles dengan minuman tin, anda boleh juga menebus dengan isian petrol / diesel. Kumpul sehingga 3000 point dan tebus dengan isian minyak bernilai RM45. Sebelum ini, saya memang suka menebus mata ganjaran petron dengan isian semula minyak tapi kali ini nak tukar angin pula..nak merasa minuman tin ber tin tin pula.
Inilah minuman tin yang bertin-tin

Cara menebus mata ganjaran Petron Miles ini tersangatlah mudah..hanya bawa kad Petron Miles dan pergi lah jumpa cashier kat kaunter tu. Cakap nak tebus mata ganjaran. Pastikan jumlah mata ganjaran itu mencukupi sebelum pergi kaunter. Alaaa..senang ja nak cek, korang boleh cek melalui resit pembelian minyak atau melalui online di laman web Petron Miles gitu. Kalau tak suka minuman tin dan isian semula minyak..kumpul lah point sebanyak mungkin...nanti boleh lah tebus dengan gadget-gadget canggih juga.
Santapan malam..hasil tukaran mata ganjaran Petron Miles

Sekian perkongsian dari saya mengenai Petron Miles ini. Teringin juga nak menebus mata ganjaran dengan beras atau minyak masak tapi kat stesen tu tiada offer pulak dah..mungkin pasal penarikan subsidi minyak masak lah penyebabnya...huh!! Dulu ada..sekarang tiada...kesian!

Lagi Info Menarik: