Boros Di Aralom

Sabtu, 9 Februari 2013

Kenapa Shila Amzah menangis di Youtube?

Shila Amzah menangis di youtube
Terkedu. Sebak. Itu yang kami boleh katakan tatkala menonton video ini.

Buat seluruh peminat Shila Amzah di tanah air, berikut diperdengarkan sebuah video khas daripada penyanyi kesayangan anda semua ini.

Shila menyampaikan lagu Ombak Rindu sambil menangis ketika dia meluahkan rasa sedih terhadap masalah yang berlaku melibatkannya, keluarga serta kekasih, Sharnaaz Ahmad.

Rakaman itu dipetik daripada laman YouTube yang dimuat naik oleh Shila.

"Saya memohon maaf terhadap apa yang telah terjadi beberapa minggu ini. Saya juga merindukan ibu dan ayah," katanya.

Dalam rakaman itu Shila turut menangis teresak-esak sambil mendendangkan lagu yang dipopularkan oleh penyanyi Hafiz dan Adira.

Difahamkan, Shila kini sedang bersendirian di sebuah tempat yang dirahsiakan bagi mencari ketenangan tanpa keluarga mahupun Sharnaaz.

Konflik hubungan cinta pasangan artis itu timbul apabila hasrat Sharnaaz, 27, untuk memperisterikan Shila, 23, ditolak oleh ND Lala.

Lebih memburukkan keadaan apabila usaha Sharnaaz untuk mengendurkan ketegangan menemui jalan buntu apabila bapa Shila itu dikatakan mengelak untuk berkomunikasi dengan aktor tersebut.

Pada malam Selasa lalu, Shila telah menghantar surat terbuka kepada media bagi menjelaskan konflik tersebut. Malah dia turut meluahkan perasaannya menerusi Twitter tidak mahu terlalu dikongkong lagi oleh keluarganya.

Dalam pada itu tindakan Shila Amzah bertindak meluahkan rasa hatinya sambil menangis ketika menyanyikan lagu Ombak Rindu kerana lagu tersebut benar-benar menyentuh mengenai perjalanan hidupnya.Ombak Rindu nyanyinya Hafiz dan Adira itu antara lain berkisah mengenai hubungan cinta pasangan kekasih yang sedang menghadapi cabaran.

Liriknya juga turut merayu kepada Tuhan agar membuka hati pasangannya demi cinta mereka yang telah ditanam sejak sekian lama.

 
Sumber:mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/250741-video-shila-amzah-menangis-ketika-menyanyi-lagu-ombak-rindu.html

Jumaat, 8 Februari 2013

Randy Pangalila Rancang Kahwin Michella Putri Dua Tahun Lagi ??

Randy Pangalila
Pelakon kelahiran Indonesia yang semakin mendapat perhatian peminat-peminat tanah air, Randy Pangalila dikhabarkan sudah bersedia untuk menamatkan zaman bujangnya. Terbaru, ada laporan menyebut aktor yang mula dikenali di Malaysia menerusi drama Dalam Hati Ada Taman ini merancang mahu berkahwin dalam masa dua tahun lagi.

Target nak kahwin dua tahun lagi", kata Randy seperti yang dilaporkan KapanLagi.com.

Randy mengaku sedang menjalinkan hubungan cinta dengan bintang sinetron Michella Putri sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun menurut Randy, dia tidak mahu terlalu mendedahkan pada umum mengenai kisah cintanya bersama pelakon Nada Cinta itu.
Michella Putri
"Dia dari dunia seni juga. Ya, belajar dari pengalaman sebelum ini, saya tidak mahu terlalu mendedahkan mengenai kisah cinta saya," jelas jejaka yang pernah menjalin cinta dengan model cantik Donita ini.

Sumber: mD
http://www.malaysiandigest.com/entertainment/249691-randy-pangalila-kahwin-dua-tahun-lagi-randpunk90-randypangalilla.html