Yehaa! Selasa lalu gua ada beli adapter laptop acer dari laman web ebay. Harganya cuma USD0.92 tapi lepas campur dengan charge postage maka harganya pun melonjak kepada USD20. Kalau convert kepada ringgit Malaysia (RM) mungkin adalah dalam sekitar RM70. Tapi memang berbaloi sebab kalau gua beli kat kedai-kedai tempatan di KK ni, memang harganya mahal. Boleh mencecah sampai RM180. Cuma kelebihannya kalau beli kat kedai terdekat memang cepat boleh guna. Kalau beli dari US memang agak mengambil masa untuk sampai kepada kita. Tapi tak lah lama sangat. Gua beli guna paypal hari Selala lalu dan sampai pada hari Khamis seminggu selepas itu. So, tempoh delivery dari US ke Malaysia tu adalah dalam lebih kurang sembilan hari campur Sabtu Ahad.
Gua bukannya tak nak beli kat kedai terdekat di KK ni cuma sekarang gua kekeringan $$$$. Terpaksa bajet perbelanjaan. Nak mintak kat mak bapak pun gua tak sampai hati. Huhu. Tapi tak pe lah, sekarang gua dah boleh guna laptop antik gua ni semula untuk melangsaikan tugas harian tambah lagi sekarang ni gua praktikum sakan. Nasib baik lah adapter ni sampai awal sebab minggu ni gua kena supervision dari penyelia akademik. Dia nak tengok rakaman gua dan sudah tentu kalau nak tengok tu gua kena guna laptop. Jangan saja laptop ni buat hal lagi, sudahlah.
P/s: legaa :)
1 ulasan:
Satu tindakan yang bijak...
Tikus gergasi
Catat Ulasan