Fuh! macam cerita bersiri pulak gua punya entri ini. Tak habis-habis asyik cerita pasal praktikum ja. Tapi tak pe, gua pun ketandusan idea jugak nak buat cerita apa kat dinding blogger ni. O ya, sekarang gua dah sebulan berpraktikum kat Institut Kemahiran MARA cawangan Kota Kinabalu. Memang banyak perkara baru yang gua dapat. Especially students yang memang banyak karenah. Tapi tak pe, itu adalah ragam manusia dan memang sangat menarik bila kita berpeluang untuk meneroka kehidupan mereka satu persatu. Selain bersemuka dengan banyak student IKM, gua juga berpeluang untuk mengenali lebih mendalam mengenai staff-staff kat sana. Memang sporting dan gua juga semakin sangat selesa berkawan dengan mereka.
Hari ini, gua punya penyelia akademik yang juga pensyarah gua kat UMS datang untuk membuat penyeliaan. Biasa lah kalau pelajar praktikum ni kan. Nerveous tak tentu pasal. Dan seperti yang disangka, memang banyak yang perlu gua perbaiki dalam praktikum ini. Yang paling buat kami pening kepala pula ialah selama 4 minggu dah berpraktikum, rupanya kami berpayung dengan penyelia lapangan yang salah. Macam mana boleh berlaku ya?? gua pun keliru. Baru petang tadi Timbalan Pengarah menerangkan dan memaklumkan dan membahaskan kedudukan sebenar kami dalam organisasi. Harap tak berlaku lagi perkara macam ni.
Lagi kan....gua ada sedikit kecewa sebab permohonan cuti dua minggu kami ditolak oleh pihak UMS. IKM dah luluskan tapi UMS pulak yang tak bagi. Student IKM semuanya bercuti, jadi kami nak buat sesi kaunseling dengan siapa? Adei..pening. But, apa boleh buat kan, dah prosedur dia macam tu. Pengajaran lagi. Makanya, kini kami perlu melaksanakan praktikum selama dua minggu di 'double setting' nampaknya. So, dalam perancangan, kami akan buat double setting di sekolah menengah. Buat sesi kaunseling dengan student. Kan bagus kalau benarkan kami buat praktikum kat setting sekolah awal-awal. Aman dunia.
Hari Isnin ni, kena mengurus itu ini lagi untuk double setting punya pasal. Bikin gua tekanan saja. Haih!..cukup la stakat ni. Lain kali gua sambung lagi. Doa kan kejayaan gua ya..peace!
2 ulasan:
Selamat berpraktikal.. :-)
sian ta dpt cuti..saba ye :)
Catat Ulasan