Bekas tentera libas ibu dengan parang kerana marah ditegur buang padi | Boros Di Aralom

Rabu, 4 April 2012

Bekas tentera libas ibu dengan parang kerana marah ditegur buang padi


Pisau Rambo (sekadar gambar hiasan)

SIBU: Seorang bekas tentera tiba-tiba mengamuk dan melibas ibunya dengan sebilah parang ‘Rambo’ selepas ditegur membuang empat guni padi yang baharu sahaja dituai ke sungai di sebuah kawasan sawah padi di Kemuyang pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi semalam, mangsa yang dikenali sebagai Nuyeah  Irai, 61, berasal dari Rumah Tinggang, Pasai-Bon cedera di bahagian lengan dan bahu kanan selepas dilibas oleh anaknya, Jupillin, 35, yang dipercayai naik angin kerana ditegur ibunya membuang empat guni padi ke dalam sungai.
Menurut laporan, Jupillin juga menyerang ayahnya, Kilat, 51, dan hampir mencederakan namun ayahnya sempat mengelak daripada ditetak oleh anaknya yang juga mengalami masalah mental sejak menjadi tentera enam tahun lalu. Pasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bersama unit anjing pengesan (K9) dan beberapa orang anggota  tiba di tempat kejadian sekitar jam 9 pagi namun Jupillin telah melarikan diri ke kawasan hutan yang berdekatan.

Pasukan polis terpaksa meredah kawasan berpaya dan mengambil masa 45 minit untuk menjejaki suspek sebelum berjaya menahannya di dalam hutan kira-kira dua kilometer daripada tempat kejadian. Suspek kemudiannya dibawa ke balai polis.

Menurut ibunya, Jupillin pernah diberi preskripsi ubat namun enggan memakannya, malah kad hospitalnya juga telah dibakarnya sebelum ini. Katanya, sebelum kejadian Jupillin juga tinggal di pondok sawah padi mereka sejak dua bulan yang lalu.
Read more: sumber

Mungkin saja suspek ini mengalami pengalaman ngeri pada masa lalu yang seterusnya mengganggu keseimbangan emosinya kini. 


Kasino på nett

Tiada ulasan: