Teknik SEO blog terkini? Rasanya pada saya tidak jauh beza dengan teknik SEO sebelum-sebelum ini. Yang menjadi perbezaan, pengiraan atau algoritma daripada sesebuah enjin carian sahaja terutama Google.
Bagaimanapun, teknik SEO blog umpama sebuah puzzle yang harus diperbaiki dan diubah sedikit demi sedikit. Oleh yang demikian, teknik SEO ini juga terpaksa mengikut rentak enjin carian seperti Google yang sentiasa berusaha untuk memperbaiki algoritma mereka agar keputusan carian (SERP) adalah lebih tepat.
Dalam artikel ini saya akan kongsikan 10 teknik SEO blog terkini yang boleh dianggap sebagai peringatan kepada pembaca terutama rakan-rakan blogger yang sering tercari-cari apa itu SEO sebenarnya.
10 Teknik SEO Blog Terkini
- Gunakan tajuk/title yang relevan dan bebeza serta bersesuaian dengan kata kunci/keyword yang digunakan dalam sesebuah laman atau artikel.
- Tulis artikel yang menarik dan utamakan kandungan penulisan yang asli. Hindari perbuatan plagiat (kecuali fakta). Tulis artikel yang benar-benar menarik dan mampu menarik minat pembaca untuk menghabiskannya. Jangan lupa masukkan kata kunci yang disasarkan.
- Gunakan anchor text untuk link ke artikel yang berkaitan (inbound link). Anda juga boleh menggunakan plugin SEO Smartlinks.
- Pastikan blog atau laman anda mudah dimasuki, laju dan pantas (fast loading). Ini kerana page load menjadi salah satu faktor penentu dalam SERP di Google.
- Kemaskini atau tambah artikel blog anda secara berkala, sehari sekali pun jadilah.
- Tema atau rekabentuk sesebuah blog juga memain peranan, pastikan ianya mesra pengunjung dan juga mesra SEO. Melalui pengalaman saya, Thesis dan Genesis merupakan salah sebuah tema yang benar-benar mesra SEO.
- Bina backlink yang berkualiti dan bukannya dengan kuantiti yang banyak sahaja.
- Gunakan media sosial seperti Twitter dan Facebook untuk mempromosikan artikel atau blog anda sebaik-baiknya.
- Lebih menarik lagi jika anda tambahkan video di dalam artikel anda, agar ianya menarik minat pembaca untuk berkunjung dengan lebih lama.
- Terbaru dan terkini, pastikan blog anda bersedia dengan pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar. Saya menggunakan plugin MobilePress, mudah dan ringkas untuk pelawat yang menggunakan tablet atau telefon pintar.
Apa macam? Menarik atau tidak 10 teknik SEO blog yang saya kongsikan di atas? Bagaimana pula dengan pendapat anda? Pasti anda juga mempunyai teknik SEO tersendiri, kongsikan dengan saya melaui komen di bawah. Teknik SEO Blog
Tiada ulasan:
Catat Ulasan