KUCHING: Sepuluh pelajar termasuk seorang kakitangan Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang sesat ketika mendaki Gunung Santubong malam kelmarin berjaya diselamatkan sepasukan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat.
Ini merupakan insiden kedua membabitkan pelajar daripada universiti itu yang tersesat semasa mendaki gunung tersebut pada tahun ini.
Ekspedisi pendakian gunung itu disertai 73 orang yang dibahagikan kepada dua kumpulan di mana kesemua mangsa dikatakan ketinggalan jauh di belakang daripada kumpulan lain sebelum mereka tersesat.
Insiden itu menyebabkan dua pelajar wanita mengalami cedera ringan di kaki.
Pasukan Bomba tiba di tempat kejadian 10 minit kemudian selepas dimaklumkan oleh polis di Santubong sekitar jam 7.55 malam. Operasi mencari dan menyelamat yang memakan masa beberapa jam akhirnya berjaya menemui kesemua mangsa.
Read more: sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan