Keputusan rasmi PRK Teluk Intan: BN menang tipis 238 undi | Boros Di Aralom

Ahad, 1 Jun 2014

Keputusan rasmi PRK Teluk Intan: BN menang tipis 238 undi

Keputusan rasmi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan, BN menang dengan majoriti tipis. Calon BN yang juga merupakan presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong berjaya mengalahkan calon muda dari DAP merangkap setiausaha politik Lim Kit Siang, Dyana Sofya Mohd Daud, dengan majoriti tipis sebanyak 238 undi. 
Kotak undi tiba di pusat penjumlahan undi PRK Teluk Intan

Menurut statistik dari SPR, bilangan pengundi yang keluar merudum kepada 39, 850 atau 66.5% di semua 35 pusat pengundian. Parlimen Teluk Intan mempunyai 59,927 jumlah pengundi yang terdiri daripada 42% Cina, 38% Melayu, 19% India dan yang selebihnya adalah dari kaum lain.

Kemenangan ini sekaligus menyaksikan BN merampas semula kerusi P76 Teluk Intan dari DAP.

Semoga Mah dapat menepati janjinya untuk melajukan internet dan membina universiti baru kat Teluk Intan. Kepada Dyana, semoga maju jaya..

Oh ya, kepada Mah Siew Keong, selamat menjadi menteri..agak-agak menteri apa you akan dapat ya? I bet you will be Menteri Pengangkutan..lu memang bertuah lah..jangan lupa ucap terima kasih kat raja bomoh.

Lagi Info Menarik:

Tiada ulasan: