Peminat Brazil maut terkena serangan jantung ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile | Boros Di Aralom

Isnin, 30 Jun 2014

Peminat Brazil maut terkena serangan jantung ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile

Bagi korang yang kaki bola dan tak pernah terlepas menonton perlawanan bola sepak world cup yang sedang rancak berlangsung sekarang, saya pasti korang pun berdebar-debar ketika menonton perlawanan Brazil vs Chile malam semalam. Perlawanan yang terpaksa diheret sehingga ke penentuan sepakan penalti itu memang begitu mendebarkan. 
Sepakan penalti terakhir Brazil dijaringkan oleh Neymar
Ini adalah amaran kepada sesiapa yang ada simptom-simptom penyakit jantung. Seorang lelaki berusia 69 tahun maut ketika menyaksikan penentuan sepakan penalti antara Brazil dan Chile. Mangsa dipercayai mengalami sesak nafas sebelum dihantar ke hospital. Kejadian itu berlaku di sebuah bar yang berdekatan dengan Stadium Meneiro di Belo Horizonte.

Mangsa yang juga penghidap diabetis itu pada mulanya mengadu kurang sihat dan kemudian dibawa ke hospital namun dia meninggal sejurus tiba.

Selain mangsa malang tersebut, pihak hospital juga melaporkan bahawa mereka telah merawat sekitar 98 penyokong ketika perlawanan Brazil vs Chile berlangsung termasuklah seorang wanita 50an yang mempunyai masalah jantung dan seorang remaja lelaki yang patah hidung selepas terlibat dengan pergaduhan.

Perlawanan Brazil vs Chile berakhir 1-1 sehingga masa sebenar dan masa tambahan tamat. Walaubagaimanapun, Brazil menang dalam penentuan sepakan penalti dengan keputusan 3-2.


Tiada ulasan: