Lelaki ini pasti buatkan anda nak jadi 'mayat' | Boros Di Aralom

Isnin, 16 Jun 2014

Lelaki ini pasti buatkan anda nak jadi 'mayat'

Kerjaya sebagai pekerja teknologi maklumat ternyata tidak cukup untuk membawa kepuasan kepada seorang lelaki sehinggalah dia menukar kerjaya menjadi ‘mayat'.

Chuck Lamb, 56, memperoleh sehingga AS$1,500 (RM4,828) sehari kerana melakonkan watak mayat dalam beberapa rancangan televisyen dan filem. Sebelum ini Lamb pernah muncul dalam siri televisyen seperti Jury dan filem Horrorween dan Kentucky Fried Horror. Lamb mendapat idea kerjaya unik itu selepas menonton satu episod siri Law & Order: Special Victims Unit bersama isterinya Tonya.

Lamb berkata, dia mengimpikan watak yang membolehkan dia muncul di televisyen seperti siri penyiasatan itu. “Ia semua bermula sebagai gurauan. Saya kemudian menyedari anda tidak perlukan sebarang bakat untuk menjadi mayat!” katanya. "Saya tidak akan dipanggil untuk menjadi watak utama kerana rupa saya yang sebegini. Jadi saya fikir, lebih baik saya gunakan sehabis baik apa yang Tuhan telah kurniakan kepada saya." 

"Apabila saya mula melakukan kerja ini, saya fikir, 'Saya benar-benar kelihatan seperti orang mati.' Saya pucat, saya botak, saya ada lebam di bawah mata dan saya sangat sesuai melakonkan watak zombi atau seorang lelaki yang mati," kata Chuck Lamb.

Sumber: Says

Daripada jadi 'mayat hidup'...elok jadi 'mayat' macam Chuck Lamb..jom tengok gambar-gambar dia jadi mayat.





Tiada ulasan: