Suami Kutip Cebisan Daging Isteri Selepas Berkecai Digilis Lori Pasir | Boros Di Aralom

Khamis, 19 Jun 2014

Suami Kutip Cebisan Daging Isteri Selepas Berkecai Digilis Lori Pasir

Sungguh tabah dan cekal hati seorang suami ini apabila sanggup mengutip cebisan mayat isterinya selepas maut digilis lori pasir dalam kemalangan.
Hafiz tabah menghadapi situasi ini
Pagi Selasa, berlaku satu kemalangan ngeri melibatkan sepasang suami isteri Muhammad Hafiz Ab Rahman, 28, menghantar isterinya, Noorshah Ahmad, 34, ke tempat kerja dari rumah mereka di Taman Seri Budiman, Mahkota Cheras. Menurut Hafiz, kemalangan yang meragut nyawa isterinya itu berlaku berhampiran pusat beli-belah Cheras Leisure Mall dan keadaan lalu lintas ketika itu sesak menyebabkan dia menunggang motosikal dengan menyelit antara sebuah lori pasir yang melalui jalan itu.

Lori yang terbabit dalam insiden malang itu
Dalam keadaan yang sempit disebabkan oleh pembinaan MRT, motosikal yang dibawanya cuba mengelak sebuah kereta mewah dihadapannya lalu hilang kawalan dan terjatuh ke bawah lori yang berada di belakang mereka. Katanya, sebaik terselamat dia menoleh ke belakang untuk melihat nasib isterinya dan tanpa disangka tubuh isterinya cedera teruk kerana digilis salah satu tayar lori tersebut.

Dalam keadaan terkejut, tergamam, dia mendapatkan isterinya yang terbaring di atas jalan tidak bernyawa lagi dan keadaan fizikal yang sangat menyayat hati. Melihat keadaan isterinya dalam kedaan begitu lantas beliau membuka baju bagi menutup mayat isterinya. Orang ramai kemudiannya memberikan sehelai lagi baju untuk menutup mayat tersebut. Si suami kemudiannya turut sama mengumpul cebisan mayat isterinya bersama anggota trafik yang tiba.

“Saya tidak dapat berbuat apa-apa selain berlari ke jalan dan mengutip organ dalaman isteri saya seperti jantung, hati dan paru-paru yang berselerakan di atas jalan,” kata Hafiz dengan nada sedih. Dia juga berhempas pulas membersihkan darah yang memenuhi jalan raya, sesuatu yang pasti tidak mampu dilakukan kecuali bagi mereka yang berhati cekal dan tabah.
Hafiz turut membersihkan darah di kawasan kemalangan
Mereka yang sudah beberapa tahun mendirikan rumah tangga dikurniakan seorang anak lelaki, Mohd. Adam Mishary berusia enam bulan.

Salam Takziah Diucapkan Kepada Saudara Hafiz. Semoga Hafiz Tabah Menghadapi Ujian Dari Tuhan. Sesungguhnya, Setiap Kejadian Itu Pasti Ada Hikmahnya.

Sumber: Says

Tiada ulasan: