Jakim baru-baru ini telah menyatakan bahawa seorang lelaki boleh berpoligami tanpa kebenaran si isteri. Namun demikian si suami perlu memenuhi beberapa syarat yang ditentukan oleh Jakim sekiranya mahu menambah isteri.
Ahad, 26 Julai 2015
Rabu, 22 Julai 2015
10 Ciri Lelaki Idaman Wanita
Adakah anda memiliki ciri-ciri lelaki yang menjadi idaman para wanita kat luar sana? Selain memiliki wajah yang tampan, wanita juga mengidamkan lelaki yang mempunyai ciri-ciri idaman seperti berikut.
10 Ciri lelaki idaman wanita.
1. Sopan santun. Bercakap dengan sopan dan tidak meninggikan suara sesuka hati terutamanya dengan orang yang lebih tua. Serta menjaga tatasusila bila berada di tempat awam.
2. Berpakaian kemas. Bila lelaki berpakaian kemas, dia akan kelihatan lebih macho dan matang.
3. Ambil berat. Ramai wanita suka pada lelaki yang mengambil berat tentang orang lain serta menjadi pendengar yang baik. Cuba anda uji si dia dengan mengadu masalah anda samada ditempat kerja atau lain-lain. Kalau si dia buat tidak endah, tinggalkan dia dan cari lelaki lain
4. Bersikap senonoh. Kita biasa nampak lelaki yang suka sendawa atau kentut tak tentu tempat. Bila si wanita bersama dengan lelaki yang tak tahu bersikap senonoh macam ini, mesti dia akan rasa malu.
5. Mudah minta maaf. Bila dia buat salah, dia akan mengakui kesalahannya dan meminta maaf. Lelaki macam ini memang mudah mendapat tempat di hati para wanita.
6. Tidak merokok. Ramai lelaki yang merasa diri mereka macho dan segak bila memegang rokok di jari. Tapi harus diingat, ramai wanita tidak suka apabila pasangan mereka merokok.
7. Bijak. Lelaki yang bijak bukan sahaja diukur dari segi pencapaian akademiknya malah juga diukur dari segi bagaimana dia berhadapan dengan masalah hidup. Wanita lebih suka pada lelaki yang sentiasa berfikiran positif dan boleh menyelesaikan masalah dengan baik. Termasuklah cepat memahami kehendak hati wanita.
8. Penyanyang. Sentiasa mengambil berat tentang pasangannya. Bukan sahaja terhadap pasangan malah juga terhadap orang lain dan binatang. Kalau si lelaki memiliki haiwan peliharaan, dia akan kelihatan lebih comel.
9. Berkerjaya dan berwawasan. Jika anda seorang lelaki yang memiliki kerjaya sendiri, memang mudah nak cari pasangan. Sebab, ramai wanita akan memilih lelaki yang stabil dari segi kewangan untuk dijadikan teman hidup.
10. Beriman. Tidak suka hidup berfoya-foya malah patuh terhadap suruhan agama. Lelaki macam ini memang top di hati para wanita soleh.
Demikianlah ciri-ciri lelaki idaman wanita. Semoga tips ini dapat membantu anda menjadi lelaki sejati idaman para wanita kat luar sana.
Sabtu, 18 Julai 2015
10 Sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta dengan teman wanita
Memang pedih dan kecewa hati bila seseorang itu putus cinta. Sampai ada yang sanggup bunuh diri tak kiralah lelaki atau perempuan. Salah satu pertanyaan yang sering berlegar di minda terutama mereka yang baru sahaja putus cinta ialah 'kenapa?'..kenapa dia tinggalkan aku? Kalau anda seorang wanita yang baru mengalami putus cinta dan nak tahu kenapa anda ditinggalkan kekasih, mungkin ada jawapan kat bawah ini.
Ini dia 10 sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta dengan teman wanitanya.
1. Si wanita suka membebel. Kalau korang bersikap macam mak korang yang suka membebel tak tentu pasal, maka jangan hairan kalau si lelaki tetiba malas nak berdamping dengan anda.
2. Si wanita tidak menghargai si lelaki. Wahai wanita, hargailah dan terimalah si dia seadanya. Kalau si dia memberi anda hadiah sebijik gula-gula saja pun, mengucap syukurlah selalu. Lelaki suka pada wanita yang suka menghargai dan tidak terlalu demand.
3. Terlalu emosional. Kalau benda kecik pun nak merajuk, memang kebanyakkan lelaki tak suka layan. Mungkin makin meluat kot.
4. Suka memanipulasi. Nah, ini memang jenis perempuan jalang bertopeng catwoman berlidah ular suka cakap belit-belit. Dengan niat supaya si lelaki ikut cakapnya. Kena beringat, lelaki ini pun ada egonya. Bila mereka dah tak tahan dimanipulasi, maka bye bye la jadinya.
5. Suka bagi alasan. Kalau korang dah janji untuk keluar makan ker..keluar dating hujung minggu ker..tetiba tak jadi pula..bagi banyak alasan pula..memang akan buat si lelaki makan hati. Kalau sekali dua tak per lah..tapi kalau dah berbulan bagi alasan maka itulah tandanya hubungan korang bakal berakhir.
6. Si wanita cuba mengubah si lelaki. Kalau lelaki itu suka pakai fesyen retro sejak dari kecil, tak perlu lah si wanita terhegeh-hegeh nak ubah pasangannya menjadi Justin Bieber pulak. Atau pun kalau si lelaki dah minat dengan Liverpool sejak kecil, tak perlu lah korang paksa dia minat dengan Manchester United yang korang minat tu pulak. Faham tak maksud tersirat ni?
7. Si wanita curang. Benda ni tak perlu dihuraikan panjang lebar. Memang bila pasangan curang, kebanyakkan hubungan percintaan akan hancur dek kerana orang ketiga.
8. Pasangan hilang perasaan sayang. Kebanyakkan lelaki suka pada wanita yang suka merajuk dan cemburu bertempat. Almaklumlah..cemburu tu tandanya sayang. Masa tu lah si lelaki akan pujuk-pujuk senangkan hati teman wanitanya yang sedang pilu...ceewah! Tapi kalau si wanita langsung tak der perasaan cemburu..memang ada something wrong..
9. Suka merendahkan pasangan. "Hey..gaji I RM5000 sebulan..gaji U baru RM2000 sebulan.. siapa menang?"...ermmm...please do not underestimate your parner..wahai wanita. Jangan cuba permainkan ego lelaki. Silap haribulan, si lelaki akan tawar hati dan cari perempuan lain yang lebih sopan santun dan menghormatinya.
10. Si lelaki tak cintakan korang. Mungkin selama ini, lelaki tu hanya menganggap korang sebagai adik atau kawan biasa jer. Cuma korang yang melebih-lebih fikir yang si dia ada perasaan cinta pada korang. Padahal, mungkin sikapnya memang macam tu. Loving and caring to everybody...warak dan hensem pulak tu..wanita mana tak cair.
Selain 10 sebab kenapa lelaki mahu putuskan hubungan cinta ini, satu lagi sebab kenapa lelaki putuskan hubungan cinta dengan korang ialah kerana lelaki itu memang jenis lelaki buaya atau lelaki kaki kikis. Suka yang sedap-sedap jer. Habis madu sepah dibuang. Berhati-hatilah wahai wanita sekalian dengan lelaki macam ni ya.
Sekian.
Cara beli kereta baru tanpa deposit tanpa interest
Nak beli kereta baru? Kala ada bajet cukup, memang no problem la kan. Macam-macam kereta korang boleh beli. Contohnya Vokswagon Polo ni. Harga boleh tahan juga.
Dan yang paling best, sekarang ni Volkswagon tengah rancak dengan promosi Raya 0 Down payment 0 interest. Malah boleh jimat lebih RM50,000 kalau nak beli kereta baru. Fuyoo...
Cara beli kereta baru tanpa deposit dan tanpa interest. Terjah saja laman web Volkswagon Malaysia ni. Semua info ada kat sana.
Tadi, terdetik juga hati gua nak rembat satu Polo Sedan..tapi apakan daya, gua tetap sayang pada yang satu sedang parking kat luar rumah tu.
Jumaat, 17 Julai 2015
Gorilla ini beri isyarat jari tengah terhadap jurugambar..adoyai!!
Nah korang...siapalah yang ajar gorilla ini beri isyarat jari tengah yer..mesti suka tengok wrestling..siapa erk yang suka buat isyarat ni? Stone Cold ker kalau tak silap saya..hohohoo
(sumber)
P/S: By the way...kalau guna bahasa kasar..inilah yang dinamakan sebagai isyarat 'F*ck You'..
Langgan:
Catatan (Atom)