Boros Di Aralom: BR1M
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BR1M. Papar semua catatan

Sabtu, 15 November 2014

Tun Mahathir kata BR1M umpama merasuah rakyat..apa kata Najib?

SHAH ALAM - Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) oleh kerajaan tidak ubah seperti memberi rasuah kepada rakyat. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, itu antara sebab utama beliau menentang pemberian bantuan tunai pada skala besar seperti itu.

"Jika ia (BR1M) diberikan hampir pada tarikh pilihan raya atau jika manifesto menjanjikan ia (pemberian tunai), tanggapan bahawa (BR1M digunakan) untuk membeli undi memang tidak boleh diketepikan.

"Jika ingin naikkan pendapatan (rakyat), ia perlu dibuat dengan menghasilkan peluang bekerja atau berniaga," katanya dalam artikel baharu bertajuk BR1M yang disiarkan di blog beliau, chedet.cc.

Mengakui dirinya bukan pakar ekonomi atau kewangan terlatih, Dr Mahathir berkata beliau faham mengenai BR1M dan manfaatnya kerana beliau sendiri sebelum ini pernah membuat keputusan mengenai perkara berkaitan ekonomi dan kewangan yang dilihat memberikan hasil baik kepada negara.

"Saya memang menentang pemberian wang tunai sebagai cara meningkatkan pendapatan rakyat sejak awal lagi. Jika ada pun, bantuan kewangan perlu diberikan kepada miskin tegar yang tidak mampu bekerja untuk mendapatkan pendapatan," tegasnya.

Menurutnya, selain kelihatan seperti rasuah, BR1M mempunyai kesan negatif yang lebih banyak berbanding itu kerana ia meningkatkan kebergantungan individu terhadap kerajaan untuk pendapatan sendiri, tanpa sebarang usaha.

"Ia melemahkan karakter individu dan mengurangkan daya saing dalam pasaran," katanya.

Menurutnya, untuk menjadi negara berpendapatan tinggi seperti disasarkan Malaysia menjelang 2020, ia perlu datang daripada peningkatan dalam produktiviti.

Dr Mahathir berkata, produktiviti yang tinggi diperoleh daripada pendidikan dan latihan lebih baik.

"Seseorang buruh tidak boleh jadi lebih produktif berbanding mekanik atau tukang yang mahir dalam sesuatu pekerjaan tangan. Mereka ini pula tidak seproduktif seorang jurutera.
"Keupayaan meningkatkan produktiviti datang daripada nilai tambah lebih besar terhadap produk," katanya.

Menurutnya, pemberian wang tidak meningkatkan produktiviti, menyebabkan daya saing tidak akan bertambah baik.

Akibatnya, beliau berkata, ekonomi tidak akan tumbuh sepenuhnya dan negara-negara seperti ini terpaksa bergantung kepada pekerja, eksekutif dan usahawan asing.

Pendapatan tinggi bukan penentu kemajuan negara

"Kita mahu menjadi negara maju menjelang 2020. Kita rasa ini boleh dilakukan dengan menaikkan pendapatan purata ke tahap tertentu. Ini (penjelasan yang) mengelirukan.

"Segelintir orang yang mempunyai pendapatan sangat tinggi akan mengherotkan (nilai) pendapatan purata. Pendapatan per kapita tidak sepatutnya menjadi ukuran pencapaian kita sebagai status negara mahu. Penekanan terhadap pendapatan tinggi semata tidak cukup," katanya.

Beliau berkata, ia akan lebih mengelirukan jika pendapatan itu adalah disebabkan pemberian kerajaan.

Dr Mahathir menekankan, untuk menjadi negara maju, Malaysia perlu setanding dengan negara maju dari segi pendidikan, teknologi dan pengetahuan industri, pembangunan dan penyelidikan, infrastruktur setara dan pendapatan tinggi untuk semua rakyat.

"Jadi  mustahak membelanjakan wang bagi pendidikan dan latihan bertahap lebih tinggi, membina keupayaan kejuruteraan dan industri, untuk menjadi produktif dan berdaya saing, membina infrastruktur kelas pertama dan untuk menjadi penyelidik, pencipta dan pembangun," katanya.

Menjelaskan lebih lanjut, Dr Mahathir berkata, ada kerajaan sosialis dan komunis yang pernah cuba memperbaiki pendapatan rakyat mereka melalui pemberian wang dan memberikan kemudahan sokongan secara percuma untuk memastikan rakyat mempunyai kehidupan baik.

"Tetapi Sosialisme dan Komunisme telah gagal. Mereka akhirnya memilih perusahaan bebas dan kerja kuat," tegasnya.

Katanya, Malaysia pernah menggunakan dasar menggalakkan industri yang menggunakan ramai buruh kerana pada masa itu, rakyat tidak mempunyai pekerjaan dan tiada pendapatan. - Sinarharian

Apa pulak kata Najib mengenai BR1M?....


Anyway....


(Sumber gambar edit Najib: Google jer)

Ahad, 23 Februari 2014

Lebih 100,000 belum menerima BR1M di akaun bank mereka kerana masalah teknikal

Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah mula diagihkan kelmarin (22 Februari). Jadi tidak hairanlah kenapa hampir semua ATM di seluruh negara mengalami kesesakan yang teruk gara-gara nak keluarkan duit BR1M.

Tapi bukan semua  bantuan itu berjaya dikreditkan terus ke akaun bank penerima BR1M kelmarin. Masih terdapat lebih 100 ribu pemohon yang layak belum lagi  menerimanya di akaun bank mereka. Kenapa duit BR1M belum masuk akaun bank?

Menurut Menteri Kewangan Kedua, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.

"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya. - Sinar Harian

Jadi kalau anda adalah salah seorang penerima BR1M yang masih belum dapat bantuan tersebut di akaun bank anda, banyak-banyak lah bersabar yer. Kalau nak semak status permohonan BR1M secara online dan hotline, boleh follow step berikut:

Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan  BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.

Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.
Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.
Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.

P/s: Adakah bank yang 'bermasalah' tersebut ialah CIMB? hmmm...dulu saya guna akaun CIMB dan sampai sekarang belum dapat lagi duit BR1M tu...tak kisahlah lambat atau cepat...janji dapat..hehe..dan kepada anda yang sudah mendapat duit BR1M, tiba masanya untuk anda puji Najib and the geng.. ~ just kidding

Sabtu, 22 Februari 2014

Hampir 6 juta rakyat akan menerima BR1M hari ini 22 Februari

Hari ini bersamaan 22 Februari, rakyat Malaysia yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia secara serentak di seluruh negara. Pemberian BR1M pada tahun ini melibatkan kos bernilai kira-kira RM3 bilion.
Menurut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki hari ini.

Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.

P/s: Ada yang dah dapat BR1M lebih awal sejak malam semalam..Bila dah dapat BR1M 2014 tu, pergunakanlah dengan bijaksana...mungkin boleh buat modal bisnes kalau yang nak berbisnes...ataupun bikin beli beras dan gula untuk bekalan setahun..bak kata si Najib dulu. Ada pula kawan sorang ni, katanya BR1M tu untuk bayar saman..  :(

Lagi Info Menarik:



Jumaat, 21 Februari 2014

Ramai yang sudah terima BR1M lebih awal dari 22 Februari

Jika anda layak dan sudah memohon Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) sebelum ini maka anda ada sebab untuk bergembira. Esok, 22 Februari adalah tarikh di mana BR1M akan diberi secara serentak ke akaun bank penerima peringkat nasional. Manakala pengagihan peringkat Parlimen dan DUN pula akan bermula pada 23 Februari khasnya kepada mereka yang tidak mengemaskini akaun bank dalam permohonan BR1M mereka.

Namun yang lebih menggembirakan rakyat ialah ramai yang telah menerima BR1M lebih awal seperti hari ini dan semalam, 20 dan 21 Februari. Kebanyakkan yang telah menerima BR1M lebih awal itu telah mengongsikan rasa gembira mereka di Facebook.
Penerima BR1M kongsi khabar gembira di Facebook
Seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN, BR1M akan diberi secara berperingkat dan akan dinaikkan dari semasa ke semasa dalam temph lima tahun sehingga mencapai RM1,200 setahun.

Sumber: Sinar Harian

Ramai yang terima BR1M lebih awal. Korang ada mohon BR1M tak? elok check akaun bank masing-masing sekarang secara online. Tadi saya pun ada try buka tapi belum masuk lagi..esok kot..

Lagi Info Menarik:



Ahad, 9 Februari 2014

Bantuan BR1M mula diagih pada 22 Februari ini, Semak keputusan BR1M 2014 secara online sekarang

Senyumlah seketika..lebih 7juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bantuan BR1M 3.0 yang akan mula diagihkan pada 22 Februari ini.


TAIPING - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200.
   
"Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini hari ini.
   
Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.
   
Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang. - Bernama

Semakan keputusan BR1M boleh boleh dibuat secara online, talian hotline  dan pejabat pos seperti berikut

1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.

3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.


Korang dah buat kemaskini terhadap permohonan BR1M secara online tak? Kalau sudah, boleh lah semak sekarang..tempoh untuk mengemaskini dan membuat permohonan BR1M 2014 sudah pun tamat pada 31 Januari 2014 lalu. So, nanti bila dah dapat duit BR1M tu, pergunakanlah sebaiknya..

Tahun lalu, saya semak guna emel..sampai sekarang tak kena reply pun..hoho..tapi gua sedar akan kesibukan mereka..berjuta-juta yang nak semak..nak call hotline BR1M pun tak pernah tembus..so kalau nak semak keputusan BR1M cara paling cepat, hubungi saja rakan atau saudara mara korang yang kerja kat LHDN..


Lagi Info menarik:

Ahad, 5 Januari 2014

70 peratus belum daftar BR1M 3.0 - Cara Daftar dan Kemaskini Br1m online

Pendaftaran dan pengemaskinian maklumat untuk permohonan Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) telah dibuka sejak 23 Disember lalu sehingga 31 Januari depan. Pemohon boleh mengemaskini maklumat BR1M secara online dengan melayari laman web Hasil atau terus ke capaian eBr1m

Berikut adalah perubahan yang dilakukan terhadap pemberian BR1M:
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia 2014 (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM500 kepada RM650.
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk isi rumah berpendapatan RM3000 hinga RM4000 sebulan akan diberikan nilai bantuan sebanyak RM450.
  • Pemberian Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M 3.0) untuk golongan bujang berumur 21 tahun dan berpendapatan RM2000 dan ke bawah sebulan akan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300

Saya tak pasti sama ada korang pun mengalami masalah login ke laman Br1m atau  tidak. Saya sendiri telah mengemaskini maklumat pada 23 Disember lalu tetapi selepas dua tiga hari, laman web eBr1m tidak dapat dibuka. Mungkin trafik terlalu tinggi kot. Oh ya, untuk pengemaskinian secara online, anda akan diminta untuk menyediakan maklumat bank sebab dengar kata, pemberian Br1m tahun ini akan disalurkan terus ke akaun bank pemohon.


SHAH ALAM - Lebih 70 peratus daripada 900,000 pemohon baru masih belum mendaftar untuk Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 tahun ini.

Menurut sumber, mereka yang layak diminta segera mendaftar dan mengemas kini maklumat sebelum akhir bulan ini bagi memudahkan golongan berkenaan untuk menerima perlindungan caruman Takaful i-BR1M.

Katanya lagi, 70 peratus yang belum lagi  mendaftar itu mempunyai dimana pendapatan sekitar RM3,000 ke RM4,000, manakala 35 peratus lagi belum mempunyai akaun bank.

>> Mohon Jawatan Kosong di Malaysia Airlines sekarang!  

Kerajaan kini sedang memperhalusi caruman takaful i-BR1M dengan Bank Negara Malaysia dan beberapa syarikat insurans untuk dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Untuk itu penerima BR1M 3.0 diminta tidak melewat-lewatkan pendaftaran sekali gus selain berharap agar kerajaan tidak melanjutkan tarikh pendaftaran itu.

Tahun ini, kerajaan menjangkakan 7.9 juta rakyat layak menerima BR1M 3.0 dengan peruntukan RM4.5 bilion berbanding RM3 bilion untuk BR1M 2.0.

>> Inilah iklan burger king paling kreatif 

Sementara itu, hanya 4.4 juta daripada 6.8 juta penerima sedia ada telah mengemas kini maklumat nombor akaun bank, manakala 2.4 juta lagi masih belum berbuat demikian. - Sinar Harian
 

Pelajari Teknik Pantas Matematik Sambil Jana Pendapatan Sampingan