Bantuan Rakyat 1Malaysia sudah mula diagihkan kelmarin (22 Februari). Jadi tidak hairanlah kenapa hampir semua ATM di seluruh negara mengalami kesesakan yang teruk gara-gara nak keluarkan duit BR1M.
Tapi bukan semua bantuan itu berjaya dikreditkan terus ke akaun bank penerima BR1M kelmarin. Masih terdapat lebih 100 ribu pemohon yang layak belum lagi menerimanya di akaun bank mereka. Kenapa duit BR1M belum masuk akaun bank?
Menurut Menteri Kewangan Kedua, 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.
"Hari Isnin (esok) akan diselesaikan. Saya masih lagi dalam proses menerima maklumat lokasi bank mana (yang menghadapi masalah itu). Bank itu menghadapi masalah teknikal kerana terlalu ramai penerima BR1M itu akaunnya di bank tersebut," katanya. - Sinar Harian
Jadi kalau anda adalah salah seorang penerima BR1M yang masih belum dapat bantuan tersebut di akaun bank anda, banyak-banyak lah bersabar yer. Kalau nak semak status permohonan BR1M secara online dan hotline, boleh follow step berikut:
Talian Hotline BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 2014 hanya boleh disemak dengan menghubungi talian BR1M : 1-800-88-2716 yang beroperasi dari jam 9 pagi hingga 5 petang, ISNIN HINGGA JUMAAT Mulai FEBRUARI 2014.
Emel BR1M 3.0
Status kelayakan BR1M 3.0 juga boleh disemak menerusi emel ke br1m3@treasury.gov.my atau br1m2@treasury.gov.my Mulai FEBRUARI 2014.
Sila nyatakan Nama penuh dan Nombor Kad Pengenalan anda dalam pertanyaan ke alamat emel tersebut.
Setiap pertanyaan menerusi emel akan dibalas dalam masa 2-3 hari bekerja.
P/s: Adakah bank yang 'bermasalah' tersebut ialah CIMB? hmmm...dulu saya guna akaun CIMB dan sampai sekarang belum dapat lagi duit BR1M tu...tak kisahlah lambat atau cepat...janji dapat..hehe..dan kepada anda yang sudah mendapat duit BR1M, tiba masanya untuk anda puji Najib and the geng.. ~ just kidding
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan