Senyumlah seketika..lebih 7juta rakyat Malaysia yang layak akan menerima bantuan BR1M 3.0 yang akan mula diagihkan pada 22 Februari ini.
TAIPING - Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) 3.0 peringkat nasional akan dilancarkan pada 22 Februari ini manakala pengagihan bagi peringkat Parlimen dan Dewan Undangan Negeri pula diadakan pada 23 Februari, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.Perdana menteri berkata pemberian bantuan adalah seperti yang dijanjikan dalam manifesto BN yang mana jumlah BR1M dinaikkan dari semasa ke semasa dalam tempoh lima tahun sehingga mencapai RM1,200."Pemberian BR1M ini juga akan diagihkan kepada golongan bujang. Kalau gula naik 34 sen banyak mana kita pakai gula sebulan, habis banyak dua kilogram cuma 68 sen. Yang kita nak beri ini melalui BR1M, bantuan persekolahan dan buku baucar jauh lebih besar daripada itu," katanya ketika berucap pada majlis pecah tanah Wisma Umno Bukit Gantang di sini hari ini.Melalui Bajet 2014 yang diumumkam Najib pada Oktober lepas, isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah yang layak menerima BRIM RM650 dan caruman takaful i-BR1M RM50.Perdana menteri berkata bagi mengurangkan beban rakyat, selain pemberian BR1M, kerajaan juga mengambil inisiatif dengan membina pasar tani, Kedai Rakyat 1Malaysia serta penguatkuasaan lebih tegas terhadap harga barang. - Bernama
Semakan keputusan BR1M boleh boleh dibuat secara online, talian hotline dan pejabat pos seperti berikut
1. Talian Hotline BR1M 2014
Untuk membuat semakan BR1M 2014 pemohon boleh hubungi talian Hotline BR1M 2014 di talian 1-800-222-500 / 1-800-88-2716 yang beroperasi pada hari Isnin hingga Jumaat dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
2. Emel BR1M 2014
Semakan keputusan BR1M 2014 boleh juga disemak melalui emel br1m3@treasury.gov.my bermula Februari 2014. Pemohon akan menerima balasan sekitar 1 hinga 3 hari bekerja. Pemohon perlu memasukkan nama dan no kad pengenalan ke emel tersebut.
3. Melalui Pejabat Pos
Bagi yang tidak kemaskini akaun bank untuk permohonan BR1M 2014 kali ini, pemohon yang berjaya akan dihantar surat pengesahan ke alamat pemohon secara berperingkat-peringkat. Pemohon akan diberitahu tempat pengambilan baucar BR1M 2014 dalam surat tersebut.
Sumber: SinarHarian, nizarazu
Korang dah buat kemaskini terhadap permohonan BR1M secara online tak? Kalau sudah, boleh lah semak sekarang..tempoh untuk mengemaskini dan membuat permohonan BR1M 2014 sudah pun tamat pada 31 Januari 2014 lalu. So, nanti bila dah dapat duit BR1M tu, pergunakanlah sebaiknya..
Tahun lalu, saya semak guna emel..sampai sekarang tak kena reply pun..hoho..tapi gua sedar akan kesibukan mereka..berjuta-juta yang nak semak..nak call hotline BR1M pun tak pernah tembus..so kalau nak semak keputusan BR1M cara paling cepat, hubungi saja rakan atau saudara mara korang yang kerja kat LHDN..
Lagi Info menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan