Hari ini bersamaan 22 Februari, rakyat Malaysia yang layak akan menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia secara serentak di seluruh negara. Pemberian BR1M pada tahun ini melibatkan kos bernilai kira-kira RM3 bilion.
Menurut laporan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan merasmikan majlis pelancaran penyerahan BR1M 2014 peringkat kebangsaan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Aminudin Baki hari ini.
Pemberian BR1M kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ke bawah dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 manakala individu bujang berumur 21 tahun ke atas yang berpendapatan tidak melebihi RM2,000 sebulan, nilai bantuan juga dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.
Buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah berpendapatan bulanan antara RM3,000 hingga RM4,000 dengan nilai bantuan sebanyak RM450.
P/s: Ada yang dah dapat BR1M lebih awal sejak malam semalam..Bila dah dapat BR1M 2014 tu, pergunakanlah dengan bijaksana...mungkin boleh buat modal bisnes kalau yang nak berbisnes...ataupun bikin beli beras dan gula untuk bekalan setahun..bak kata si Najib dulu. Ada pula kawan sorang ni, katanya BR1M tu untuk bayar saman.. :(
Lagi Info Menarik:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan