Boros Di Aralom: Berita Kemalangan
Memaparkan catatan dengan label Berita Kemalangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Berita Kemalangan. Papar semua catatan

Selasa, 18 Disember 2012

Tersilap angkat telefon, lelaki seterika pipi sendiri


Ini adalah antara akibat terburuk jika hilang fokus. Seorang lelaki Poland bernama Tomasz Paczkowski mengalami kecederaan pada pipinya selepas terkena seterika panas yang disalah angkat sebagai telfon. Ketika kejadian, Paczkowski sedang seterika baju-baju di rumahnya sebagai satu cara dia membantu isterinya yang sedang bekerja. Ketika telefon rumah berdering, dia tersilap 'angkat' seterika.
Paczkowski tunjuk demo bagaimana dia 'seterika' pipinya. 

Kejadian itu menyebabkan Paczkowski mengalami luka terbakar yang teruk pada pipi dan matanya. Paczkowski kemudian berazam untuk tidak lagi melakukan kerja-kerja rumah selamanya. - metro.uk

P/S: Moral of the story...kerja remah pun kena fokus buat...lagi satu, hargailah 'orang rumah' yang sentiasa buat banyak kerja 'multi-tasking' sekaligus.



Sisipan:
Kalau nak tahu rahsia sebenar kejayaan buat duit online, ikutilah webminar Make RM1,000 Every Month Working from Home yang disampaikan oleh anak Malaysia sendiri. Tempah posisi anda sekarang!!

Selasa, 4 September 2012

Terima SMS adik maut kemalangan di Russia - Pelajar Malaysia maut kemalangan di Rusia

Ibu dan kakak kepada pelajar Malaysia yang maut dalam kemalangan di Rusia.
PUTRAJAYA: “Kami pun pelik apabila dia tak jawab SMS. Biasanya dia akan menghubungi keluarga sebaik tiba di sana, tetapi kali ini dia langsung tak memberitahu kami sekeluarga,” kata Adzlin Dimyati, 27, kakak kepada pelajar Malaysia, Adzreen, 22, yang terbunuh dalam kemalangan di Nizhny, Russia.

Menurutnya, dia mengirimkan SMS kepada adiknya itu jam 12 tengah malam kelmarin untuk mengetahui sama ada sudah tiba di Russia atau tidak.

“Bagaimanapun, pagi tadi (semalam) saya dapat SMS daripada abang yang memberitahu adik saya meninggal dunia akibat kemalangan. “Abang saya dapat tahu selepas Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) menghubunginya jam 9 pagi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Presint 9, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 11 malam kelmarin waktu tempatan (3 pagi semalam waktu Malaysia) itu, Adzreen bersama enam rakan lain, semuanya pelajar Malaysia dalam perjalanan dari lapangan terbang ke kampus mereka di Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod dengan sebuah bas.

Bagaimanapun, bas dinaiki terbabit kemalangan di wilayah Vladimirskaya, kira-kira 120 kilometer dari wilayah Nizhny, berpunca daripada pemandu yang gagal mengawal kenderaan kerana dikatakan terlelap.

Kejadian itu menyebabkan Adzreen, seorang pelajar ditaja JPA, meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital manakala rakannya, Hanisah Muhd Shah, pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) dari Dungun, Terengganu terbunuh di tempat kejadian. Lima yang cedera dalam kemalangan itu ialah pelajar tajaan Mara iaitu Siti Nadiah Abdullah Sani, Nurul Amirah Mohd Nor, Nor Hidayah Jailuddin, Nur Liyana Kamarul Bahrin dan Siti Romeza. Mereka pelajar kursus perubatan yang akan meneruskan tahun kelima pengajian di akademi berkenaan.

Adzlin berkata, adiknya yang lebih mesra dipanggil ‘An’ pulang ke Russia selepas bercuti semester selama tiga bulan di tanah air.

“Sepanjang tiga bulan bercuti kami tidak nampak sebarang perubahan terhadap dirinya. Malah, kami sekeluarga gembira kerana dapat menyambut Aidilfitri bersama.

“Kami empat beradik sangat rapat dan dia baik dengan kembarnya, Adzwin. Malah, sebelum ini mereka tidak pernah berpisah kerana bersekolah sama iaitu di Kolej Tengku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan, belajar dalam kelas sama dan menyambung pelajaran ke peringkat A Level di tempat sama.

“Pertama kali mereka berpisah ketika menyambung pengajian di peringkat universiti apabila Adzwin menyambung pengajian dalam bidang perubatan di Poland,” katanya.

Sementara itu, Duta Besar Malaysia ke Russia, Datuk Zainol Abidin Omar berkata, pihak kedutaan berusaha untuk membawa pulang jenazah dengan segera.

Menurutnya, kakitangan kedutaan juga segera ke Hospital Viyazniky di Vladimirskaya untuk melawat pelajar yang cedera. - myMetro


Isnin, 16 Julai 2012

Kontraktor meninggal dunia ketika sedang makan

KUCHING: Hasrat seorang kontraktor untuk mengadakan sesi barbeku bersama rakan dan keluarga malam kelmarin tidak kesampaian apabila dia mengembuskan nafas terakhir di sebuah kedai kopi di King Centre pada petang tersebut.

Mangsa yang dikenal pasti sebagai Alexander Cheyne, 39, sedang makan bersama pekerjanya ketika kejadian sekitar jam 4 petang itu berlaku. Menurut pekerjanya, mereka bercadang untuk membeli barang-barang untuk sesi barbeku di rumahnya selepas makan.

“Ketika kami sedang makan, dia tiba-tiba rebah di meja.

“Saya cuba menggoyangkan badannya tetapi dia sudah dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya sambil menambah, dia tidak tahu sama ada mangsa mempunyai masalah kesihatan. Cubaan beberapa orang di kedai kopi tersebut untuk menyedarkan mangsa gagal.

“Tetapi dia pernah mengadu pening kepala dalam jangka masa seminggu ini tetapi tidak berkesempatan untuk membuat pemeriksaan kesihatan,” katanya.

Mereka seterusnya menghubungi polis dan ambulans dan dia disahkan meninggal dunia. Keluarga mangsa turut datang ke lokasi untuk membawa mayatnya balik ke rumah untuk tujuan pengebumian.

Kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut. Sementara itu, seorang pelajar berumur 19 tahun menemui rakan sama asrama dalam keadaan tidak bernyawa awal pagi kelmarin.

Insiden jam 5.30 pagi itu disedari ketika dia baharu bangun tidur dan hendak pergi ke bilik air.
Dia menjumpai rakannya yang dikenali sebagai Suhana Mandli terbaring dalam bilik air dengan kepalanya masih dalam sebuah baldi berisi air dan memaklumkan rakan serumah yang lain.
Laporan polis telah dibuat untuk tindakan seterusnya. - Sumber: Borneo Post 












Rabu, 4 Januari 2012

Bayi berusia 12 hari antara mangsa yang maut apabila kereta terjunam ke dalam sungai

Keadaan Viva yang terjunam ke dalam sungai
LAHAD DATU: Bayi perempuan berusia 12 hari merupakan seorang lagi mangsa kemalangan yang melibatkan sebuah kereta Perodua Viva ‘terjunam’ ke dalam sebatang sungai di Jalan Mensuli Lahad Datu-Sandakan, dekat sini, awal pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Superitenden Shamsudin Mat berkata, bayi berkenaan merupakan mangsa terakhir yang dibawa keluar dari lokasi kejadian pada pukul 7.30 pagi pada Isnin. Katanya, penemuan bayi tersebut menjadikan jumlah keseluruhan mangsa kemalangan ngeriitu kepada enam orang, setelah lima daripadanya ditemui pada Isnin.

“Mayat bayi itu ditemui tersangkut di celah timbunan kayu pada jarak kira-kira 300 kilometer dari lokasi kesemua lima mangsa pertama ditemui,” katanya yang dihubungi di sini, kelmarin. Menurutnya, mayat bayi malang itu ditemui oleh ahli bomba yang melancarkan operasi mencari dan menyelamat di kawasan kemalangan tersebut.

Shamsudin berkata, gerakan mencari dan menyelamat kelmarin dibuat selepas pihak polis dimaklumkan oleh salah seorang ahli keluarga mangsa, petang Isnin bahawa terdapat seorang lagi bayi perempuan terlibat dalam kemalangan tersebut. Selepas menerima aduan katanya, pihak polis dan anggota Bomba Lahad Datu meneruskan semula gerakan operasi mencari, sebelum menghentikan pencarian lewat petang Isnin.

“Operasi menyelamat dan mencari bayi perempuan itu disambung semula pada pukul 6 pagi Selasa dan mangsa dijumpai sejam selepas itu,” katanya.

Dalam pada itu katanya, identiti kesemua mangsa yang terbunuh dalam kemalangan tersebut telah dikenalpasti sebagai Mohd Shahril Azman Lajahamad, 24, merupakan pemandu kereta Perodua Viva, isterinya, Nurhidayah Chin Abdullah, 21, dan dua bayi perempuan mereka iaitu Nuramani Zafirah berusia setahun serta Dhiaamanina Zahirah baru berusia 12 hari.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu ialah ibu mertua Mohd Shahril dikenali sebagai Rosmina Ritwan, 45, dan seorang lagi kanak-kanak perempuan berusia 7 tahun dikenali sebagai Majelin Chin, yang merupakan adik kepada Nurhidyah. Tambah Shamsudin, jenazah kesemua mangsa telahpun dituntut oleh ahli keluarga mereka pada lewat tengah malam kelmarin (Isnin) dan dibawa balik ke kampung masing-masing untuk dikembumikan.

“Jenazah Mohd Shahril, isteri dan anak-anaknya dibawa balik ke daerah Semporna, manakala jenazah ibu mertua iaitu Rosmina dan Majelin dibawa balik ke kampung mereka iaitu di Tungku untuk dikebumikan,” katanya.

(Sumber: NST)

  • Dapatkan buku-buku digital yang akan membantu anda menjadi bloger hebat berjaya dalam perniagaan online Download Sekarang 
  • Lindungi rumahtangga anda daripada gangguan pihak ketiga. Caranya di SINI 
  • Ingin tahu 99 punca perceraian di Malaysia? Jawapannya di SINI SINI